Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom November 23, 2018 @ 4:00pm

Tahukah Kamu Ladies, Lelaki Turn Off Melihat Wanita Bersolek Tebal!

Makeup bagaikan sahabat kepada wanita. Tanpanya, sebahagian besar wanita tak bisa melangkah dengan penuh berkeyakinan.

Tambah-tambah lagi zaman sekarang ini, wanita semacam obses dengan kecantikan dan menetapkan standard yang tinggi dalam berpenampilan.

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, serba-serbi harus tip top! Walaupun sekadar bersiar-siar atau outing session with girlfriends. Ada sesetengahnya tu mengalahkan selebriti! Tak sah tanpa memakai bulu mata palsu!

Jika wanita berpendapat merias diri dengan solekan tebal atau berbulu mata palsu membuatkan mereka kelihatan paling cantik, berbeza pula penerimaannya dari sudut pandang seorang lelaki.

Ternyata lelaki tidak suka wanita dengan riasan wajah berlebihan. Malah mereka lebih menghargai kecantikan asli seseorang wanita berbanding fake beauty!

Foto: Brighton Fashion Week

Kalau tidak percaya, jom kita kita lihat review di bawah yang dibuat berdasarkan pandangan lelaki berhubung solekan wanita oleh sebuah portal.

1. Bulu mata terlalu tebal

Tidak ada yang salah dengan bulu mata yang lebih lentik dan tebal. Namun, sebaiknya hindari penggunaan bulu mata palsu yang terlalu tebal. Ini kerana lelaki berpendapat bulu mata palsu yang terlalu panjang dan tebal mengganggu penampilan wanita.

2. Lipstik dengan warna menjolok mata

Jika kamu memikirkan bahawa lelaki akan tergoda dengan bibir merahmu, maroon, jingga atau coklat yang dipakai kamu, itu salah sama sekali.

Seperti disebutkan di bahagian atas lelaki sukakan wanita yang natural. Bukan saja tidak sukakan lipstik yang menjolok mata bahkan lelaki juga tidak suka pada wanita berbibir tebal seperti Kylie Jenner yang tidak asli.

3. Pipi merah

Pewarna pipi yang terlalu merah, membuatkan anda kelihatan seperti badut dimata lelaki. Bagi lelaki solekan tebal termasuk memakai pemerah pipi yang berlebihan, salah satu cara wanita tidak berkeyakinan yang cuba menutup kelemahan diri.

4. Pembayang mata terlalu tebal

Pemakaian eye shadow atau pembayang mata sememangnya dapat memberikan efek luar biasa kepada penampilan wanita. Namun tahukah anda lelaki tidak menyukainya lebih-lebih lagi pembayang mata dengan warna terang seperti merah, biru, hijau dan smokey.

Lelaki berpendapat wanita yang memakai pembayang mata terlalu tebal kelihatan seperti panda. Jika anda merasakan solekan doll itu cantik, tetapi tidak di mata lelaki.

Pendek kata, lelaki tidak suka ada gangguan berlebihan di wajah seorang perempuan lebih-lebih lagi teman wanita atau isteri mereka.

Lelaki suka wanita dengan kecantikan yang real bukan fake!

5. Bedak terlalu tebal

Dalam senarai jenis solekan yang tidak disukai lelaki, pemakaian bedak asas yang tebal adalah yang paling lelaki anti sekali.

Pada pandangan lelaki, wanita tampak buruk jika dengan bedak seinci. Apalagi kalau rona kulit di bahagian muka dan leher tidak sekata. Barangkali lelaki boleh menjadi stress melihatnya!

Akhir kata, hargailah kecantikan semula jadi anda wahai wanita. Tidak mengapa sekiranya kurang cantik kerana yang paling mustahak sekali adalah kecantikan hati yang akan membuatkan anda terlihat sangat istimewa. 

Sumber: Glitzmedia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧

Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Tue, 27 Aug 2024

Nafi Diri Baik, Uqasha Senrose Anggap Tuduhan Tumbuk Pembantu Peribadi Sangat Keterlaluan

What you give you get back lah kan… Dah kalau melampau sangat takkan nak berdiam diri!

Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018
Featured Thu, 2 Oct 2025

“Terima Kasih Beri Keizinan & Reda, Ku Serahkan Dirimu Pada Penjagaan Allah” – Heliza Helmi Sempat Tinggal Komen Balas Pada Hantaran IG Suami

Lebih menyentuh hati, Mahadi turut membalas komen tersebut sekali gus berharap dapat berjumpa Heliza tidak lama lagi.

Featured Thu, 10 Oct 2024

Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Allahu, baru je seminggu depa hantar masing-masing pergi belajar😰💔

Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi […]

error: Content is protected !!