Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie October 25, 2019 @ 7:48pm

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Parti Halloween sering mengingatkan kita kepada labu yang diukir seakan wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut serta kanak-kanak mengetuk pintu dengan memakai pakaian aneh.

Kebelakangan ini ada pelbagai ragam sambutan parti Halloween dengan pengubahsuaian bersifat kontemporari dan tiada langsung unsur seram, sebaliknya diselitkan dengan elemen ceria serta menyeronokkan seperti satu permainan pula.

Terkini, The Lost World of Tambun (LWOT) mengadakan parti Halloween dengan mengambil tema Day of The Dead yang menampilkan elemen Mexico seperti pakaian berwarna-warni dan topi besar yang sedang belangsung sehingga 31 Oktober ini di taman tema berkenaan.

Kawasan ‘perkuburan’ diwujudkan bagi menimbulkan suasana seram sempena parti Halloween Day of The Dead. Foto: LWOT.

Lebih mengujakan, ia tiada langsung unsur ‘hitam’ tetapi hampir 90 peratus dilatari watak-watak yang tampil dalam persalinan melucukan dan penuh ceria, jadi ia tidak menakutkan!

Tanglung labu turut ditempatkan di beberapa lokasi di LWOT sempena parti Halloween Day of The Dead. Foto: LWOT.

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi, dalam satu siaran untuk media berkata, tahun ini pihak LWOT memilih tema yang berbeza berbanding parti Halloween yang lazim diadakan di Amerika.

“Sebagai taman tema bertaraf antarabangsa, setiap tahun kami cuba mencari kelainan dengan memperkenalkan tema berbeza dan tahun ini kami sepakat memilih tema Day of The Dead.

“Ia merujuk kepada hari kematian yang berlaku dalam kalangan penduduk Mexico dan hari berkenaan dilabelkan sebagai Festival Seni Tengkorak,” katanya dalam siaran berkenaan, baru-baru ini.

Bersanding bersama ‘tengkorak’ antara pengalaman melucukan yang boleh dialami sekiranya anda berkunjung ke LWOT sepanjang parti Halloween yang berlangsung sehingga 31 Oktober ini.

Pihak LWOT juga mewujudkan lokasi khusus untuk dirasai pengunjung yang mahukan ‘cabaran’ bersifat mendebarkan, namun pada masa sama menyeronokkan kerana mereka berpeluang untuk bergambar, berhibur mahupun bersanding dengan ‘tengkorak’ yang memenuhi kawasan perkuburan berwarna-warni.

Petugas LWOT mengenakan pakaian bermotif tengkorak dan bertopi besar bagi disesuaikan dengan tema Day of The Dead.

‘Tengkorak’ yang berkeliaran di lokasi berkenaan tidak akan menyerang pengunjung, sebaliknya mereka sangat peramah dan boleh memberi pos istimewa sekiranya diajak bergambar.

Sehubungan itu, LWOT mengambil tema berkenaan untuk memeriahkan parti Halloween yang diadakan di taman tema itu sebagai sebahagian daripada kegiatan untuk pengunjung yang datang bersama keluarga ketika Day of The Dead berlangsung.

Pelbagai pemainan boleh dicuba bersama keluarga di taman tema ini. Foto: LWOT.

LWOT bukan sekadar taman tema air, ia juga adalah satu  pusat hiburan yang sesuai untuk aktiviti kekeluargaan yang dilengkapi dengan pelbagai tarikan istimewa.

Senario menarik yang ada di LWOT disediakan untuk pengunjung. Foto: Lost World of Tambun.

Antara yang boleh dinikmati sekiranya mengunjungi LWOT ialah Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Hot Spring & Spa, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan Lost World Adventure Park.

Apa kata bawa keluarga bermandi-manda atau bercuti di LWOT sambil menikmati pemandangan hijau, meneroka pengalaman yang mengujakan dan mencuba pelbagai menu enak di kafe Dulang Tea yang terdapat di situ.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Tak Sangka Akan Viral, Saya Hanya Kongsi…” – Daiyan Trisha Akui Akrab Dengan Aedy Ashraf

Daiyan & Aedy rapat lama dah gais ✌🏻BFF for life la nii hehe ☺️

Featured Fri, 26 Feb 2021
Featured Thu, 28 Aug 2025
Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Aunty Aini’s Garden Cafe ini pernah dikunjungi Cef terkenal Gordon Ramsay dan mendiang Anthony Bourdain. Hebat!

Featured Thu, 20 Mar 2025

“Doing Couple Stuff Like This Is So Fun”- Kini Giliran Jefri Nichol Pula Tayang Seluar Jeans Tertera Huruf ‘A’

Pasangan popular, Jefri Nichol dan Ameera Khan kelihatan semakin terbuka berkongsi perasaan mereka di media sosial.

Featured Thu, 13 Nov 2025
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Sat, 27 Sep 2025
error: Content is protected !!