Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops October 16, 2018 @ 2:00pm

Beyoncé Peragakan Gaun ‘Glow-In-The-Dark’ Di Konsertnya, Memang Memukau!

Jika anda tak sempat menghadiri konsert jelajah Beyoncé dan suaminya Jay-Z, perkara paling besar yang anda terlepas bukanlah muzik, tapi fesyen Queen Bey kita. 

Dia bukannya pakai dress biasa-biasa, okay! Sebaliknya, pakaian-pakaian yang diperagakan di atas pentas semuanya over-the-top.

Nasib baik, Beyoncé sering kongsikan foto-foto outfit yang dia pakai menerusi akaun Instagramnya sepanjang tour ini berlangsung supaya semua peminatnya tak ketinggalan.

Anda dah lihat outfit terbaru yang dipaparkan di profile Beyoncé? Ia merupakan sebuah ball gown putih hijau yang kembang dengan ruffled train yang panjang.

Ciri-ciri paling menarik tentang gaun ini adalah ia bercahaya dalam gelap! Lihat post Instagram ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Outfit berkain tulle ini telah diperkenalkan oleh Beyoncé di konsertnya di Seattle pada awal bulan ini. Ketika mempersembahkan lagunya Resentment, dia tampil ke pentas dalam gaun tersebut yang memukau penonton bukan saja kerana kecantikannya tapi juga kerana ia glow in the dark.

Foto: The Perfect Play

Menarik, kan? Memanglah kita takkan pakai ball gown bila keluar jalan-jalan tapi yang pasti, kalau anda berkesempatan untuk pakai, anda mesti rasa macam seorang Queen. Sesuailah dengan statusnya “Queen Bey”!

Gaun ini sebenarnya tergolong dalam koleksi wanita SS19 oleh jenama Off White yang diperagakan di Paris Fashion Week beberapa minggu lalu.

Foto: The Perfect Play

Dari pandangan pertama, anda mungkin ingat ia nampak macam biasa tapi detailing bahagian atas outfit ini yang berupa T-shirt, serta warnanya yang luar biasa membuatkannya lebih cool!

Semestinya ciri-ciri glow in the dark lagilah menjadikan outfit ini sebuah statement piece. Gaun merupakan sejenis evening wear yang elegant manakala pakaian glow in the dark pula selalunya dipakai di acara rave atau di kelab.

Apabila kedua-duanya digabung menjadi satu, mestilah gempak dan penuh magis! Ia nampak glamorous dan edgy pada masa yang sama, memang sesuailah dengan citarasa gaya Beyoncé.

Gaun ini hanya satu daripada banyak outfit menarik yang Queen Bey tampilkan di konsertnya. Rujuk kepada Instagram miliknya untuk lihat outfit lain. Semuanya menawan!

Sumber: StyleCaster

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Sep 2019

Kasut sniker ‘nasi lemak’ lambang perpaduan negara

Edisi terhad Asics Malaysia ilham tempatan

Oh Lawa Fri, 1 Jun 2018

Koleksi Raya Picks By Scha Alyahya Beri Kelainan Dan Lari Dari Gaya Konvensional Lebaran

Jika anda ingin tampil dengan gaya yang bukan sinonim dengan busana tradisi, anda patut pilih pakaian daripada H&M LTD Collection.

Oh Lawa Mon, 6 Jan 2020

Warna gincu yang mana akan buatkan gigi tampak lebih putih?

Jangan main pakai sahaja jika anda ingin serlahkan keputihan gigi.

Oh Lawa Tue, 3 Apr 2018

Ini Cara Mudah Nak Buat Face Mist Daripada Timun. Sembur Saja, Terus Segar!

Setiap wanita pasti inginkan kulit wajah yang sentiasa cantik, sihat dan berseri-seri.

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Bidadari Syurga, pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Wed, 14 Mar 2018

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit.

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Featured Wed, 1 Apr 2020
Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019

Panduan penjagaan rambut untuk kekal sihat bersinar!

Amalkan 4 panduan ini untuk elak rambut bermasalah!

error: Content is protected !!