Euforia Bola 2026
TECH By: Rosli Ab Rahman April 6, 2019 @ 12:30pm

3 Fungsi Baru Ini Bakal Mantapkan Pengalaman Spotify Anda

Spotify menular jauh kedalam kehidupan dan merubah cara kita mendengar muzik selama-lamanya. Pastinya ada generasi baru yang tak mengenali .mp3, winamp dan yang seangkatan dengannya. Seorang pengguna Spotify yang gemar melakukan kejuruteraan balikan mengesan beberapa fungsi baru yang ditanam dalam APP Spotify yang masih belum diaktifkan dan yakin ia akan diaktifkan tak lama lagi.

Ini adalah tiga fungsi baru yang akan tambah baik pengalaman ber-Spotify anda tak lama lagi.

1. Import masuk lagu dari luar masuk ke Spotify

Ini adalah ciri yang paling gempak pernah ada pada Spotify. Selama ini, semua lagu yang anda dengar ditarik daripada storan awan miliki Spotify. Tapi, kadang kala anda dapati ada lagu “rock kapak” yang tidak tersenarai di Spotify. Jika anda ada salinan digital lagu itu, Spotify boleh mengimport masuk untuk didengari bersama-sama dengan lagu dalam talian yang lain.

Anda ada koleksi lagu rare? Import saja masuk ke Spotify (sumber gambar)

2. Simpan episode podcast tertentu untuk didengar kemudian

Kalau anda masih tak tahu, Spotify pun ada menyediakan kandungan Podcast. Sekarang, jika saya berminat dengan episode podcast tertentu, saya terpaksa Favorite-kan Podcast itu dan cari episode itu secara manual kemudian. Tapi dalam kemas kini baru kelak, anda boleh tanda episode itu untuk didengari kelak.

Sebelum ini, anda hanya boleh tanda favourite untuk saluran podcast itu, bukannya pada episode (sumber gambar)

3. UI Your Library diperkemas

Bahagian Your Library turut diperkamas Spotify. Tidak lagi suram, ia bakal jadi lebih meriah dengan halaman menu boleh ditatal ke kiri dan kanan. Lagu-lagu yang ditandakan anda sebgai Favorite boleh ditukarkan kepada Playlist.

 

Kelak anda boleh tuakarkan lagu yang ditandakan favorite menjadi playlist (sumber gambar)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 16 Jul 2018

Asus ZenFone 5Z Sudah Kelihatan Di Lazada, Harga Bawah RM 2000

Telefon pintar Asus ZenFone 5Z dilihat sudah mula disenaraikan dalam gedung dalam talian rasmi Asus Malaysia. Perkhabaran mengenai model flagship Asus itu memasuki pasaran dalam negara sudah bertiup lebih sebulan yang lalu dimana ia telah terlihat pada […]

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Gelaran Sayang? Saya Masih Panggil Dia Awi

Awi banyak memberi kekuatan dan semangat ketika dia berada saya dalam keadaan putus asa. Alhamdulillah…

TECH Wed, 11 Jul 2018

Digi Dijangka Perkenal Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38

Syarikat telco yang menawarkan pelan internet tanpa had dengan bulanan mampu milik pasti menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Terdahulu, U Mobile hadir dengan pelan internet tanpa had Giler Unlimited bersama yuran langganan sebanyak RM30 sebulan. Dilihat seolah-olah […]

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

Featured Tue, 10 Dec 2024

Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Keputusan itu membuatkan dia merasa lebih bebas untuk keluar bersama anak-anak.

error: Content is protected !!