Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 5, 2018 @ 2:54pm

5 Lokasi Percutian Dengan Nama Unik Di Malaysia, No. 1 Paling Lucu

Mendengar nama lima lokasi percutian ini memang boleh membuatkan sesiapa saja ketawa terbahak-bahak.

Bayangkan nama pulau, Pulau Kentut. Sudahlah Pulau Kentut, ada pula Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar. Pulau-pulau tersebut jika dilihat dalam kedudukan demografik, cuma terletak bersebelahan Langkawi, Kedah.

Selain pulau berkenaan, terdapat juga pulau dengan nama Pulau Babi Besar, Johor; Sungai Bangang dan Pulau Susu Dara, yang mana kedua-duanya terletak di Terengganu dan Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan.

Apapun kesemua lokasi ini atau secara amnya, Malaysia sememangnya memiliki panorama dan keindahan pantai yang memukau hampir di setiap pelusuk negeri. Misalnya Langkawi, Pangkor, Tioman menyajikan anda pantai yang bersih dan menarik.

Namun begitu, lima lokasi yang disebutkan kurang diketahui oleh masyarakat dan merupakan lokasi paling menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Jom kita baca ulasan mengenai lima lokasi percutian dengan nama pelik ini. 

1. Pulau Kentut Kecil & Kentut Besar, Kedah

Merupakan dua lambakan gugusan pulau di Langkawi, Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil ini mempunyai pemandangan yang memukau seperti pasir pantai yang bersih dan putih serta air yang jernih.

Foto Kredit : Says.com

2. Sungai Bangang, Terengganu

Lokasi yang agak terpencil dan jauh menjadikannya jarang untuk dikunjungi. Anda harus mendaki dari Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun, lebih kurang 100 kilometer dari Kuala Terengganu untuk tiba ke sungai ini.

Foto Kredit : AStraveler.com

3. Pulau Babi Besar, Johor

Pulau ini dikenali juga dengan nama Pulau Besar yang berlokasi di luar pantai timur Johor. Keindahan pantainya yang memukau pasti membuatkan anda terpesona. Anda perlu menaiki bot dari bandar Mersing untuk ke sini, dalam anggaran masa setengah jam.

Foto kredit : flickr.com

4. Pulau Susu Dara, Terengganu

Jika anda pernah ke Pulau Perhentian, pasti anda akan dibawa ke pulau ini bagi menjalankan aktiviti snorkeling. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil seperti Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong.

Foto Kredit : twitter.com

5. Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan

Gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan ini mempunyai ketinggian 1461 meter dari aras laut. Ianya terletak di Jelebu, Negeri Sembilan dan lokasi yang sesuai untuk para pendaki.

Jika anda ke gunung ini, pasti anda akan bertemu air terjun Lata Kijang, salah satu air terjun yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Foto Kredit : adventuresofreef.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Fri, 30 Aug 2019
Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018

6 Jenis Makanan Yang Anda Mesti Patuhi Tarikh Luputnya

Bukan semua jenis makanan boleh tahan lebih lama daripada tarikh luputnya.

Featured Sun, 31 Jul 2022
Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Featured Wed, 12 Feb 2020

Datuk Faridah Hanim Haron, The Real Iron Lady

Bangkit memperjuangkan misi mengukuhkan ekonomi negara

Gaya Hidup Fri, 6 Jul 2018

Nak Pindah Rumah? Ikuti 7 Tip Ini Yang Boleh Menyenangkan Kerja Anda

Tak semestinya anda perlu bungkus semua barang ke dalam kotak.

error: Content is protected !!