Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom January 22, 2020 @ 2:52pm

Rindu masakan air tangan ‘ibu’ atau ‘homecook’? Jangan risau, Go Eat kan ada!

Kata orang masakan air tangan ibu atau masakan dari rumah (homecook) itulah yang paling lazat. Begitupun, dalam kehidupan zaman sekarang yang serba sibuk, makanan segera atau yang dibeli dari gerai menjadi penyelamat ketika perut berasa lapar.

Berhasrat membudayakan kembali masakan dari rumah dalam kalangan masyarakat, sebuah aplikasi yang dinamakan Go Eat diperkenalkan.

Lebih hebat daripada perkhidmatan penghantaran makanan, Go Eat ialah platform aplikasi digital yang membawa misi mulia untuk membantu suri rumah dan ibu tunggal menyertai mereka sebagai vendor sekali gus menjana pendapatan.

Pengasas Bersama Go Eat yang juga aktor meningkat naik, Fikri Ibrahim, berkata suri rumah dan ibu tunggal menjadi golongan sasar sebagai vendor mereka memandangkan di Malaysia terdapat ribuan peniaga persendirian atau kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai produk berkualiti, namun kekurangan ruang untuk mempromosikan produk keluaran mereka.

Fikri Ibrahim selaku Pengasas Bersama Go Eat menceritakan bagaimana tercetusnya idea mewujudkan aplikasi Go Eat yang memperkenalkan masakan dari rumah sebagai antara khidmat yang ditawarkan.

“Saya masih ingat lagi seorang peniaga di kampung. Saya selalu membeli makanan daripadanya. Kisah hidupnya sangat memilukan kerana selepas kehilangan dua anak, suaminya pula meninggal. Dia terpaksa membesarkan seorang lagi anak dengan meniaga.

“Perniagaan yang diusahakan sejak sekian lama yang sepatutnya bertambah maju, tetapi semakin hari semakin mundur. Begitu juga beberapa peniaga depan rumah saya yang masih di situ dan tidak berkembang kerana tiada platform. Jadi saya terfikir alangkah bagusnya jika ada satu platform yang boleh membantu peniaga kecil ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Kesedaran itu yang membuatkan saya terpanggil untuk memperkenalkan masakan homecook sebagai antara khidmat yang ditawarkan selain turut membuka ruang kepada jenama makanan komersial sedia ada,” katanya.

Go Eat ialah jenama penghantaran makanan pertama yang diasaskan di Malaysia, malah keseluruhan kakitangannya juga menggunakan tenaga rakyat tempatan dan ini jelas dilihat menerusi logo aplikasinya yang berwarna kuning dan hitam bagi mencerminkan semangat nasionalisme.

Aplikasi Go Eat yang dibangunkan sejak 2018 menggunakan pasukan yang terdiri daripada rakyat Malaysia bagi tujuan pembangunan, peranti, aplikasi dan sebagainya.

Hakikatnya, perkembangan teknologi menyebabkan penghantaran makanan sudah menjadi satu keperluan dalam masyarakat hari ini kerana dengan hanya beberapa sentuhan di telefon, makanan sudah tersedia di depan pintu.

Menerusi aplikasi ini, banyak pihak akan mendapat manfaat bukan saja vendor, malah golongan muda yang berminat untuk menjadi penghantar makanan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat Sdn Bhd, Datuk Khairil Muzamil memaklumkan pihaknya sudah menyediakan insurans bagi  5,000 penghantar makanan, sebagai jaminan keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Go Eat, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, berkata setakat ini seramai kira-kira 5,000 orang sudah mendaftar di bawah Go Eat sebagai penghantar makanan, manakala lebih 4,000 perniaga berminat untuk menjadi vendor Go Eat.

Katanya, pihaknya turut mengambil kira aspek keselamatan dengan menyediakan insurans bagi setiap penghantar yang berdaftar dengan Go Eat, selain diberikan kit penunggang (rider kit) untuk memberikan imej yang baik dan profesional apabila berdepan dengan pelanggan.

“Seperti kita sedia maklum, terdapat beberapa isu yang membabitkan penghantar makanan bagi beberapa aplikasi lain, antaranya mereka tidak diinsurankan dan apabila kemalangan berlaku, mereka terpaksa menanggung beban tanpa sesiapa pun tampil membela nasib mereka.

“Berbeza dengan Go Eat setiap penghantar makanan kami dijamin keselamatan mereka sepanjang menjalankan tugas,” katanya.

 

Beliau berkata, meskipun sebahagian daripada vendor yang berdaftar dengan aplikasi berkenaan tinggal di kawasan pedalaman atau jauh dari bandar, pihaknya sentiasa memastikan khidmat penghantaran ditawarkan berjalan lancar.

“Bagi memastikan pelaksanaan khidmat penghantaran ini lancar, kami memastikan setiap penghantar makanan ditempatkan di lokasi yang berbeza dan hanya dipisahkan pada jarak 7 kilometer. Setiap penghantar diberi kawasan masing-masing dan mereka tidak perlu menghantar makanan pada jarak yang terlalu jauh.

“Insya-Allah perancangan kami selepas ini adalah untuk membawa jenama ini ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Australia dan Vietnam. Jika Indonesia berbangga dengan Gojek, menjadi harapan kami supaya selepas ini rakyat Malaysia dapat mengagumi Go Eat,” katanya.

Sebagai permulaan, Go Eat beroperasi sepenuhnya pada 19 Januari di Putrajaya, Cyberjaya dan Bangi sebelum meluaskan operasi di seluruh negara dan ke negara jiran.

Aplikasi Go Eat boleh dimuat turun dalam Android Playstore atau IOS Appstore mulai 18 Januari lalu, dan sebaik dilancarkan, Go Eat berada pada kedudukan nombor 1 sebagai aplikasi paling trending dalam carian pengguna.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat Sdn Bhd, Datuk Khairil Muzamil (kiri) bersama Pengasas Bersama Go Eat, Fikri Ibrahim, melancarkan aplikasi servis penghantaran makanan Go Eat yang berlangsung di DPAC Damansara. NSTP/SUPIAN AHMAD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Sat, 29 Jan 2022

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak […]

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Serbu Zon Utara. Apa Lagi, Moh Ramai-Ramai Ke Meru, Ipoh 24 Mac Ini!

Festival yang menyatukan golongan belia ini bakal menggegarkan Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac ini dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Acara Fri, 20 Dec 2019
Acara Mon, 31 Jul 2023
Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

error: Content is protected !!