Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 10, 2022 @ 6:00am

4 Pemenang Kategori Anugerah Utama AIM23 Bakal Terima Dana Kandungan Digital Berjumlah RM320,000

Ia akan menjadi detik yang pasti tidak dapat dilupakan bagi empat pemenang kategori ‘Artis Baharu Terbaik’, ‘Video Muzik Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Album Terbaik’ untuk Anugerah Industri Muzik edisi ke-23 (AIM).

Ini adalah kerana buat julung-julung kalinya selain memenangi trofi AIM yang diidamkan mereka akan turut menerima Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik yang diberikan oleh Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai satu bentuk galakan dan insentif kepada penggiat Industri Muzik.

Pemenang kategori anugerah terpilih akan menerima DKD sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk ‘Artis Baru Terbaik’ dan ‘Lagu Terbaik’, RM20,000 untuk ‘Video Muzik Terbaik’ dan RM200,000 untuk ‘Album Terbaik’.

DKD merupakan antara inisiatif penting Kerajaan dalam membantu dan menggalakkan pengamal industri kreatif untuk menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa.

Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan melalui K-KOMM dalam memupuk pertumbuhan industri kreatif termasuk Industri Muzik yang berpotensi besar sebagai salah satu tonggak utama pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi digital baharu.

Rosmin Hashim, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM23 berkata, “Kami baharu sahaja menerima berita gembira ini daripada K-KOMM dan RIM selaku penganjur AIM, amat menghargai dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap penggiat industri muzik tempatan.

“Selaras dengan matlamat AIM untuk meningkatkan kualiti kandungan kreatif, inisiatif melalui DKD kepada empat pemenang kategori utama AIM ini akan menjadi pemangkin kepada penggiat Industri Muzik untuk menghasilkan karya kandungan kreatif berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa’’.

Sebagai contoh, DKD yang diperuntukkan untuk pemenang kategori anugerah ‘Artis Baharu Terbaik’ boleh digunakan untuk menghasilkan single yang lebih berkualiti untuk penerima sekaligus meningkatkan pembangunan kerjaya artis tersebut. Manakala, pemberian DKD kepada Pemenang anugerah ‘Lagu Terbaik’ membolehkan penerima menghasilkan single dan video muzik baharu dengan kualiti pengeluaran yang lebih tinggi.

Selain itu, pemberian DKD turut diberikan kepada pemenang kategori anugerah ‘Video Muzik Terbaik’ dan ‘Album Terbaik’ untuk mengalakkan penghasilan lebih banyak album yang berkualiti tinggi dan berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

DKD yang diperuntukkan untuk pemenang AIM23 akan diberikan melalui syarikat rakaman kepada pemenang masing-masing agar pelaburan DKD tersebut mencapai impak maksima dan produktif serta melibatkan pelbagai rantaian peluang pekerjaan di dalam ekosistem industri muzik tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang AIM, sila layari www.aim.org.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

James杨永聪《Lost & Found》913来马宣传!

相隔五年没来马宣传的James杨永聪,终于带着全新创作中英双碟专辑来到马来西亚宣传啦!

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Tak Dapat Ucapan Hari Lahir Daripada Ibu Bapa? Ini Nasihat Siti Nurhaliza Yang Buat Ramai Tersentuh

Siti mengajak individu berkenaan mengubah perspektif mengenai sambutan hari lahir dengan meletakkan penghargaan kepada ibu bapa sebagai keutamaan.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh bergaduhlah dibuatnya…

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Selena Gomez Patah Hati Lagi…

Laporan mengenai Bieber mendapatkan banglo mewah berkenaan telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, Selena Gomez. Alahai Si Bieber ni pun…

Featured Tue, 3 Dec 2024

“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon yang juga model, Zahnita Wilson susulan isu keganasan rumah tangga yang menimpanya baru-baru ini.

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton

error: Content is protected !!