Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 24, 2020 @ 8:00am

COVID-19: Dengan amalan mudah ini, anda mampu menyelamatkan keluarga

Kemas kini di portal rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 212 kes baharu dicatatkan pada hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, menjadikan sebanyak 1,518 jumlah kes jangkitan virus COVID-19 secara keseluruhan dan 14 kematian setakat jam 5.00 petang, Isnin.

Menerusi PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, pelbagai inisiatif diambil oleh Kerajaan untuk mengekang penularan wabak berkenaan termasuk arahan supaya mengamalkan jarak sosial dan duduk di rumah.

Selain itu, penetapan peraturan hanya ketua keluarga atau seorang wakil isi rumah sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan harian khususnya makanan sepanjang tempoh PKP juga dilihat sebagai langkah pencegahan terbaik.

Langkah berkenaan bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan semua pihak terpelihara daripada COVID-19, namun harus diingat apabila berada di luar, sesiapa sahaja berisiko untuk terdedah kepada virus berkenaan.

langkah selepas pulang beli barangan keperluan KKM

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

Hal ini kerana terdapat juga penyebar senyap yang mungkin tidak tahu mereka sudah dijangkiti COVID-19 memandangkan gejala yang dikaitkan dengan COVID-19 lazimnya hanya akan muncul pada hari ke-14.

Sehubungan itu, sebaik-baiknya masyarakat mengamalkan nasihat strategi kesihatan awam seperti yang dikongsikan Facebook Public Health Malaysia dengan melakukan prosedur khusus jika keluar pergi membeli barangan keperluan.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan selepas anda bersesak di tempat awam untuk membeli makanan atau barangan keperluan:

langkah selepas pulang beli barangan keperluan KKM

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

1. Tanggalkan topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang ke tong sampah.
2. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga sejurus pulang dari kedai makan, pasar raya dan sebagainya.
3. Pergi ke tandas, buka pakaian dan rendam di dalam air sabun.
4. Mandi dengan sabun dan bersihkan muka, tangan serta seluruh tubuh.

Percayalah, dengan langkah dan tindakan yang dilakukan, kita bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri, malah keluarga dan orang yang kita sayangi.

Jadi sama-samalah kita berganding bahu membantu negara untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

Dihasilkan Sejak 10 Tahun Lalu, Lagu ‘Malu’ Mungkin Jadi Buah Tangan Terakhir Syafiq Naser

Bermula dengan video-video lucu yang sering dimuat naik di Instagram sehingga dikenali sebagai selebriti media sosial, Syafiq Naser kini semakin berjinak-jinak dalam dunia seni suara. Terdahulu, dia pernah mengeluarkan single pertamanya, Lenggang yang meraih perhatian […]

Featured Fri, 2 Mar 2018

Keliru Apa Perbezaan Expired Date, Use Before & Use By? Baca Penjelasan Ini, Penting!

Tahukah anda perbezaan antara EXPIRED DATE, USE BEFORE dan USE BY?

Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

Featured Mon, 1 Jul 2019
Featured Thu, 12 Mar 2020
Gaya Hidup Thu, 22 Aug 2024

RASA ‘FLAGSHIP’ HARGA MIDRANGE!!! Siri HONOR 200 Ciri-Ciri AI Canggih Dengan Spek Fotografi Unggul!

Ada berita baik bagi penggemar selfie dan fotografi! Korang tahu tak, HONOR 200 dah ada dipasaran Malaysia? Ala, telefon pintar dengan inovasi kamera terkini untuk tahun 2024? Tidak hanya memiliki keupayaan kamera yang menakjubkan dengan teknologi […]

error: Content is protected !!