Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 6, 2018 @ 4:51pm

5 Kasut Tumit Tinggi Termahal Di Dunia, No. 1 Boleh Dapat 30 Buah Rumah Mewah!

Bagai irama dan lagu, begitulah wanita dan fesyen. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya perlukan kesempurnaan dan perhiasan adalah jawapannya.

Mana wanita yang tidak mengimpikan barangan kemas seperti permata dan aksesori, sekaligus memiliki sepasang sepatu yang mahal dan cantik. Cuba bayangkan jika permata digabungkan pada kasut wanita. Tentu hebat bukan?

Justeru, Hijab & Heels ingin kami berkongsi  kepada anda senarai 5 Kasut Tumit Tinggi Wanita Termahal Di Dunia di mana semuanya bernilai jutaan ringgit. Kasut-kasut ini dilengkapi dengan hiasan batu permata mahal dan eksklusif menyerlahkan kemewahan. 

1. Debbie Wingham – AS$15.1 juta (RM64 juta).

Seorang pereka di United Kingdom (UK), Debbie Wingham memperkenalkan kasut paling mahal di dunia. Kasut tumit tinggi itu mempunyai lapisan logam dan batu bernilai dengan harga AS$15.1 juta (RM64 juta).

Wingham terkenal dengan ciptaannya yang mewah dan berkhidmat untuk ramai selebriti, golongan diraja dan elit.  Dia terkenal kerana mencipta pakaian paling mahal di dunia, gaun Red Diamond Abaya, yang bertakhtakan lebih 2000 berlian,  termasuk berlian merah paling mahal di dunia, dan harga AS$15.45 juta (RM65 juta). 

Ciptaan terbaharu Wingham adalah kolaborasi antara dirinya bersama penggiat seni berpangkalan di Florida, Chris Campbell. Wingham menyumbangkan dari segi rekaan manakala Campbell memasang batu pada kasut tersebut.

Kasut ini dihiasi lebih 1,000 butir berlian yang dipasang pada logam platinum dan jongkong emas sempurna 24 karat di atas piring khas dijahit halus.

Bukan itu sahaja, kasut tersebut juga mempunyai dua butir batu berlian merah jambu 3-karat, yang bernilai 16.2 juta dirham (RM18.7 juta) dan dua lagi berlian biru satu karat bernilai 7 juta dirham (RM8 juta).

Foto: mahalgila.com

2. Ruby Slippers by Harry Winston – AS$3 Juta (RM11.61 juta)

Sepatu merah ini merupakan hasil ciptaan Ronald anak kepada Harry Winston. Kasut ini merupakan duplikasi daripada kasut Original Ruby Slippers, yang digunakan di dalam filem The Wizard of Oz. Ianya dicipta oleh Ronald bersempena dengan ulang tahun ke 50 pelancaran filem berkenaan. Sebanyak 4600 butiran batu delima dengan anggaran berat 1350 karat digunakan pada keseluruhan kasut ini. Butiran berlian 50 karat pula ditambah untuk menonjolkan lagi kemewahan kasut ini.

Foto: mahalgila.com

3. Rita Hayworth Heels – Stuart Weitzman AS$3 Juta (RM11.61 juta)

Kasut tumit tinggi mewah yang berwarna coklat ini ialah kepunyaan seorang pelakon legenda wanita Amerika syarikat, mendiang Rita Hayworth. Kasut ciptaan Stuart Weitzman ini pernah digayakan oleh seorang pelakon wanita Amerika, Kathleen York pada tahun 2006 sewaktu berlangsungnya anugerah Oscars. Kasut ini kini dimiliki oleh anak mendiang Rita, puteri Yasmin Aga Khan.

Foto: mahalgila.com

4. Cinderella Slippers – Stuart Weitzman AS$3 juta (RM8.5 juta)

Kasut ini ialah inspirasi dari salah satu cerita dongeng Inggeris yang terkenal, Cinderella. Dibuat daripada emas putih, ia diserikan lagi dengan 565 butiran berlian dari Kwiat. Stuart menambahkan kemewahan kasut ini dengan meletakkan sebuah butiran berlian Amaretto 5 karat yang jarang dijumpai, pada bahagian depan kasut sebelah kanan. Alison Krauss, seorang penyanyi dari Amerika terpilih untuk menggayakan kasut ini sempena anugerah Oscars yang berlangsung pada tahun 2004.

Foto : mahalgila.com

5. Tanzanite Heels – Stuart Weitzman & Eddie Le Vian AS$2 Juta (RM7.74 Juta)

Kasut tumit tinggi yang bernilai 2 juta USD ini adalah hasil dari kerjasama di antara Stuart dan pereka barangan kemas terkenal, Eddie Le Vian. Tali pada kasut ini dilihat seakan rantai leher yang dihiasi dengan batu permata biru Tanzanite 185 karat. Di sekeliling batu permata ini pula dipagari dengan butiran berlian 28 karat, menonjolkan lagi kemewahannya.

Foto Kredit : mahalgila.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Aug 2018

Adakah Evolusi Fesyen Muslimah Sekarang Selari Dengan Konsep Islam?

Jangan terlalu obses dengan trend hingga melanggar peraturan dalam Islam.

Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Label Norish Kareem Couture Bakal Membuka Rumah Fesyennya Di London November Ini

Norish Kareem tawar peluang kepada pereka fesyen tempatan untuk menempatkan koleksi mereka di London.

Oh Lawa Wed, 16 Jan 2019

Teknik picit jerawat tanpa memudaratkan kulit wajah

Perasaan dapat memicit jerawat, kepuasannya sukar digambarkan! 

Featured Mon, 17 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 22 Apr 2019

Jom belajar cara mendandan berinspirasikan rambut ‘Khaleesi’ Daenerys Targaryen

‘Mahkota’ watak utama siri Game Of Thrones ini sentiasa mempersonakan!

Featured Mon, 23 Jul 2018

Koleksi Kasut Paling Pelik Dari Serata Dunia. Ada Yang Sanggup Pakai?

Koleksi kasut paling pelik dari seluruh dunia.

Oh Lawa Fri, 16 Aug 2019

Tiga bahan rahsia keremajaan kulit bawah mata

Kulit bawah mata buat anda tampak muda!

Oh Lawa Sun, 1 Jul 2018

Penyanyi Kacak Harry Styles Dipilih Sebagai Wajah Kempen Gucci Pra-Luruh 2018

Nampaknya dia memang peminat setia jenama high end ini.

Featured Fri, 20 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

Enam Penerbangan Dengan Uniform Super Stylish, Bikin Penumpang Starstruck!

Memang cantik-cantik uniform enam penerbangan ini, pasti rasa semangat untuk bertugas kan!

error: Content is protected !!