Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 2, 2025 @ 12:35pm

“Terima Kasih Beri Keizinan & Reda, Ku Serahkan Dirimu Pada Penjagaan Allah” – Heliza Helmi Sempat Tinggal Komen Balas Pada Hantaran IG Suami

Penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi sempat meninggalkan komen balas pada hantaran yang dimuat naik suaminya, Datuk Mahadi Badrul Zaman.

Menerusi perkongsian tersebut, Mahadi kelihatan memuat naik kenyataan berhubung misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) yang bakal memasuki zon merah pada Rabu.

“34 jiwa dari Malaysia berlayar membawa misi kemanusiaan ke Gaza! Salah satunya adalah zaujahku @nurhelizahelmi.

“Mereka kini baru memasuki ‘red zone’ dan akan tiba ke Gaza very soon Insyaa-Allah.

“Teruskan berdoa lebih dari biasa, semoga semuanya selamat sampai dan pulang dengan kemenangan,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut turut mendapat perhatian isteri tercinta dimana Heliza sempat meninggalkan komen balas berupa ucapan terima kasih buat suaminya.

“Terima kasih beri keizinan dan reda. Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah SWT,” balasnya.

Lebih menyentuh hati, Mahadi turut membalas komen tersebut sekali gus berharap dapat berjumpa Heliza tidak lama lagi.

“Aku meredhaimu keraan Allah. See you soon, inshaa-Allah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

Sekadar info, Heliza dan Hazwani antara yang sempat berkongsi momen-momen cemas berhubung situasi yang berlaku di atas anak kapal mereka sebelum dipintas pihak Isr**.

Sehingga kini, seramai 201 anggota delegasi dari 36 negara telahpun diculik.

Bagaimanapun, menurut laporan Nadir Al Nuri kesemua mereka dilaporkan selamat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 May 2023
Featured Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Featured Thu, 28 Aug 2025

Siti Hariesa Nafi ‘Anak Emas’ TV3 – “Ini Adalah Rezeki Saya”

Katanya, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian DFKL 2019.

Featured Fri, 27 May 2022

“Apa Salahnya ‘Belanja’ Sikit…” – Noki Sanggup Turun Berat Badan Untuk Berlakon

Fuhh Noki tak kisah nak tayang badan 🔥 Apapun selamat maju jaya dalam bidang lakonan…

Selebriti Mon, 18 Mar 2024
error: Content is protected !!