Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 10, 2025 @ 12:58pm

Ustaz Shamsul Debat & Tokoh Agama Antarabangsa Semarakkan Acara, Program Dakwah Negara 2025 Kembali Dengan Lebih 1,000 Aktiviti Dengan Tema ‘Membangun Adab, Membina Negara’

Program Dakwah Negara (PDN) 2025 kembali dilaksanakan sebagai antara inisiatif mega Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi memperluaskan agenda dakwah ke seluruh negara. Program ini yang mula diperkenalkan sejak 1978 terus memberi impak besar kepada masyarakat sehingga hari ini.

Untuk tahun 2025, PDN diangkat dengan tema “Membangun Adab, Membina Negara”, selari dengan keperluan membentuk masyarakat beradab, harmoni dan berperanan dalam memperkukuh kestabilan negara, khususnya dalam era perubahan sosial yang pantas.

Sebagai usaha menarik penglibatan generasi muda, YADIM turut memperkenalkan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025 dengan tema yang sama. Pertandingan video pendek berdurasi antara satu hingga dua minit ini dibuka secara percuma kepada remaja berusia 13 hingga 30 tahun, dengan pelbagai hadiah menarik menanti peserta.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mengikuti perbincangan bermanfaat melalui Podcast Siri Madani Mendidik Masyarakat, yang membawakan perkongsian tentang dakwah dan pembentukan adab daripada panel jemputan secara langsung di Facebook dan YouTube rasmi YADIM.

Sepanjang penganjuran PDN 2025, lebih 1,000 aktiviti bakal dilaksanakan di seluruh negara merangkumi Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa, kelas pengajian ilmu, Program Sehari Bersama Komuniti Madani, program ziarah kasih, pameran serta jualan naskhah YADIM, tayangan filem pendek patuh syariah dan pelbagai lagi pengisian di masjid, surau dan pusat komuniti.

Penganjuran tahun ini turut disertai barisan tokoh dan selebriti dakwah seperti Ustaz Shamsul Debat, selain kehadiran tokoh ulama antarabangsa termasuk Mufti Besar India, Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, Sheikh Dr Ahamed Mamduh dari Mesir, Al-Allamah Sheikh Isam As-Sabuie Al-Maliki dari Tunisia, Syeikh Dr Yasir Al-Adeni As-Syahiri dan Syeikh Niyaz Ahmad Al-Adeni dari Yaman, Syeikh Hussein Abdul Qadir Al Yusuf serta Syeikh Hasnul Hizam Hamzah dari Malaysia, dan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al Makki dari Indonesia, khusus bagi program Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025.

Kemuncak PDN 2025 ialah Majlis Apresiasi Dakwah YADIM dan Perasmian Penutupan Program Dakwah Negara 2025 yang dijadual berlangsung pada 15 Disember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis ini bakal menghimpunkan pendakwah, penaja dan rakan strategik sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menggerakkan dakwah negara.

YADIM menyeru seluruh masyarakat tanpa mengira lapisan umur untuk menyertai program ini serta bersama menggerakkan usaha memperkasa ummah demi kebaikan bersama dan kesejahteraan negara.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 20 Feb 2020
Acara Sat, 9 Nov 2019
Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

Acara Wed, 18 Jul 2018

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Lensa kamera turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.

Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Wed, 25 Jul 2018

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa!

error: Content is protected !!