Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops August 31, 2018 @ 6:00pm

Artis Ini ‘Melukis’ Potret Selebriti Dengan Menggunakan Rubik’s Cube, Tengok Sendiri Bagaimana!

Anda tahu apa itu Rubik’s Cube? Bagi yang tak tahu, ia merupakan sebuah permainan puzzle mencabar yang dicipta pada tahun 1974 oleh profesor seni bina dari Hungary, Ernő Rubik.

Ia berbentuk kiub plastik yang dilitupi dengan petak-petak segi empat sama yang berwarna-warni. Si pemain perlu pusing dan putar kiub tersebut hingga kesemua petak pada setiap segi adalah dalam warna yang sama.

Memang challenging tapi ada golongan yang mahir sampai mereka boleh selesaikannya dalam masa beberapa saat! Dan untuk itu, ada banyak kejohanan yang telah diadakan di seluruh dunia.

Juara untuk Kejohanan Rubik’s Cube Eropah 2010 adalah Giovanni Contardi yang berjaya menyelesaikan Rubik’s Cube sejak berumur 14 tahun. Kemudian dia mula menyertai perlawanan antarabangsa apabila mencecah belasan tahun dan memenangi kejohanan di Italy untuk 5 tahun berturut-turut.

Kini pada umur 24 tahun, dia tak layan dah kejohanan atau pertandingan tapi Giovanni telah mengalihkan minatnya ke arah bidang seni pula. Bukan seni lukis, tapi dia menghasilkan potret selebriti, dengan menggunakan Rubik’s Cube! 

Tak percaya? Tengoklah dalam video ini!

Gigih! Tak tahulah macam mana dia boleh terfikir nak buat. Menurut pembancuh kopi premium di sebuah kafe di Melbourne ini, dia boleh siapkan satu potret dalam beberapa jam saja.

“Saya mula dengan mencetak gambar selebriti yang saya minati. Saya gunakan grid untuk membahagikan potret tersebut kepada setiap bahagian kiub Rubik, supaya lebih cepat untuk saya menirunya.

“Kemudian saya pusing dan putarkan kiub-kiub Rubik saya untuk menyerupai gambar selebriti dan susun sebaris demi sebaris sampai siap.” 

Bagi Giovanni, perkara yang amat mencabar adalah fikir bagaimana nak guna kiub merah dan jingga untuk menampakkan shading dalam gambar yang dicetak.

Kini, dia telah siap menghasilkan lebih 20 potret termasuklah untuk gambar pelakon Jared Leto (sebagai The Joker), Emma Stone, Millie Bobbie Brown (sebagai Eleven) dan Marilyn Monroe; penyanyi Amy Winehouse serta model Gigi Hadid.

Bukan itu saja, Giovanni ingin mencuba untuk tingkatkan kesukaran seni ini dengan mengurangkan jumlah kiub Rubik yang digunakan.

“Setiap satu potret melibatkan lebih kurang 700 buah kiub. Lagi banyak kiub yang digunakan, lebih mudah untuk menghasilkan gambar. Jadi lebih challenging kalau kiub yang ada tak banyak dan hanya 6 warna saja yang saya boleh guna.”

Impiannya yang seterusnya adalah untuk menghasilkan potret kiub Rubik yang kekal untuk pelanggan dari serata dunia. Inspiring sungguh!

Pandai dia mencari idea untuk berseni, kan? Kalau penulis, nak selesaikan Rubik’s Cube itu pun tak pass!

Jom kita tengok hasil-hasil kerja Giovanni.

Robert Downey Jr. / Iron Man

 

A post shared by Giovanni Contardi (@jvenb) on

Will Smith

 

A post shared by Giovanni Contardi (@jvenb) on

Millie Bobby Brown sebagai Eleven dari siri Stranger Things

 

A post shared by Giovanni Contardi (@jvenb) on

Amy Winehouse

 

A post shared by Giovanni Contardi (@jvenb) on

Gigi Hadid

 

A post shared by Giovanni Contardi (@jvenb) on

Bonus!

Jom saksikan bagaimana Giovanni menyelesaikan Rubik’s Cube dalam masa 12 saat… dengan menggunakan satu saja tangan!

Fuyooo!

Sumber: Insider, Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Dec 2021

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna […]

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Untuk Wanita Berumur 30-An, Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi! Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah […]

Featured Sun, 17 May 2020
Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Tampilkan produk 100 artis dan pereka tempatan

Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Tue, 24 Mar 2020
Featured Sun, 22 Mar 2020
Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Wed, 15 May 2019
Featured Mon, 24 Feb 2020
error: Content is protected !!