Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin December 9, 2019 @ 2:12pm

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Oleh Amnan Hibrahim

Bermula Januari tahun hadapan, kerajaan Malaysia mula mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kereta di Malaysia. Sebab utama kepada pengenalan polisi berkenaan adalah bagi mengurangkan risiko kecederaan mahupun kematian akibat daripada kemalangan jalan raya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah, dalam laporan di Berita Harian, berkata statistik menunjujukkan sebanyak 1,559 kematian akibat daripada kemalangan jalan raya dicatatkan yang membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun  dari tahun 2007 hingga 2017.

Justeru, amatlah penting untuk ibu bapa di Malaysia khususnya untuk mula mengambil tahu akan kepentingan serta cara yang betul dalam hal berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Untuk permulaan, ibu bapa perlu tahu kerusi keselamatan jenis apakah yang perlu digunakan oleh anak mereka. Dalam pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak, terdapat tiga aspek yang perlu diambil kira iaitu berat bayi/kanak-kanak, ketinggian dan umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Panduan pilih, pasang kerusi kereta bayi & cara pujuk anak untuk biasakan diri

Berikut adalah jenis kerusi keselamatan  yang dikongsikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS):

Kumpulan bayi-Tempat duduk keselamatan bayi

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap belakang bayi mampu melindungi tubuh badan bayi yang masih lagi  tidak cukup kuat seperti kanak-kanak yang lebih berusia. Foto: Parents

  • Kerusi keselamatan Kanak-kanak menghadap belakang.
  • Bayi yang memiliki ketinggian sehingga 83cm dan berat antara sembilan ke 13kg.
  • Anggaran umur adalah 0 ke 18 bulan.

Bagi bayi yang berusia bawah 18 bulan, leher mereka masih belum cukup kuat untuk menahan sebarang hentakan mahupun kejutan yang terhasil daripada sebarang kemalangan.

Oleh itu, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap belakang mampu menyokong seluruh bahagian badan bayi berkenaan daripada menerima sebarang impak yang membahayakan fizikal ataupun nyawa mereka.

Kumpulan pertama – Tempat duduk keselamatan kanak-kanak

Penggunaan kerusi keselamatan bayi menghadap hadapan disaran digunakan hanya selepas bayi melebih usia 18 bulan. Gambar hiasan/NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

  • Kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap hadapan
  • Bayi yang memiliki ketinggian sehingga 71cm dan ke atas serta berat antara sembilan ke 18kg.
  • Anggaran umur adalah 15 bulan ke 4 tahun.

Kumpulan kedua – Tempat duduk keselamatan kanak-kanak

  • Kerusi kanak-kanak menghadap hadapan.
  • Kanak-kanak yang memiliki ketinggian setinggi 100cm dan ke atas serta berat badan antara 15 ke 25kg.
  • Anggaran umur adalah 4 ke 7 tahun.

Bagi peringkat umur ini, ibu bapa digalak menggunakan kerusi keselamatan yang dilengkapi dengan lima titik tali pemegang beserta dengan tempat duduk penyokong ataupun dikenali sebagai booster.

Tempat duduk penyokong adalah alat yang sangat penting dalam memastikan badan kanak-kanak berada di kedudukan yang sesuai dengan tali pemegang ataupun tali pinggang keselamatan. Kedudukan yang betul adalah sangat penting bagi membolehkan tali pinggang keselamatan yang digunakan berfungsi dengan betul.

Tujuan utama penggunaan tali pinggang keselamatan bukanlah untuk mengelakkan seseorang individu mahupun kanak-kanak itu terpelanting daripada tempat duduk mereka, tetapi sebaliknya adalah mengarahkan kesan hentakan dan kejutan ketika pelanggaran kepada bahagian tubuh badan yang paling kuat seperti pinggang dan dada.

Justeru, kedudukan posisi badan dan tali pemegang ataupu tali pinggang yang salah ketika menggunakan kerusi keselamatan mampu mendedahkan kanak-kanak berkenaan kepada peningkatan risiko kecederaan ketika berlakunya sebarang pelanggaran.

Kumpulan ketiga – Tempat duduk keselamatan kanak-kanak dan Booster

Tempat duduk penyokong penting untuk memastikan kanak-kanak berada di posisi yang betul untuk penggunaan tali pinggang. Foto: Piper Shelly

  • Kerusi kanak-kanak menghadap hadapan
  • Bayi yang memiliki ketinggian sehingga 135cm dan ke atas serta berat badan antara 25 ke 36kg.
  • Anggaran umur enam tahun dan ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN:  5 panduan elak anak meragam ketika duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak

Dapatkan kerusi keselamatan yang memenuhi paiwaian

Pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak yang dibeli memiliki pelekat E-mark ataupun label QR daripada MIROS. Foto: MOLE.my

Selepas mengenal pasti jenis yang perlu dibeli, perkara seterusnya yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa adalah sama ada kerusi yang mahu dibeli itu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MIROS.

Di Malaysia, pihak berkuasa mengiktiraf penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang mematuhi kadah pensijilan peraturan UN R44 dan R129. Setiap daripada produk yang mematuhi kedua-dua pensijilan tersebut akan mempunyai pelekat E-mark.

Selain itu, kerusi keselamatan yang memenuhi piawaian juga akan dilengkapi dengan pelekat label kod QR daripada MIROS yang turut berperanan memberikan panduan terperinci buat pengguna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 12 Oct 2018

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Apabila anak muntah, dia akan kehilangan banyak cecair dalam badan!

familuv Tue, 9 Oct 2018
familuv Thu, 2 Aug 2018

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Sentiasa prihatin terhadap apa yang ada di rumah anda.

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

familuv Wed, 4 Jun 2025

“Saya Pun Sitizoners” – Nadeera Dedah Mula Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Sejak Umur 3 Tahun

Penyanyi bersuara emas, Nadeera mengakui meminati Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak berumur tiga tahun lagi.

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

familuv Sat, 30 Jun 2018

Anda Wajib Baca Artikel Ini Terutamanya Jika Anda Datang Dari Broken Family

Seorang pengguna Facebook menceritakan pengalamannya merawat penagih dadah yang kini menanti hukuman gantung.

Cahaya Mata Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya. Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah […]

familuv Tue, 19 Feb 2019

Feeling sore from nursing your baby? Soothe your skin with this DIY cream

Here’s the recipe which only uses three simple ingredients.

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

error: Content is protected !!