Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie March 27, 2020 @ 5:40pm

5 cara mudah basmi kutu di kepala si kecil

Kanak-kanak mempunyai kutu di kepala bukan perkara asing kerana haiwan kecil itu boleh berjangkit dengan mudah dari satu kepala ke satu kepala yang lain.

Lebih-lebih lagi jika si kecil berkongsi sikat atau bantal dengan kanak-kanak lain di pusat bimbingan kanak-kanak atau dijangkiti ketika bermain bersama rakan di taman.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan si kecil dijangkiti kutu termasuk sering tergaru-garu kerana gigitan kutu lazimnya menyebabkan kegatalan, selain mengalami kerengsaan dalam keadaan tertentu.

Sikat rambut anak yang mempunyai kutu sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi memastikan kutu cepat dibasmi – gambar hiasan. Sumber: theasianparent.com.

Ada dua rawatan yang boleh digunakan untuk menghapuskan kutu daripada terus berada di kepala si kecil anda, iaitu sikat khas untuk memerangkap kutu dan syampu yang juga berfungsi membunuh kutu.

Tindakan membersihkan kutu itu juga perlu dilakukan beberapa kali kerana kutu tidak akan hilang jika kepala si kecil dibersihkan hanya sekali sahaja.

Kutu mudah membiak dan boleh mendatangkan masalah jika dibiarkan di kepala si kecil anda. Foto: NSTP.

Kutu mudah bertelur dan membiak, jika hanya membuang kutu sahaja, namun telurnya masih ada di celahan rambut si kecil, ia akan membiak dengan pantas dan masalah menggaru kepala akan berterusan.

Gunakan syampu khusus untuk membasmi kutu di kepala si kecil anda. Foto: NSTP.

Panduan mudah ini boleh dilakukan sendiri di rumah bagi membasmi kepala si manja anda daripada terus didiami kutu.

1. Sebaik-baiknya lakukan pembersihan dua kali sehari dengan menyikat rambut si kecil bagi memastikan haiwan penghisap darah itu terhapus daripada kepala anak anda.

2. Sapukan syampu rawatan kutu pada rambut si kecil yang kering kerana dalam keadaan rambut kering, kutu lebih cepat mati berbanding rambut yang dibasahkan.

3. Selepas mengenakan syampu, kenakan perapi pada rambut berkenaan. Apabila rambut kering sikat rambut menggunakan penyikat yang dikhaskan untuk memerangkap kutu. Sikat rata pada semua bahagian rambut sekurang-kurang lima kali untuk memastikan kutu terperangkap pada sikat.

4. Bersihkan kepala si kecil dengan air suam, namun pastikan air suam itu tidak mencederakan si kecil dan keringkan rambut dengan sempurna. Sekiranya rambut dibiarkan basah, kutu lebih cepat membiak.

5. Lakukan dua kali seminggu sekurang-kurang sebulan, lihat apa jadi pada si kecil anda, pasti dia ceria menjalani tumbesaran harian kerana tiada lagi kegatalan di kepala

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Sat, 28 Sep 2024
Featured Thu, 20 Dec 2018

H’Hen Nie Gagal Raih Gelaran Miss Universe 2018 Gara-Gara Kesilapan Jurubahasa?

Jawapan yang diberikan oleh jurubahasa didakwa tidak menggambarkan intipati sebenar mesej yang cuba disampaikan H’Hen Nie.

Featured Mon, 22 Nov 2021

Demi Mangga Asam Boi Traffic Light, Gadis Selamba Panggil Abang ‘Spiderman’ Guna Mikrofon

Penjualan mangga asam boi di lampu isyarat bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana strategi pemasaran yang digunakan oleh penjual adalah unik dan mempunyai ramai peminat yang menggemari jeruk itu. Itulah yang […]

Featured Thu, 3 Aug 2023
Featured Thu, 14 Jun 2018

Tampil Anggun & Elegan Dengan 5 Tip Mix & Match Barangan ALDO

Kalau sudah namanya perempuan, from head to toe semuanya harus serba baharu baik baju, tas tangan, kasut mahupun aksesori sebagai pelangkap gaya di Lebaran.

Featured Fri, 19 Dec 2025
error: Content is protected !!