Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie November 1, 2019 @ 6:37pm

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Teh digemari ramai, lebih-lebih lagi ketika hari hujan, menghirup secawan teh adalah nikmat yang menyenangkan, namun  kini ada cara lain untuk merasai manfaat teh.

Sempena ulang tahun Boh Plantation Sdn Bhd (BOH) yang ke-90, pakar teh di BOH Plantation bekerjasama dengan Chef Datuk Fazley Yaakob memperkenalkan cara baru menikmati teh, iaitu menyediakan tiga hidangan mudah dengan menggunakan teh.

Ketua Pegawai Komersil BOH Plantation, Chen Chaw Chang, berkata pihaknya sentiasa memikirkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang menjadikan teh adalah minuman utama ketika sarapan pagi mahupun di sebarang majlis lain.

Timbalan Ketua Pemasaran Boh Plantations, Aina Ramly (dari kiri), Jurucakap Jenama Boh Plantations, Datuk Fazley Yaakob, Pengerusi Eksekutif Boh Plantations, Caroline Russell dan Ketua Pegawai Komersial Boh Plantations, Chen Chaw Chang memotong kek pada sesi demonstrasi memasak menggunakan teh Boh. Foto: NSTP/ROSELA ISMAIL

“Sebagai satu jenama yang sudah 90 tahun berada di pasaran, kami amat mementingkan konsistensi  dan kualiti produk kami iaitu dari segi rasa, aroma malah warna teh itu sendiri.

“Kami juga mahu menjadi jenama yang berinovatif dan serba boleh dan bukan sekadar mahu teh dikenali sebagai minuman sahaja,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis BOH & Datuk Fazley Menggalakkan Rakyat Malaysia Memasak Secara Kreatif di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya lagi, teh bukan sahaja boleh diminum, tetapi juga dijadikan bahan dalam masakan dan ia menjadi masakan yang kreatif jika tahu memanfaat keenakan teh terutama BOH yang cukup terkenal dengan kata pengenalan ‘Ummph.’

“Sebagai rakyat Malaysia, kami sedar makanan memainkan peranan penting dalam masyarakat kita.

“Oleh itu, dalam acara sebegini dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengunakan teh dalam masakan harian mereka untuk rasa yang lebih Ummp!” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pemasaran Boh Plantations, Aina Ramly dan Pengerusi Eksekutif Boh Plantations, Caroline Russell.

BOH Plantation yang berpangkalan di Sg Palas, Cameron Highland mencakupi keluasan 1,200 hektar dan mengeluarkan kira-kira 4 juta kilogram teh setahun menyamai 5.5 juta cawan sehari dan terkenal dengan kata ucap ‘Ummph’ dalam iklannya.

Datuk Fazley Yaakob menunjukan demonstrasi memasak menggunakan bahan daripada teh Boh. Foto: NSTP/ROSELA ISMAIL

Sementara itu, Datuk Fazley yang juga jurucakap BOH berkata, beliau teruja apabila BOH menghubunginya dan memintanya menyediakan beberapa resipi menggunakan teh.

Artikel berkaitan: Datuk Fazley kongsi 8 tip diet

“Saya teruja kerana permintaan BOH adalah unik dan tidak ramai yang mencuba memasak menggunakan teh, dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan manisan yang boleh dihasilkan.

Ile Flottance. Foto: NSTP/ROSELA ISMAIL

“Untuk menu kali ini, kami memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang diperoleh di pasaran dan lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerana sasaran kami adalah menghasilkan gabungan rasa yang unik dan dapat menambah lebih umpph,” katanya.

Pasta Makanan Laut menggunakan teh Herba Ratus dan Sirih Purut disediakan Datuk Fazley pada sesi demonstrasi memasak menggunakan bahan daripada teh Boh. Foto: NSTP/ROSELA ISMAIL

Tiga menu disediakan Datuk Fadzley ialah Ile Flottante yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest, Pasta Makanan Laut menggunakan BOH Herba Melayu Rempah Ratus dan Sirih Purut manakala Kek Cawan Teh menggunakan Uncang Teh Boh yang disempurnakan dengan rasa Teh Hijau Jasmin sebagai pemanis.

Tiga hidangan hebat ini ternyata menyerlahkan keunikan BOH sekali gus penggemar masakan boleh meneroka pelbagai cara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2020

Kerajaan mungkin kuat kuasa larangan keluar bagi kanak-kanak

Elak golongan berisiko terdedah pada COVID-19

Gaya Hidup Wed, 27 Jun 2018

Nak Buat Open House Raya? Ini Tip Penyediaan Makanan Yang Selamat Diamalkan

Dalam pada keterujaan menjamu juadah kepada tetamu, jangan sesekali memandang remeh soal kebersihan dan keselamatan dalam menyediakan makanan.

Featured Tue, 1 Oct 2019

Inilah fungsi sebenar warna pada tiub ubat gigi anda

Ia tidak merujuk kepada bahan toksik di dalam ubat gigi itu ya!

Featured Wed, 28 Dec 2022
Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ Diperkenalkan Di Jepun Bagi Meningkatkan Mutu Kerja

Point yang mencapai tahap tertentu akan mendapat ganjaran, contohnya 100 point bersamaan 100 yen.

Featured Sun, 10 May 2020
Featured Fri, 31 May 2019
Gaya Hidup Fri, 10 Oct 2025

SELCOFF 2025 Himpunkan Komuniti Kopi Serantau… Aizat Amdan, Bunga Turut Meriahkan Acara!

Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025 bakal berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober ini di The Curve, Damansara.

error: Content is protected !!