Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin October 17, 2018 @ 2:00pm

5 Tip Pemilihan Fabrik Busana Perkahwinan Ikut Bentuk Badan. Barulah Selesa!

Penulis percaya ramai dalam kalangan anda yang masih bujang! Ada juga yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Ada juga yang baharu saja merancang nak bertunang. Betul tak?

Tahniah penulis ucapkan! Dalam pada hati tengah gembira nak jadi isteri orang, anda pasti sudah memikirkan tentang persiapan yang perlu dilakukan termasuklah persiapan untuk busana perkahwinan.

Penulis cadangkan, anda janganlah buat keputusan terburu-buru untuk memilih fabrik busana. Sebaliknya, anda perlu tahu tentang panduan memilih fabrik yang betul agar busana anda selesa dipakai dan cantik dipandang! 

Sangat penting juga untuk anda kenali bentuk tubuh dan juga rekaan busana yang anda idamkan. Jom kita ketahui jenis fabrik yang sesuai mengikut bentuk tubuh anda.

1. Fabrik sifon

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Fabrik ini sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh. Asalkan potongan yang tepat dan juga olahan rekaan yang betul, ia bakal memberikan kesempurnaan dalam busana perkahwinan anda. Untuk fabrik sifon ini, ia memerlukan anda membeli lining manakala bagi perincian rekaan pula, anda perlu padankan dengan fabrik renda.

2. Fabrik ‘bridal satin’

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by dr.iqa (@dr.iqa) on

Fabrik ini sesuai bagi anda yang bertubuh langsing. Memang cantik jika dipakai! Tapi, bagi anda yang memiliki tubuh yang agak berisi, sebaiknya elakkan fabrik yang berkilau dan penggunaan perincian rekaan yang minimalis.

3. Fabrik organza

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FIZIWOO™️ OFFICIAL SITE (@fiziwoo) on

Fabrik organza tidaklah begitu popular di Malaysia kerana sifatnya yang keras dan tidak mesra cuaca. Fabrik ini juga tidak menyerap peluh. Namun, jika anda mengadakan majlis di tempat yang mempunyai penyaman udara atau waktu malam, anda boleh memilih fabrik ini.

Bagi anda yang mempunyai potongan badan ala ‘kerengga’, fabrik ini sangat sesuai untuk anda tapi perlu mengenakan bersama skirt dengan potongan A-line untuk hasil yang ramping.

4. Fabrik renda

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Renda ini selalu digabungkan dengan pelbagai fabrik yang lain untuk impak yang lebih cantik. Tapi, anda perlu berhati-hati dengan pemilihan renda kerana pilihan renda boleh membuatkan penampilan anda lebih berisi. 

Jika anda memiliki tubuh badan kurus dan tinggi, hiaskan dengan sedikit labuci serta batu permata di atas lace itu tadi untuk lebih elegan dan eksklusif.  Fabrik ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan!

5. Fabrik songket

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Songket antara yang paling popular dan menjadi pilihan buat para raja sehari. Busana pengantin yang berasaskan songket ini tidak lagi tertumpu hanya pada satu rekaan saja, malah kini telah disuntik nafas baharu dengan pelbagai jenis rekaan busana yang sangat ‘meletop’!

Peplum, dress labuh dan kebaya antara rekaan yang popular menggunakan fabrik songket. Fabrik ini juga sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh. Tapi, elakkan mengenakan terlalu banyak perincian manik agar tidak terlalu serabut. 

Kesimpulannya, berbincanglah terlebih dahulu dengan ‘tailor‘ anda untuk membantu dalam membuat keputusan pemilihan fabrik busana pengantin ini. Pastikan juga setiap fabrik yang anda pilih selesa untuk digayakan sepanjang majlis berlangsung!

Sumber: Pesona Pengantin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Feb 2021
Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Oh Lawa Sat, 29 Dec 2018

Capai Kepuasan Maksima Apabila Shopping Bra Di Butik Ini

Harga di butik lebih berpatutan berbanding di luar!

Featured Mon, 8 Jun 2026

“Bila Kita Berjubah Di Kata Tunggang, Buat Street Dakwah Di Kata Nak Tunjuk Baik” – PU Riz

PU Riz kesal apabila terdapat segelintir individu yang suka menuding jari dan mempertikaikan setiap usaha yang lakukan terutamanya jika ia membawa ke arah kebaikan.

Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Thu, 29 May 2025
error: Content is protected !!