Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie October 4, 2019 @ 7:30pm

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Perkahwinan adalah satu peristiwa yang sangat istimewa dalam hidup setiap individiu baik wanita mahupun lelaki. Disebabkan istimewanya sesebuah pekahwinan itu, pasangan pengantin disebut raja sehari dan pada hari berkenaan juga kedua-dua mempelai akan dilayan sebaik mungkin, duduk bersanding di atas pelamin bak raja dan permaisuri.

Elemen penting yang sentiasa diberi perhatian dalam perkahwinan ialah persalinan yang akan dipakai pada hari pernuh bermakna itu. Mungkin ada yang memilih gaun kembang, baju kurung moden atau kebaya yang dihasilkan daripada fabrik mewah bagi menandakan hari berkenaan sangat bahagia bagi kedua-dua individu.

Gaun berpotongan kembang ini dipenuhi tampalan bunga renda yang menyuntik elemen mewah terhadap pemakai. Foto: Commas PR

Acara Wedding, Artist & Fashion (WAF) MarriottxWAF2019 yang berlangsung di Gamuda GM Bukit Bintang (GMBB) baru-baru ini menampilkan pelbagai fesyen persalinan untuk pengantin menerusi pertunjukan fesyen yang menampilkan beberapa pereka gaun pengantin terkenal antaranya Lusan Mandongus dan Estee’ Couture Bridal.

Sentuhan Lusan dalam setiap rekaan sangat memukau dan gaun-gaun yang dipertontonkan dihasilkan dalam pelbagai potongan seperti kembang, asimetrikal dan panel, namun satu persamaan ketara bagi setiap gaun berkenaan ialah ia dihasilkan daripada fabrik yang sangat cantik dan mewah.

Lusan berkata, beliau menggunakan pelbagai jenis fabrik bagi menampakkan perbezaan antara setiap helaian gaun yang dihasilkan dan tidak hanya tertakluk kepada renda bersulam semata-mata yang lazim di kaitkan dengan persalinan pengantin.

“Saya memanfaatkan keindahan fabrik seperti tulle dan renda bersulam yang mana pada fabrik itu pula disulam dengan sekuin, manik dan bunga-bungaan bagi memberi nilai tambah dalam setiap rekaan.

“Lazimnya jika ada yang menempah persalinan pengantin, ia memakan masa  empat hingga enam bulan untuk disiapkan dan harga bermula daripada RM7000 hingga RM15,000,” katanya dalam jawapan menerusi emel kepada Hijab & Heels.

Meskipun gaun yang dipertontonkan mungkin tidak sesuai untuk pengantin muslimah, namun anda boleh menempah daripada Lusan mengikut cita rasa untuk disesuaikan dengan majlis.

Apa yang penting, setiap gaun sentuhan Lusan ‘berbicara’ indah menerusi potongan, tampalan bunga dan taburan jemeki yang berkilauan kala peragawati menggayakan sekali gus membuatkan mata yang memandang terpukau dengan jatuhan dan leretan gaun berkenaan di pentas peragaan itu.

Bunga renda yang memenuhi bahagian atas pinggang tampak harmoni digayakan pada hari persandingan. Foto: Commas PR

Antara yang menarik perhatian ialah gaun berpotongan kembang yang dihiasi tampalan bunga renda pada bahagian pinggang ke atas dan sedikit bunga renda yang ditampal pada bahagian bawah menampakkan sisi harmoni dan tersusun pada rekaan berkenaan.

Pemakaian gaun berlengan pendek dengan taburan bunga penuh membuatkan pemakainya tampak manis. Foto: Commas PR

Manakala gaun potongan lurus  berlengan pendek ini pula membuatkan pemakai tampak manis dan meskipun ia dihiasi bunga penuh pada kesemua bahagian, persalinan yang ini tetap memberi impak sopan kepada pemakai lebih-lebih lagi ia menutupi bahagian dada hingga ke leher dengan renda yang hujungnya berjurai cantik.

Satu lagi gaun pengantin indah rekaan Lusan mandongus yang diperagakan pada acara WAFXMarriot 2019 di GMBB. Foto: Commas PR

Gaun tidak berlengan ini pula meskipun berpotongan ringkas, ia tetap berhak dipuji kerana keindahan fabrik yang menyerlahkan sosok pemakai. Bagi pengantin muslimah umpamanya, anda boleh menyarungkan jaket warna senada atau dibuat daripada fabrik sama untuk tampil sopan.

Gaun berpotongan ruffle rekaan Estee’ Coture Bridal ini membuatkan pemakai tampak ceria. Foto: Commas PR

Sementara Estee’Couture Bridal pula mengambil kehebatan fabrik renda Chantilly, tulle dan shimmer tulle yang disulam dengan sekuin, butang kristal, taburan mutiara serta serta tampalan renda bunga-bungaan organdy yang menampakkan rekaan tiga dimensi.

Sekuin memenuhi bahagian atas gaun menyerlahkan sisi elegan pemakai. Foto: Commas PR

Taburan sekuin menyuntik imej glamor pada persalinan gaun ini. Foto: Commas PR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 May 2020
Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.

Acara Mon, 16 Dec 2019

AEON pasar himpunan Walt Disney Year of Mouse & Mickey Love

Tawar pelbagai barangan khusus untuk dewasa

Acara Fri, 10 May 2024

Jalin Kerjasama Bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), GGR Motor Sasar Jualan Penuh Sebanyak 5000Unit Hujung Disember

Selaras dengan galakan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), GGR Motor (M) Sdn Bhd sentiasa menyokong penuh dalam usaha pembangunan industri EV di Malaysia yang bertepatan dengan Skim […]

Featured Mon, 8 Jan 2018

10 Rahsia Wanita Jepun Tampak Muda Dan Slim Sepanjang Masa

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka […]

Oh Lawa Sat, 16 Jun 2018

Penggayaan Turban Buat Si Manis Berhijab Tampil Elegan

Seiring dengan perkembangan fesyen, penggayaan tudung juga tidak terlepas daripada mengelami pelbagai revolusi.

Acara Fri, 1 Nov 2019

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Pelbagai resipi daripada teh BOH, menarik!

Oh Lawa Fri, 9 Mar 2018

13 Top Model Antarabangsa Ini Buktikan Rupa Bukanlah Segalanya

Buktinya, ramai model yang berjaya mengukir nama di pentas dunia dengan rupa paras mereka yang langsung tak konvensional. 

Acara Fri, 28 Oct 2022

Pertama Kali Anjur Konsert, Nabila Huda Bawa Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL… Tiket Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

Seperti pisang goreng panas. Begitulah gambaran sambutan terhadap konsert Senandung Malam yang bakal menghimpunkan persembahan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca kerana tiket telah terjual ‘licin’ selepas 50 minit dilancarkan. Dianjurkan oleh Neptunes […]

Oh Lawa Tue, 7 Aug 2018

Freckles Dulunya Dianggap Hodoh Tetapi Kini Jadi Kegilaan Dalam Solekan

Jeragat atau freckles pada wajah dianggap sebagai salah satu bentuk ketidaksempurnaan, bintik-bintik tersebut kini memiliki daya tarikan tersendiri bagi para wanita.

error: Content is protected !!