Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 3, 2018 @ 4:00pm

3 Bahasa Asing Ini Boleh Menjanjikan Peluang Pekerjaan Yang Luas Untuk Anak Anda Kelak

Ramai ibu bapa inginkan anak mereka untuk memiliki skil tambahan selain daripada yang mereka belajar di sekolah.

Salah satunya ialah penguasaan bahasa asing. Bahasa Inggeris itu memang mereka akan belajar di sekolah, jadi ia tak dikira.

Menurut sebuah kajian daripada Media Centre Heathrow, anak anda akan dapat banyak manfaat daripada 3 bahasa lain iaitu Bahasa Perancis, Jerman dan Mandarin.

Bahasa-bahasa ini dipercayai dapat membuka peluang kerjaya terbaik untuk mereka apabila dewasa nanti. 

Yelah, bila dah tahu bahasa asing, senanglah nak berkomunikasi atau mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa!

Pakar perkembangan bahasa dari Universiti Edinburgh, Antonella Sorace berkata, kanak-kanak yang mempelajari bahasa asing akan lebih sedar tentang budaya and pandangan orang lain dan secara tak langsung akan berfikiran lebih terbuka.

Foto: expatliving.sg

Mesti cepat!

Tapi anda mungkin tahu yang semakin meningkat usia seseorang itu, semakin susah untuk dia pelajari bahasa baru.

Dan dalam sebuah kajian terbaru, para saintis telah mengenal pasti umur di mana potensi untuk fasih akan mula menurun: 10 tahun.

Kajian itu mendapati bahawa ia hampir mustahil untuk pelajar betul-betul fasih jika mereka mula belajar selepas umur tersebut.

“Anda masih boleh belajar, tapi bila anda sampai ke umur 17 atau 18, kebolehan anda untuk belajar mula merosot,” kata Joshua Hartshorne, pembantu profesor psikologi dari Boston College.

Mereka yang belajar selepas umur 10 tahun berpotensi untuk mahir dalam sesuatu bahasa baru itu, tapi untuk jadi betul-betul fasih macam orang tempatan, besar kemungkinan tak boleh.

Sebabnya masih belum jelas, tapi salah satu kemungkinannya adalah otak orang dewasa lebih tepu, bak kata orang sekarang.

Apabila usia anda meningkat, hidup anda akan lebih sibuk dengan kolej atau kerja… jadi anda mungkin tak ada minat yang secukupnya untuk belajar benda baru.

Foto: www.greatwalluae.com

Masih ada harapan

Walau bagaimanapun, kajian itu juga mendapati yang anda akan dapat belajar bahasa baru lebih cepat dengan banyak bersembang dengan pentutur asli daripada belajar dalam kelas.

Dengan membiasakan diri dengan teknik-teknik perbualan sesuatu bahasa itu, anda berpotensi untuk mahir walaupun sebagai seorang dewasa.

Jadi, kalau anda sendiri nak master bahasa baru, jangan putus asa!

Dan ingat, kalau nak anak anda lebih berjaya dalam hidup, dia digalakkan pelajari bahasa asing pada usia semuda yang mungkin.

Sumber: Time, The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Mar 2020
Eat Travel Wed, 18 Sep 2019

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Cara betul menyimpan sayuran dan buah-buahan.

Featured Mon, 20 Mar 2023

Raffi Ahmad Kantoi Curang! Video Call Bekas Pekerja Dalam Bilik

Serius lah? Punya sayang mas Raffi sama mbak Nigita😱

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Wow, Sesuai Sangat Ni!” – Nak Jadi Anak Mahsuri, Izara Aishah Idam Berlakon Dengan Maya Karin

Uishhh, mantap ni kalau Izara Aishah bergabung dengan Maya Karin! Lovee aktres hebat hebat ni

Featured Sat, 6 Sep 2025

Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

video yang dikongsikan @sampin.exclusive memperlihatkan Mickey segak memakai baju Melayu berona putih.

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

“Gaduh memang kena gaduh. Tapi sebenarnya kami semua sudah macam adik-beradik” – AC MIZAL

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Wed, 17 Feb 2021
Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

error: Content is protected !!