Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 20, 2018 @ 10:00am

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Dulu-dulu, sebelum tahun 1987, tiada siapa sangka nyamuk boleh menyebarkan penyakit yang boleh membawa maut, sampailah 20 Ogos tahun itu.

Seorang doktor British yang bernama Sir Ronald Ross telah mendapati bahawa wabak malaria boleh disebar antara manusia oleh nyamuk betina jenis Anopheles.

Jika anda tak tahu, malaria ialah sebuah penyakit darah merbahaya yang disebabkan oleh parasit daripada nyamuk.

Dan sebab itu, tarikh 20 Ogos disambut setiap tahun untuk memperingati penemuan ini dan digelar sebagai World Mosquito Day (Hari Nyamuk Sedunia). Untuk sumbangannya, Dr Ross telah dianugerahkan Novel Prize dalam kategori Perubatan pada 1902.

World Mosquito Day juga bertindak untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahayanya penyakit malaria ini yang meragut nyawa lebih kurang 850,000 orang setiap tahun.

Cara pencegahan

Walau bagaimanapun, Malaria boleh dielakkan dengan beberapa cara:

  1. Selidik jika anda berisiko untuk menghadapi malaria.
  2. Elakkan daripada terkena gigitan nyamuk, iaitu dengan menggunakan penghalau serangga, menutupi lengan dan kaki, dan menggunakan kelambu.
  3. Periksa jika anda perlu mengambil pil pencegahan malaria.
  4. Dapatkan rujukan doktor jika anda menunjukkan tanda-tanda menghidap malaria.

Foto: www.xi-xo.co

Fakta tentang nyamuk

Kerana ciptaan Tuhan ini merupakan musuh nombor satu bagi sesetengah orang, banyak tanggapan yang telah dibuat tentangnya, tapi ada yang salah.

Jom ketahui apakah mitos itu serta fakta yang sahih.

Mitos 1: Nyamuk jantan dan betina kedua-duanya gigit manusia

Fakta: Hanya nyamuk betina yang menggigit. Menghisap darah manusia atau haiwan adalah penting untuk kitaran pembiakan spesies ini. Nyamuk betina memerlukan kandungan protein dalam darah kita untuk menghasilkan telurnya dan ini akan memulakan generasi baru yang akan menggigit kita lagi. Nyamuk jantan sebaliknya bergantung kepada sumber lain untuk hidup, seperti nektar daripada bunga.

Mitos 2: Nyamuk memilih sesuatu jenis darah

Fakta: Anda mungkin pernah dengar orang kata, “Nyamuk suka saya sebab darah saya manis” atau “Saya selalu kena gigit nyamuk sebab saya berdarah O”. Sebenarnya, nyamuk tak tertarik kepada jenis atau “kemanisan” darah seseorang manusia itu. Nyamuk menggigit kita kerana ia memerlukan protein, bukannya gula. Anda mungkin boleh menjadi mangsa disebabkan oleh ciri-ciri genetik anda seperti bakteria kulit, tapi semestinya bukan jenis darah.

Mitos 3: Orang berkulit cerah lebih berpotensi untuk digigit

Fakta: Kesan gigitan nyamuk adalah bengkak merah yang disebabkan oleh komponen di dalam air liur nyamuk. Fungsinya adalah untuk mengelakkan darah daripada membeku sementara nyamuk itu masih sedang menghisapnya.

Secara semulajadinya, bengkak merah ini memang lebih ketara dan boleh dilihat pada kulit yang cerah daripada kulit gelap. Ini menyebabkan andaian di mana orang berkulit cerah lebih sering digigit, padahal sama saja.

Foto: www.npr.org

Mitos 4: Semua nyamuk membawa penyakit

Fakta: Menurut jangkaan pusat-pusat pencegahan dan pengawal penyakit, terdapat kira-kira 3,500 spesies nyamuk di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kebanyakannya tak pun menggigit manusia. Oleh itu, tak semua nyamuk membawa atau menyebarkan penyakit.

Kebanyakan spesies nyamuk yang menggigit itu membawa penyakit, hanya segelintir yang mengakibatkan penyebaran virus. Contohnya, nyamuk harimau yang biasa dijumpai di bahagian timur dan tengah Amerika Syarikat dikenali untuk membawa virus West Nile, chikungunya, demam kuning dan demam denggi, Malaria, sebaliknya disebar oleh spesies Anopheles.

Mitos 5: Nyamuk akan tetap menggigit manusia tak kira saiz

Fakta: Nyamuk sebenarnya lebih memilih orang berbadan besar daripada kecil. Oleh kerana ini, orang dewasa lebih cenderung untuk digigit daripada kanak-kanak, dan lelaki lebih disasari daripada wanita.

Ini adalah kerana orang yang lebih besar mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dan haba badan yang menarik minat nyamuk. Tambahan pula, orang besar ada “kawasan” yang lebih luas untuk digigit. Ini juga sebab kenapa nyamuk lebih tertarik kepada wanita mengandung.

Jadi, amacam? Ada rasa gatal-gatal tak, bila baca artikel ini? Semoga bermanfaat!

Sumber: Mosquito Magnet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 May 2026

Asmidar Menangis Diberi Tawaran Bawa Lagu Allahyarham Sharifah Aini – “Saya Tak Sempat Jumpa Masa Arwah Hidup, Tapi Allah Bagi Peluang…”

Asmidar mengakui berdepan cabaran besar apabila diberi tanggungjawab mendendangkan lagu ikonik Seri Dewi Malam pada konsert ‘A Tribute To Sharifah Aini’.

Featured Thu, 1 Aug 2024
Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Sat, 11 Oct 2025

Tular Video Diminta Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Tegas – “Hebat Betul Jawapan Dia”

Apa yang mencuri perhatian adalah respons Ameera ketika diminta untuk melepaskan jaket yang dipakainya

Featured Tue, 9 Nov 2021

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma. Daniel […]

Featured Wed, 13 Jun 2018

Iklan Raya Media Prima Yang Menampilkan Faizal Tahir Gerenti Akan Menyentuh Hati Anda

Dah tengok ke belum? Kalau anda tak rasa sebak, tak tahulah.

Featured Fri, 7 Oct 2022

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Kalau mengaku pun kena kecam, kalau menafikan pun sama juga – Eyka Farhana

error: Content is protected !!