Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin December 11, 2018 @ 9:00am

5 Cara Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Melegakan Anak Sembelit

Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak sememangnya perkara yang tidak boleh dielakkan. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan faktor pemakanan mereka. 

Rasanya tak sanggup lihat anak menangis kerana sakit meneran. Untuk pengetahuan anda, sesetengah kanak-kanak akan membuang air besar 2 kali seminggu dan ia adalah normal untuk mereka. Sekiranya, anak anda buang air besar kurang dari 2 kali seminggu, ini tandanya mereka mengalami sembelit.

Jadi, penulis nak kongsikan kepada anda cara yang boleh dilakukan untuk melegakan anak yang sembelit. Jom semak!

1. Buah prun dan pir

Foto: Women Online Magazine

Sekiranya anak anda suka makanan yang berkarbohidrat dan tak suka makan sayur dan buah-buahan, mereka berisiko untuk mengalami sembelit. Untuk melegakan sembelit mereka, anda boleh memberikan anak anda makan buah prun dan pir. Anda boleh buat jus atau potong kecil-kecil buah tersebut dan berikan pada anak anda. 

2. Urut

Foto: Motherhood.com.my

Anda boleh cuba untuk urut perut anak secara perlahan-lahan bagi memberikan mereka kelegaan yang segera. Caranya seperti:

  • Mandikan anak anda dengan air suam.
  • Baringkan anak anda dan pastikan keadaan bilik tidak terlalu sejuk.
  • Sapukan minyak pada bahagian perut dan urut perlahan-lahan ikut arah jam.
  • Gabungkan urutan dengan gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal.

3. Posisi di tandas

Foto: Pa&Ma

Posisi paling baik untuk membuang air besar atau kecil adalah dengan mencangkung. Pastikan anak anda mencangkung ketika membuang air besar.

4. Serat larut

Foto: Pa&Ma

Anda boleh beli serat larut di farmasi berdekatan. Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda. Tapi, serat larut ini tidak sesuai untuk bayi bawah usia 1 tahun. Jika anda ragu-ragu, dapatkan khidmat rawatan daripada doktor atau ahli farmasi.

5. Minum banyak air putih

Foto: cabarankuruschyron.com

Selain susu, pastikan anak anda minum air putih dengan banyak. Ini kerana, cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar anak anda.

Jika anak sembelit, bila perlu anda risau?

Adalah perkara normal untuk anak anda yang kadang-kadang mengalami sembelit. Tapi, jika ia berlarutan hingga 2 minggu atau sering berlaku, anda perlu berjumpa doktor. Anda juga boleh perhatikan tanda-tanda berikut:

  • Najis berdarah
  • Mual
  • Kembung perut
  • Sakit perut
  • Tak mahu ke tandas
  • Nangis dan menjerit kesakitan semasa cuba untuk membuang air besar atau meneran

Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsianParent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Dec 2025

“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya menarik perhatian warganet apabila berkongsi pandangan ringkas namun mendalam mengenai soal jodoh.

familuv Mon, 9 Dec 2019

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Jangan beli sahaja, ketahui kerusi yang sesuai untuk si kecil

familuv Mon, 22 Oct 2018
Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

Featured Wed, 17 Mar 2021
error: Content is protected !!