Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom November 7, 2018 @ 9:00am

5 Jenis Nafkah Wajib Diberikan Suami Kepada Isteri. No Excuses Kalau Mampu Ya Cik Abang!

Selalu kita dengar tentang soal nafkah suami pada isteri. Memang ada suami yang lupa tanggungjawab ini dan ada yang kadang-kadang bagi, kadang kadang tidak.

Kalau adapun, hanya sebilangan kecil saja suami yang menjalankan tanggungjawab pemberian nafkah zahir dan batin pada isteri mereka.

Selebihnya terutamanya pada zaman sekarang ini, suami pula yang menumpang senang si isteri.

Kalau tidak percaya, statistik penceraian meningkat  saban tahun dan berdasarkan ribuan kes yang difailkan, suami gagal memberi nafkah kepada isteri, bahkan ada yang tidak bekerja, pendapatan lebih rendah berbanding isteri selain masalah kecurangan.

Di sini Hijab & Heels ingin berkongsi  5 nafkah wajib disediakan suami kepada isteri.

5 nafkah suami wajib bagi pada isteri

1. Nafkah atau perbelanjaan rumah

Tak kira sama ada rumah sewa atau rumah sendiri, suami wajib memberi nafkah rumah, asalkan mengikut kemampuan suami.

Seperti yang dikongsikan oleh Prof. Harlina Siraj, suami yang membeli rumah teres sahaja buat isteri dan keluarganya adalah jauh lebih baik berbanding rumah banglo yang dibeli isteri.

2. Makan dan minum

Walaupun suami anda hanya mampu membeli sayur kangkung dan ikan kembung, makan sajalah kerana ia berkat.

Hal ini kerana, apabila suami menyediakan keperluan makanan buat isteri dan anak-anak, dia akan berasa lebih bersyukur kerana berjaya membuatkan isteri gembira.

Sebab itu, isteri kalau boleh biarkan suami yang buat senarai barang yang ingin dibeli. Anda akan dapat lihat betapa besarnya hati suami apabila berjaya menyediakan segala keperluan barang dapur di rumah.

3. Perhiasan

Wanita memang suka melawa dengan barang perhiasan. Suami perlu menyediakannya pada isteri dengan membeli barangan kemas seperti cincin, rantai tangan, rantai leher dan sebagainya.

Tapi kalau suami tidak mampu, terima saja jika dia membeli Zhulian pada anda.

Foto: Sinar Harian

4. Pakaian dan perubatan

Ini merupakan peluang untuk suami bersama-sama memelihara aurat isteri antaranya menyediakan baju, seluar, kain, tudung, pakaian dalam dan lain-lain.

Begitu juga perubatan, suami harus membawa isteri mendapatkan rawatan ketika dia sedang sakit. Kalau boleh, buat insuran takaful untuk isteri dan anak-anak.

5. Pembantu rumah

Ya, pembantu rumah juga penting untuk membantu isteri ketika di rumah terutama kepada suami yang berkemampuan. Paling tidak upah maid part time untuk membantu isteri mengemas rumah, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya. Jika isteri dalam pantang, ambil pembantu untuk menguruskan isteri sepanjang tempoh tersebut.

Alangkah seronoknya hati kalau punya suami yang prihatin dan menjaga kebajikan si isteri dengan sebaiknya. Bagaimanapun, tidak semua wanita bertuah dan ada sesetengah isteri memang sudah takdirkan untuk hidup bersusah-payah dengan suami.

Tidak salah pun sebenarnya,  seorang isteri untuk membantu suami dan itu adalah senario kehidupan wanita di Malaysia masa kini yang kebanyakan keluar mencari rezeki untuk keluarga. Mudahan pengorbanan dan sikap toleransi isteri, dihargai oleh golongan suami.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Thu, 20 Sep 2018

Victoria Beckham Kongsi Rahsianya Tentang Membesarkan Anak-Anak Yang Sopan

Keluarga Beckham selalu nampak bahagia. Apakah rahsia mereka?

familuv Sat, 5 Jan 2019

Bayi Kerap Jelir Lidah, Adakah Ia Normal Ataupun Sebaliknya?

Jelir lidah salah satu signal si bayi kamu lapar!

familuv Fri, 22 Jun 2018

Menabur Bedak Pada Bayi Anda Sebenarnya Merbahaya! Ini 4 Sebabnya

“Eh, busuknya anak awak! Tak pakaikan bedak ke lepas mandi?!”

Haaa, ibu-ibu mesti tidak suka kan kalau anak korang kena kutuk bau busuk kalau tidak memakai bedak? Memang lumrah sebenarnya, ibu-ibu yang ada anak kecil memang suka sapu bedak pada anggota badan anak mereka supaya tak nak bau busuk.

familuv Tue, 11 Sep 2018

Bukan Wanita Dewasa Saja, Miss V Bayi Perempuan Anda Juga Perlu Penjagaan Yang Betul

Kemaluan bayi perempuan sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkannya.

familuv Tue, 2 Apr 2019

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Omega 3 dan omega-6 dikatakan menjadi punca gangguan ADHD kepada bayi

familuv Tue, 29 Oct 2019
familuv Wed, 27 May 2020
familuv Mon, 8 Jul 2019

Peluk anak 18 kali sehari, mereka akan jadi lebih bijak!

Amalkan budaya peluk pasangan ini kepada anak untuk naikkan semangat dalam pelajaran.

error: Content is protected !!