Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 14, 2022 @ 7:07pm

Kali Terakhir Berhubung Pada 10 Tahun Lalu, Noorkumalasari Rindu Anita Sarawak – “Kami Tak Nak Cari Dia Di Sana Sebab…”

Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noorkumalasari,66, tampil meluahkan rasa rindu terhadap penyanyi lagenda, Anita Sarawak yang ‘hilang’ dan tidak dapat dihubungi dalam industri hiburan sejak 12 tahun lalu.

Noorkumalasari yang juga adik tiri Anita berkata hanya kakak sulung mereka pernah  menghubungi selebriti itu dan menyampaikan salam pada seluruh ahli keluarga.

“Dia (Anita) tidak hubungi saya sebab tahu, saya rapat dengan media. Dia pernah hubungi kakak sulung dan mengirim salam pada ahli keluarga lain.

“Sebelum ini, dia ada menghubungi kami ketika sambutan hari raya dan semua ahli keluarga dapat bercakap dengannya,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Noorkumlasari atau lebih mesra disapa Noor itu berkata kali terakhir dia berpeluang menghubungi Anita adalah pada 10 tahun lalu, sebelum berangkat ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, pelantun lagu Selamat Pagi Sayang turut mendedahkan mereka sekeluarga tidak berusaha untuk mencari Anita di AS kerana bimbang pulang dengan rasa hampa dan kecewa.

Noor berkata Anita kini menetap di Las Vegas, AS sangat sibuk membina empayar perniagaan serta berada dalam keadaan baik di sana dan mahu menjalani kehidupan biasa.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Shila Amzah memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan bayi lelakinya.

Featured Tue, 8 Nov 2022

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari. Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil […]

Featured Tue, 1 Jul 2025
Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

familuv Sat, 5 Jan 2019

Bayi Kerap Jelir Lidah, Adakah Ia Normal Ataupun Sebaliknya?

Jelir lidah salah satu signal si bayi kamu lapar!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik ‘Debu Bercahaya’

Noh merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu tahun ini. 

Featured Tue, 2 Mar 2021

Pergerakan Rentas Daerah Kecuali Di Sabah Dibenarkan Mulai…

Dalam sidang media Majlis Keselamtan Negeri hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pergerakan rentas daerah  dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali di Sabah. Manakala bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 4 […]

error: Content is protected !!