Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin August 28, 2019 @ 5:31pm

5 kesalahan ketika mencuci muka

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Mencuci muka adalah perkara wajib bagi kebanyakan wanita. Ia merupakan perkara asas untuk memastikan kulit berada dalam keadaan yang sihat, bersih dan berseri. Oleh sebab itu, mencuci muka adalah disiplin yang paling  penting dalam rutin kecantikan.

“Pembersihan muka yang betul menghalang pertumbuhan jerawat, boleh meningkatkan kesihatan kulit dan mungkin mengurangkan keradangan kulit,” jelas Joshua Zeichner MD, Pengarah Penyelidikan Kosmetik dan Klinikal Dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York City.

Meskipun mencuci muka memang nampak mudah iaitu dengan membasahkan muka dengan air, menyapu pencuci muka dan bilas. Siap! Walaupun ia sudah menjadi rutin harian, mungkin ada kesilapan yang tidak disedari yang kita lakukan ketika mencuci muka.

1. Mencuci muka dengan tangan yang kotor

Foto: Bababeli.com

Ramai yang mengabaikan amalan ini kerana berpendapat tangan yang dibasahi  dengan air sudah cukup bersih. Tangan kotor yang terus bersentuhan dengan kulit wajah akan memindahkan kuman-kuman terus ke muka kita. Ini kerana tangan adalah anggota badan yang paling berpontensi terdedah dengan jangkitan kuman. 

2. Salah dalam pemilihan produk 

Sebelum kita membeli pencuci muka, kita perlu mengenal pasti jenis kulit kita terlebih dahulu. Kulit manusia mempunyai lima kategori jenis kulit iaitu kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi, kulit berminyak dan kulit sensitif. Oleh sebab itu kita perlu memilih pencuci muka yang khusus mengikut jenis kulit. 

3. Menggunakan suhu air yang salah 

Foto: Shopback.co.id

Mitos mengatakan bahawa membasuh muka dengan air panas berupaya  membuka liang pori dan kemudian membilas muka dengan air sejuk. Tidak! Sebaliknya air panas akan menyebabkan salur darah dalam kulit berkembang serta menyebabkan tisu lembut pada kulit koyak lebih-lebih bagi kulit sensitif. 

Selain itu, ia akan membuang minyak semula jadi yang ada pada kulit wajah dan menyebabkan kulit gatal, kering dan rapuh. Seeloknya, gunakan air suam atau sejuk untuk mencuci muka. 

4. Terlalu kerap mencuci muka

Muka perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur. Kebanyakan wanita mencuci muka mereka berkali-kali. Mereka beranggapan bahawa ia dapat membuat muka menjadi lebih bersih. Salah! Malah, ia membawa kepada kulit yang kering dan iritasi boleh terjadi.

Jangan terlalu kerap membasuh muka kerana minyak semula jadi yang ada pada muka yang membantu melembapkan kulit akan terhakis. 

5. Lap muka dengan tuala badan 

Foto: bukanaku.com

Berkongsi tuala badan dan muka adalah perkara yang perlu dielakkan. Walaupun kita beranggapan bahawa badan kita cukup bersih selepas mandi, sebenarnya tidak. Ada bakteria yang tinggal di kawasan yang berbeza pada tubuh kita dan boleh merebak ke muka. Seeloknya beli tuala yang berasingan untuk mengelap muka. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 2 Jul 2018
Featured Fri, 23 Nov 2018

Tahukah Kamu Ladies, Lelaki Turn Off Melihat Wanita Bersolek Tebal!

Lelaki lebih menghargai kecantikan asli seseorang wanita berbanding fake beauty!

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Featured Tue, 12 May 2020
Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018
Oh Lawa Thu, 15 Mar 2018

7 Tips Kecantikan Menggunakan Madu Asli. Mudah Dan Murah!

Dah lah sedap dimakan, madu juga sangat berguna dalam menyembuhkan masalah kulit serta rambut!

Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Penangan Gelekan Memukau Izara Aishah, Buat Penonton Terlupa 60 Koleksi Lebaran Rizalman For Zalora 2018

Seperkara yang tetamu sukar untuk ‘move on’, adalah segmen finale menyaksikan gelekan mempersona daripada oleh Izara Aishah mempersembahkan tarian Bollywood.

Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

error: Content is protected !!