Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar June 11, 2019 @ 6:34pm

Mulianya hati Dr Nur Amalina bantu merealisasikan pembedahan Ainul Mardhiah

Bayi berusia sembilan bulan dari Melaka, Ainul Mardhiah yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila kisahnya yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor tular dalam media sosial, dua bulan lalu selamat dibedah di sebuah hospital di London.

Berita berkenaan diumumkan oleh pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menerusi media sosialnya.

Dr Nur Amalina banyak membantu ibu bapa bayi itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 24 untuk terbang ke London bagi merealisasikan pembedahan bagi membuang tumor seberat 200 gm dalam mulut bayi berkenaan.

Prosedur pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar, malah Dr Nur Amalina hadir sepanjang prosedur itu dijalankan.

Menerusi laman instagramnya, beliau mengakui rasa cemas dan bimbang kerana Ainul Mardhiah masih terlalu kecil untuk melalui prosedur pembedahan berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! ???? After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weigh 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. ???????? (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG)

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

“Alhamdulillah, Ainul anda seorang bayi yang kuat. Selama kira-kira lima jam ‘bergelut’ dalam dewan pembedahan, tumor seberat 200 gram berjaya dibuang.

“Sukar untuk dibayangkan kebimbangan saya  sepanjang tempoh berada dalam dewan pembedahan itu. Dia bayi yang begitu kecil, sangat cantik – jangan bimbang Ainul, kami di sini untuk membantu anda,” tulisnya.

Sebelum ini, rakaman video mengenai nasib malang Ainul Mardhiah yang menghidapi ketumbuhan pada bahagian mulut, tular dalam laman sosial. Nasib si kecil itu turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina yang kini bertugas di sebuah hospital di London.

Kisah Ainul yang memperoleh liputan meluas termasuk dalam media arus perdana akhirnya membawa kepada sumbangan masyarakat bagi membolehkan Ainul mendapatkan rawatan di London.

Derita Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani melihat anak mereka, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, , yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ kini berakhir apabila bayi berkenaan selamat menjalani pembedahan di London. NSTP/KHAIRUNISAH LOKMAN

Dr Nur Amalina berkata, pelbagai perancangan rapi perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan Ainul memandangkan pembedahan berkenaan berisiko tinggi, lebih-lebih dilakukan ke atas bayi kecil.

Katanya, pembedahan yang membabitkan pakar perubatan daripada pelbagai bidang dan kepakaran itu berjaya membuang tumor berkenaan, namun Ainul akan dipantau untuk beberapa minggu lagi bagi memastikan tumor itu tidak tumbuh kembali.

“Pasukan yang terbabit dalam prosedur ini merangkumi pakar bedah dalam pelbagai bidang antaranya pakar bedah plastik kanak-kanak, craniofacial, kepala dan leher yang diketuai Prof David Dunway dan Dr Juling Ong.

“Kesemua mereka sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing. Saya bangga kerana turut menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” katanya.

Ramai yang melihat kejayaan pembedahan itu hasil usaha Dr Nur Amalina yang mendapatkan bantuan daripada pakar bedah terkemuka di hospital tempat beliau bertugas di London. Meskipun sering memaparkan minatnya terhadap fesyen dalam laman media sosialnya, Dr Nur Amalina yang pernah melakar sejarah dinobatkan sebagai pelajar terbaik apabila memperoleh 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004 ternyata prihatin dengan berita di Malaysia.

Kisah malang Ainul yang disiarkan dalam media di Malaysia mendapat perhatiannya, malah beliau dikatakan menghubungi sendiri ibu bapa Ainul bagi membolehkan bayi itu dibawa ke London. Mulia sungguh hatinya!

Sementara itu, BH Online melaporkan, Dr Ong yang juga doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.

Ahmad Safiuddin (dua dari kanan) bersama isteri, Nurul Erwani (tengah) serta anak mereka, Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ tiba di London. NSTP/IHSAN PEMBACA.

“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan.Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.

“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Sepanjang prosedur lima jam itu, bayi berkenaan tidak ditemani ibu bapanya, sebaliknya kedua-duanya menunggu di luar dan mereka berkesempatan bertemu dengan Dr Nur Amalina sebaik prosedur itu tamat.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 Mar 2022
Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Featured Wed, 24 Nov 2021

Jaga-Jaga! Ops Sedar JPJ Untuk Pemantauan Insurans Kenderaan Bermula Hari Ini.

Bermula 24 November (Rabu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bagi memantau penggunaan insurans perlindungan kenderaan bermotor. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang […]

Featured Thu, 24 Mar 2022

Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Saharul tak menolak sebarang tawaran berlakon, tetapi bergantung kepada…

Featured Wed, 19 Dec 2018
Featured Mon, 23 Mar 2020

Raja Permaisuri Agong sedia hidangan untuk kakitangan hospital

Untungnya dapat rasa air tangan Tunku Azizah

Featured Wed, 24 Nov 2021

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar. Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi […]

Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

Featured Wed, 12 Feb 2025

Dakwaan Sudah Berkahwin Tular, Fikry Ibrahim Mohon Beri Sedikit Masa

Fikry bagaimanapun meminta untuk memberikan ruang dan sedikit masa menejlaskan mengani statusnya kini.

Featured Fri, 6 Mar 2020
error: Content is protected !!