Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin October 29, 2019 @ 10:49am

Tuntutan kerja dan keluarga mampu jejaskan kesihatan jantung wanita, awas!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Wanita  berkerjaya tentunya pernah berhadapan dengan konflik mengimbangi antara tuntutan kekeluargaan dan tanggungjawab di tempat kerja.

Majoriti daripada kita juga pastinya beranggapan stres di tempat kerja yang disebabkan konflik kerja dan keluarga tidaklah perlu diambil berat kerana perkara itu adalah sebahagian daripada proses lazim yang berlaku kepada wanita berkeluarga yang bekerja.

Namun begitu, kajian terbaharu di Brazil menunjukkan bahawa stres yang diakibatkan daripada konflik menguruskan tuntutan kerjaya dan juga keluarga berkemungkinan besar mampu memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung individu terutama wanita.

Foto: womansfoundation.com

Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulasan terhadap 27 kajian yang diterbitkan di Current Cardiology Reports menyimpulkan bahawa terdapat hubung antara stres di tempat kerja dan juga peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan strok.

Antara punca utama yang menyebabkan stres kepada individu adalah persekitaran tempat kerja mereka.

American Heart Association (AHA) turut menyatakan bahawa stres adalah faktor yang meningkatkan risiko sakit jantung dan juga penyakit yang berkaitan dengannya seperti darah tinggi dan kolesterol.

Selain daripada isu perhubungan dengan rakan sekerja dan juga bebanan kerja, rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk memenuhi tuntutan kerja dan kehidupan juga adalah faktor utama yang menyebabkan stres tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

Wanita lebih terkesan berbanding lelaki

Konflik dalam memenuhi tuntutan kerjaya dan juga keluarga adalah konflik yang berlaku apabila keseimbangan antara memenuhi tugas sebagai seorang ahli keluarga dan juga memenuhi tugas di tempat kerja tidak dapat dicapai.

Kajian yang melibatkan 11,000 pekerja di Brazil itu menunjukkan wanita mengalami kadar stres yang lebih tinggi berbanding lelaki dalam usaha mereka untuk menangani ketidakseimbangan antara tanggungjawab di tempat kerja dan juga tuntutan kekeluargaan.

Foto: pixabay.com

Walaupun kedua-duanya mempunyai tanggungjawab keluarga yang sama ketika bekerja, analisis dalam kajian berkenaan mendapati wanita mendapat lebih gangguan kerja ketika bersama keluarga berbanding dengan lelaki.

Kepercayaan tradisional jadi punca

Menurut Pengarah Klinikal Emory Women’s Heart, Dr Gina Price Lundberg, kepercayaan tradisi berkenaan dengan peranan wanita berkeluarga di dalam sesebuah masyarakat merupakan punca utama mengapa terjadinya situasi berkenaan.

“Kebanyakan wanita merasa tertekan untuk memenuhi jangkaan yang ditetapkan oleh masyarakat. Di samping itu, kebanyakan wanita juga masih memegang kepercayaan yang beban untuk memastikan kesejahteraan suasana kehidupan di rumah terletak di tangan mereka, katanya.

Cara mengatasinya

Foto: fierceforblackwoman.com

Kajian di atas membuktikan betapa pentingnya keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan dalam penjagaan dan juga kualiti hidup seseorang.

Adalah mustahil untuk menghapuskan stres daripada kehidupan seseorang, namun pakar berpendapat yang seseorang itu perlu belajar bagaimanakah caranya untuk berhadapan dan juga menangani masalah berkenaan.

Selain itu, pakar juga menggalakan agar majikan memperkenalkan inisiatif proaktif memperkenalkan pemeriksaan berkala terhadap tahap stres mahupun keadaan mental pekerjanya.

Sumber: Medical News Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2019

Dodoi anak dengan gym ball, sambil bersenam tubuh ibu pun selesa!

3 manfaat lain gym ball yang tidak diketahui umum.

Sihat Wed, 15 May 2019
Sihat Tue, 10 Jul 2018

Garu Kepala & Gelak Mampu Buat Anda Kurus? Biar Betul?

Lagi tinggi metabolisme, lagi bagus. Tak perlu bersenam pun!

Sihat Fri, 18 Jan 2019

Chia seed, bijian bersaiz kecil yang bermanfaat untuk kesihatan anda

Antara kebaikan chia seed, menstabilkan kadar gula dalam badan

familuv Mon, 11 Nov 2019

Ini kebaikan membaca bersama-sama si kecil!

Bukan satu, tetapi empat manfaat yang akan diperoleh kanak-kanak

Featured Thu, 28 May 2020

Malaysia catat 10 kes baharu positif COVID-19, tiada kes kematian

Jumlah kes harian terendah sejak COVID-19 dikesan di negara ini

familuv Tue, 13 Nov 2018
Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Wed, 2 Oct 2019

Sinaran matahari tingkatkan risiko katarak atau kanser mata

Bukan kulit saja yang anda kena lindung daripada sinaran UV!

error: Content is protected !!