Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 23, 2020 @ 1:54pm

Raja Permaisuri Agong sedia hidangan untuk kakitangan hospital

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian warganet apabila berkongsi beberapa hantaran dalam laman sosial Instagram baginda, airtangan_tunkuazizah yang menunjukkan baginda menyediakan pelbagai juadah untuk kakitangan hospital.

Tunku Azizah sememangnya terkenal sejak dulu lagi mempunyai kemahiran memasak, malah baginda pernah memasak untuk rakyat di Pahang ketika musibah banjir beberapa tahun lalu.

Kali ini, baginda sekali lagi memanfaatkan bakat memasaknya dengan menyediakan pelbagai juadah yang dihantar bagi membantu kakitangan kesihatan di beberapa hospital.

Menerusi beberapa perkongsian dalam laman sosial miliknya, Tunku Azizah menyediakan pelbagai hidangan enak yang turut menarik perhatian pengikut akaun baginda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hari ini saya masak utk Doctor2 , nurses dan petugas di Hosp Sg Buloh ….. semoga allah swt merahmati san melindungi mereka yg bertugas utk negara ku Malaysia ….

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Dalam perkongsian itu baginda bertitah, sumbangan berkenaan bagi menghargai komitmen setiap kakitangan hospital yang berkorban masa dan tenaga bagi merawat pesakit COVID-19.

“Hanya ini sahaja yang boleh saya lakukan bagi membantu kakitangan kerajaan yang mengorbankan diri mereka. Saya tabik (atas pengorbanan mereka itu). Semoga Allah memberkati mereka dan melindungi mereka daripada jangkitan virus ini,” titah baginda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

the least i could do ….. for the govt servants sacrificing their lifes ….. i salute them …. may allah bless them and defend them from the virus

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Sumbangan baginda itu turut dikongsi beberapa kakitangan kesihatan yang melahirkan kesyukuran dan gembira akan keprihatinan baginda.

Antaranya kakitangan Wad 4B di sebuah hospital yang menunjukkan pek sumbangan Istana Negara dan mengucapkan penghargaan atas sokongan Raja Permaisuri Agong.

Dalam perkongsian pertama, Tunku Azizah yang dibantu petugas Istana Negara menyediakan juadah seperti kari ayam, sayur kobis goreng, telur dadah berinti dan nasi yang disumbangkan untuk kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Sehingga hari ini, perkongsian itu mendapat tanda suka (like) sebanyak 43,640 daripada warganet, malah ramai yang memuji keprihatinan baginda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nasi goreng cheminahsayang dan sambal tumis bilis ….. utk pegawai , doctor dan nurses bertugas corona di CPRC

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Bagi perkongsian seterusnya, baginda berkongsi gambar nasi goreng Cheminahsayang dan sambal tumis ikan bilis yang dihantar kepada kakitangan di Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan.

Sejak wabak COVID-19 melanda negara, CPRC antara agensi yang bekerja siang dan malam termasuk sentiasa memberi maklumat terkini kepada rakyat tanpa mengira masa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sayur jawa , curry telur , ayam goreng kunyit …. for hkl n cprc ……. ya allah ya tuhanku, lindungi lah mereka

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Satu lagi perkongsian Tunku Azizah yang mencuri perhatian warganet apabila baginda menyediakan kari telur, sayur Jawa dan ayam goreng kunyit yang tampak sungguh menyelerakan.

Hidangan berkenaan yang disediakan sendiri oleh baginda dengan dibantu kakitangan Istana Negara disumbangkan kepada warga CPRC dan juga Hospital Kuala Lumpur, pada Ahad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

choc chips mini cupcakes for hosp …

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Perkongsian terbaharu hari ini, Tunku Azizah menyediakan kek cawan mini cip coklat yang bukan sahaja comel, tetapi tampak sangat menarik.

Semoga sumbangan Tunku Azizah dan Istana Negara itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pekerja hospital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Nov 2025

“Takut Dah Terlalu Sedap Kritik Orang, Lupa Nak Tengok Diri Sendiri”- Erma Fatima

Erma Fatima tampil meluahkan keinginannya untuk kembali aktif menghasilkan karya, selain mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kecenderungan mengkritik hasil kerja orang lain.

Gaya Hidup Wed, 18 Mar 2020

Manisnya wajah Puteri Ameerah, cantik persis ibunya Azrinaz

Tampil berhijab, Puteri Ameerah curi perhatian!

Featured Thu, 13 Feb 2020
familuv Fri, 14 Jun 2019

Fahami erti dan perbuatan nusyuz termasuk penyelesaiannya, mohon hadam betul-betul!

Jaga tingkahmu wahai isteri jangan sampai jatuh nusyuz!

Gaya Hidup Thu, 22 Feb 2018

Cara Jimat Duit Kalau ke Hong Kong Supaya Poket Tak Rabak

Kalau anda pernah jejak kaki di Hong Kong, anda mesti tahu lokasi percutian ini serba-serbi mahal. Lebih-lebih lagi dengan kadar matawang Malaysia yang agak lemah ketika ini.

Featured Mon, 6 Sep 2021

Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin dan aktres jelita, Nur Fazura terjalin sejak dahulu lagi. Terbaru, menerusi laman Instagram Story Fazura, aktres itu menzahirkan ucapan terima kasih buat TPS yang memberikannya hadiah […]

Featured Wed, 21 Apr 2021

Aiman Tino & Sufian Suhaimi Teruk Dipukul?

Nampaknya lakonan penyanyi Aiman Tino & Sufian Suhaimi drama Kampung Kolestrol semakin mendapat perhatian daripada para penonton. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Ziana Zain sempat memuatnaik video penggambaran babak Drama Kampung Kolestrol namun apa yang mencuri […]

Featured Tue, 24 Jun 2025
error: Content is protected !!