Euforia Bola 2026
Acara By: XTRA October 28, 2022 @ 3:03pm

Pertama Kali Anjur Konsert, Nabila Huda Bawa Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL… Tiket Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

Seperti pisang goreng panas.

Begitulah gambaran sambutan terhadap konsert Senandung Malam yang bakal menghimpunkan persembahan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca kerana tiket telah terjual ‘licin’ selepas 50 minit dilancarkan.

Dianjurkan oleh Neptunes Presents, pastinya Senandung Malam yang dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 30 November 2022 kelak akan meninggalkan momen tersendiri dalam suasana hangat yang sukar untuk dihuraikan.

Apa lagi mendengar Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca beraksi di atas pentas yang sama adalah sebuah bonus kerana pastinya senandung-senandung mereka akan membuat semua peminat tak senang duduk.

Lagu popular mereka seperti Akad dan Menuju Senja (Payung Teduh) atau Jatuh Cinta Itu Biasa, Sebelah Mata dan Merdeka pasti akan membuai emosi peminat di sebalik permainan folk dan rock dari genre band masing masing.

Bagi Neptunes Presents, mengumpulkan mantan vokalis Payung Teduh, Pusakata yang meninggalkan kugiran itu pada 2018, lalu digabungkan pula bersama Efek Rumah Kaca umpama ‘durian runtuh’ buat mereka.

“Saya percaya penggemar muzik aliran indie, folk atau rock yang sangat mengikuti dekat tentang karya dan perkembangan terkini Payung Teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton kehebatan mereka dalam Senandung Semalam.

“Jika peminat berteriak gembira dan tidak sabar untuk datang ke Zepp KL pada 30 November 2022 nanti, kami di Neptunes Presents pula seperti sudah sebelah tangan mendapat durian runtuh. Saya suka kepada kedamaian dan ketenangan.

“Bagi saya Payung Teduh, Pusakata & Efek Rumah Kaca adalah contoh muzik yang akan membawa kita mengembara ke satu alam yang amat menyenangkan. Jadi saya mengajak peminat peminat muzik untuk bersama saya menikmati di Senandung Malam”, ujar Nabila Huda selaku penganjur.

Efek Rumah Kaca juga menzahirkan kebahagiaan yang sama untuk kembali ke Malaysia.

“Kami amat berbesar hati dan teruja untuk berkongsi pentas dengan the one and only Payung Teduh.

“Apa lagi momen bermakna ini diabadikan di Malaysia, sebuah kesempatan yang tidak mungkin dilepaskan saat pertama kali penganjur menawarkan ‘pekerjaan’ ini.

“Bukan hanya peminat, tetapi kami sendiri di Efek Rumah Kaca melihat konsert ini sebagai salam silaturahmi setelah sekian lama tidak menyapa anda di sini,” ujar wakil Efek Rumah Kaca.

Bagi penggerak Payuh Teduh sendiri, mereka tidak mempunyai alasan untuk menolak tawaran bermain di konsert ditawarkan ini.

“Pertama kali dilamar penganjur kami sudah tidak punya alasan untuk menolak. Saat diberitahu ini merupakan projek perdana kolaborasi dengan band kegemaran dan berprolifik seperti Efek Rumah Kaca, tiada siapa di antara kami yang bilang tidak.

“Ayuh kita lakukan dan menikmati apresiasi yang akan hadir dari bukan hanya peminat Payung Teduh, tetapi peminat Efek Rumah Kaca sendiri,” kata wakil dari Payung Teduh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Acara Wed, 4 Oct 2023
Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Acara Thu, 16 May 2019
Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

error: Content is protected !!