Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom July 1, 2019 @ 9:00am

Heart Evangelista, si jelita hartawan berjiwa seni…

Cantik, kaya, berbakat dan berpengaruh, itulah yang boleh digambarkan mengenai kehidupan wanita bertuah ini.

Sangat terkenal di negaranya Filipina, kerana sering menghiasi kaca televisyen menerusi variasi telenovela dan komersil semenjak berusia 13 tahun, Heart Evangelista atau namanya Love Marie Payawal Ongpauco, mencipta populariti tidak hanya bersandarkan rupa paras menawan, akan tetapi bakat seninya.

Dia bukan saja boleh berlakon dan menyanyi, malah berkebolehan melukis juga!

Sedikit latar belakang wanita berjiwa seni ini, Heart dilahirkan pada 14 Februari 1985 di Manila, Filipina, kemudian dibesarkan di United Kingdom sebelum kembali semula ke tanah air ketika usia remaja.

Foto: Instagram Heart Evangelista

Sepanjang lebih 20 tahun bergelar pelakon, bermacam-macam drama, filem dan program televisyen sudah dibintangi selebriti berbakat besar ini. Antara filem yang berjaya menaikkan namanya di pentas lakonan ialah ‘Ay, Ayeng’, Trip dan My First Romance. Dalam pada itu, Heart juga aktif melibatkan diri sebagai hos dan turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian.

Kerap muncul dalam klip video muzik penyanyi di Filipina selain membintangi video muziknya sendiri, Heart juga menghasilkan empat album kompilasi pada tahun 2002 hingga 2005.

Mewarisi kecantikan ibu dan ayah, bapanya Reynaldo Evangelista Ongpauco ialah pengusaha restoran terkemuka berketurunan Filipina-China.

Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, Heart melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang bersama lelaki pilihan yang juga ahli politik Filipina, Senator Francis Escudero pada 15 Februari 2015 di Balesin Island Club secara tertutup.

Foto: Instagram Heart Evangelista

Tidak hanya bersandarkan kepada kekayaan dan populariti suami tersayang semata-mata, Heart bekerja keras untuk memiliki apa yang diimpikan dan mencari peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni.

Pernah memenangi puluhan anugerah hasil lakonan mantapnya, Heart kini bergelar usahawan, penulis, ikon fesyen dan pengarah urusan. Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang mengangkat nasib golongan kanak-kanak khususnya dalam bidang pendidikan. Disebabkan sifat penyayang yang menebal dalam dirinya, Heart tidak kekok turun padang bersama suami bertemu masyarakat.

Puas menjadi pelakon, hos dan penyanyi, Heart turut meminati dunia lukisan dan menyertai pelbagai pameran seni. Karya lukisan yang dihasilkannya cukup mengagumkan!

Foto: Instagram Heart Evangelista

Foto: Instagram Heart Evangelista

Bukan hanya pandai melukis di atas kanvas, wanita berusia 34 tahun ini turut menzahirkan kreativiti seninya dalam fesyen dengan menjalinkan kerjasama dengan pereka handalan.

Sentuhan magisnya melatari beg tangan berjenama mewah, Hermes!

Foto: Instagram Heart Evangelista

 

 

Menyentuh gaya hidup aktres ini, Heart selesa berkongsi rutin harian di laman media sosial. Bahkan dia juga mempunyai saluran YouTube sendiri. Terbaru, jurucakap Philippine Animal Welfare Society (PAWS) ini memuat naik video closet tournya. Tak ubah seperti sebuah butik mewah… video tersebut mencecah hampir 4 juta tontonan!

Dalam video itu juga Heart berkongsi koleksi pakaian, kasut, cermin mata hitam, beg tangan dan pelbagai aksesori mewah lain yang ada di dalam ruang simpanan eksklusif berkenaan.

Lebih menarik bila Heart menayang salah satu koleksi beg tangan mewah yang dimilikinya iaitu Birkin Himalayan Crocodile yang mencecah nilai hingga jutaan ringgit!

Sambil berseloroh, Heart berkata kalau berlaku kebakaran dia akan selamatkan beg tangan itu dahulu.

 

Sumber video: Youtube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jul 2025
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 23 Dec 2021

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemah Selepas Terkandas Dalam Banjir Selama 2 Hingga 3 Hari

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemah dan mengalami gejala muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam pada Rabu. Menurut pakar perubatan kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal […]

Featured Tue, 7 Jan 2025

Nonny Nadhirah Buat Hal Lagi! Tampil Pakai Baju Dalam Hitam & Nyanyi Lagu Arab

Nonny memaklumkan dia juga mahu belajar bahasa arab menerusi lagu tersebut.

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Sat, 9 May 2026

“Masa Nak Dialog Kalahkan Drama Samarinda, Bila Dah Transfer Dia Ghost Kita” – Sheila Rusly Kesal Diperguna Peminjam Duit

Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang gemar meminjam wang namun menghilangkan diri selepas menerima bantuan.

Featured Fri, 13 Mar 2026

Mek Yun Cuba Berpuasa Penuh, Anggap Tak Salah Orang Bukan Islam ‘Meraikan’ Ramadan – “Asalkan Tak Langgar Akidah”

Pempengaruh media sosial, Mek Yun berkongsi pengalamannya mencuba untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan walaupun dirinya bukan beragama Islam.

Featured Thu, 29 Sep 2022
error: Content is protected !!