Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom January 21, 2020 @ 5:58pm

Sephora Fahrenheit88 bukan biasa-biasa!

Cawangan terbaharu pusat sehenti kecantikan Sephora yang terletak di gedung beli-belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman berbeza buat komuniti yang gemar mencari produk kecantikan.

Tidak hanya menawarkan kepelbagaian produk kecantikan merangkumi kosmetik, penjagaan diri secara menyeluruh dan pewangi, Sephora di Fahrenheit 88 turut mewujudkan pelbagai perkhidmatan baharu.

Dibina secara dupleks (dua tingkat) dengan keluasan 17,000 kaki per segi dengan rekaan yang ikonik, kedai flagship ini membawa masuk portfolio jenama terkemuka yang ditunggu-tunggu wanita membabitkan lebih 100 jenama.

Bahagian aras atas, terdapat akademi untuk meningkatkan mutu layanan dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada kakitangan Sephora berhubung produk baharu yang terdapat di gedung kecantikan itu untuk membantu pelanggan mendapatkan informasi terbaik, sekali gus membeli produk yang bermanfaat kepada pengguna.

Menamakan ia sebagai Taman Permainan Kecantikan Terbesar (The Largest Beauty Playground), Sephora mengenengahkan inovasi melalui perkhidmatan khusus untuk ahli-ahlinya dengan memberikan pengalaman membeli-belah omnichannel atau penyediaan pelbagai perkhidmatan yang tiada bandingan.

Pengurus Besar Negara Sephora Malaysia, Valerie Foong, berkata pembukaan cawangan baharu Sephora Fahrenheit88 ini adalah bukti usaha berterusan untuk menjadikan Sephora sebagai destinasi nombor satu bagi komuniti kecantikan di Malaysia.

Pengarah Urusan Sephora Malaysia, Valerie Foong (kiri), Presiden Sephora Asia, Benjamin Vuchot dan Pengarah Urusan Sephora SEA, Alia Gogi pada majlis pembukaan Sephora Ferenhight 88. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

“Merealisasikan misi dan visi syarikat, semestinya untuk memperkukuhkan penjenamaan Sephora sebagai peneraju peruncit kecantikan di dunia. Kedai flagship yakni The Largest Beauty Playground di Malaysia ini bakal menjadi hab kecantikan utama di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Prapembukaan Rasmi Sephora Fahrenheit 88, Jumaat lalu.

Sephora Fahrenheit 88 dibuka untuk operasi bermula 18 Januari, lalu.

Jenama eksklusif yang boleh didapati di Sephora Fahrenheit 88

Menariknya, Sephora Fahrenheit88 turut menjual beberapa jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di butik berkenaan antaranya Drunk Elephant, Tatcha, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela.

Selain kepelbagaian produk dan jenama, butik berkenaan turut memberi tumpuan kepada susun atur rak bagi setiap produk yang dirancang dengan baik bagi memudahkan pembeli.

Beauty Loft

Beauty Loft merupakan ruang istirahat (lounge) peribadi eksklusif yang pertama diperkenalkan Sephora Malaysia. Berada di aras satu, pelanggan yang memperoleh status Gold Member boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi (personal shopper) dan khidmat ukiran (engraving service).

Bersesuaian dengan gelaran Taman Permaianan Kecantikan Terbesar, Beauty Loft turut menyediakan beberapa lagi perkhidmatan antaranya rawatan kuku, rambut, wajah dan tatarias. Jika ingin mendapatkan layanan istimewa ini, sebaik-baiknya buat temu janji terlebih dulu!

Ruangan Beauty Loft Sephora Ferenhight 88. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Sephora Lounge

Juga di aras yang sama, Sephora Fahrenheit88 menyediakan ruang seperti Sephora Lounge , khusus untuk menganjurkan pelbagai acara dan The Studio, iaitu studio fotografi untuk digunakan oleh rakan dagangan bagi berinteraksi dengan pelanggan mereka di Malaysia.

Ruangan ini menyediakan perkhidmatan kecantikan kulit untuk semua pengunjung seperti Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips,suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir dengan menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan dan hidrasi secara serentak; manakala Skincredible, by Sephora pula menyediakan khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit.

Perkhidmatan 15 itu adalah percuma dan pengguna boleh mendapat cadangan produk yang paling sesuai berdasarkan keadaan kulit.

Tawaran perkhidmatan menyeronokkan!

Perkhidmatan personalisasi adalah antara keunikan yang boleh didapati di Sephora Fahrenheit88.

Kedai ini memaparkan integrasi teknologi dengan Kiosk Interaksi yang boleh digunakan pelanggan untuk bernavigasi di kedai. Misalnya menyemak promosi baharu, mendapatkan maklumat perkhidmatan dan acara-acara di Sephora, membaca Sephora Buying Guide dan katalog Rewards Boutique serta menyertai permainan yang mengujakan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Acara Fri, 22 Nov 2019
Acara Sun, 22 Feb 2026

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah!

Acara Sat, 9 Mar 2019

Ayda Jebat beri sentuhan peribadi untuk Anas Cosmetics

Didatangkan dalam pek kecil dan mampu milik! 

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Acara Fri, 19 Jun 2026
Acara Mon, 15 Jun 2026

REV Media Group Ungguli MDA d’Awards 2026, Rangkul Tujuh Anugerah Termasuk Dua Emas Utama

REV turut menerima empat anugerah perak menerusi kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.

error: Content is protected !!