Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom October 24, 2018 @ 3:00pm

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Bukan saja enak dimakan tetapi juga melegakan rasa haus tekak jika dibuat jus. Apatah lagi kalau buah mangga itu sejenis yang manis.

Versatiliti buah mangga juga boleh dipelbagaikan sebagai hidangan masakan sama ada untuk menu berlauk ataupun membuat kek.

Opps nanti dulu! Bukan itu saja, buah mangga kaya dengan serat dan vitamin seperti Vitamin A, C dan B6 juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.

Nak tahu apakah khasiat dan kelebihan buah mangga untuk kecantikan anda? Rujuk coretan di bawah!

Foto: NDTV Food

1. Mencerahkan kulit

Pastinya ini jadi idaman setiap wanita dan ia merupakan cara semula jadi. Pori wajah dikatakan jadi lebih bersih dan boleh menjauhi jerawat, justeru kulit akan jadi lebih cerah dan sihat.

Boleh dibuat masker atau paling mudah potong mangga kepada beberapa kepingan kecil dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit dan biarkan lebihan jus mangga di wajah anda selama 10-15 minit. Bilas wajah dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.

2. Mengurangkan Angka Kolesterol

Disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi, ia mampu mendetoks darah daripada unsur tidak penting seperti kolesterol.

3. Menambah Keinginan Seksual

Kadar kandungan vitamin E di dalam mangga mencetus hormon kegembiraan lantas menambah keghairahan seks, jadi bolehlah dimakan setiap hari.

4. Melenyapkan Panas Badan

Inilah dia pendingin hawa tubuh secara semula jadi. Panas dalam biasanya disebabkan oleh ginjal dibebani cuaca yang panas. Bila memakan mangga, anda mampu meneutralkan suhu dalam ginjal anda. Cuba resipi jus mangga yang menyegarkan dengan kisar potongan mangga yang dicampur dengan ketulan ais dan yogurt.

5.  Membuat Mata Lebih Cerah

Jika anda minum secawan jus mangga setiap hari, ia akan mengurangkan tekanan pada mata kerana ia kaya dengan vitamin A. Mata akan kurang rasa lembap. Pengambilan mangga dengan teratur juga mengurang kekeringan mata dan meningkatkan pandangan waktu malam.

6. Membaiki Sistem Pencernaan

Disebabkan ia juga padat kandungan serat, sudah tentu mudah untuk anda menyingkir bahan tidak diingini dengan lebih baik. Mangga juga membuatkan anda terasa kenyang dan kandungan fiber yang tinggi membantu tubuh membakar lebihan kalori. Boleh kuruslah macam ni! Malah mangga juga dipercayai membantu mengurangkan masalah batu karang.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

Featured Fri, 8 Apr 2022
Featured Mon, 15 Dec 2025

“Jangan Gopoh Atau Self Sabotage Untuk Benda Tak Baik” – Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat Buat Syada Amzah

Kata Syada, dia takut dan pernah berasa trauma untuk membuka hatinya kembali selepas mengalami pengalaman kurang manis berdepan masalah dalam perhubungan.

Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Wed, 15 Mar 2023
error: Content is protected !!