Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 26, 2018 @ 5:00pm

5 Tip Untuk Pengalaman Melancong Secara Solo Yang Lancar & Selamat

Bila terfikir tentang melancong saja, mesti rasa syok dan tak sabar nak mulakan pengembaraan.

Travel ramai-ramai dengan kawan atau ahli keluarga memang seronok kerana anda dapat ukirkan memori indah bersama. Tapi itulah, kalau pergi beramai-ramai, kenalah ikut kerenah setiap orang yang terlibat.

Kita nak pergi ke sesuatu tempat tapi orang lain tak nak. Jadi seseorang kena beralah. Haih, lecehnya. Masa itulah anda rasa alangkah lebih baik jika anda dapat melancong seorang-seorang. Betul tak?

Anda boleh tentukan sendiri ke mana nak pergi, dan berapa lama anda nak habiskan di sesuatu tempat itu. You decide!

Tapi bila fikir balik, menjelajah berseorangan di negara asing boleh dikira menakutkan juga kerana tak ada teman untuk mengharungi sebarang cabaran yang mendatang. Lainlah kalau anda memang pandai berdikari dan memang suka mencuba benda baru.

Tak apalah, apa-apa pun melancong secara solo ada kelebihan dan keseronokannya yang tersendiri. Kalau anda rasa takut atau risau, anda ikuti saja panduan dan tip-tip di bawah ini. Nescaya trip anda akan berjalan dengan lancar dan selamat.

1. Keselamatan

Berjalan seorang-seorang taklah berisiko sangat. Lainlah kalau anda mencari pasal dengan meronda-ronda di pagi buta sambil mendengar muzik melalui headphone.

Risiko paling besar sebaliknya adalah jika orang tempatan mengambil kesempatan terhadap anda. Sebagai contoh, bila nak naik naiki teksi, tanya dulu anggaran harga tambang berapa sebelum anda bergerak. Jangan berlagak macam pelancong. Sebaliknya, tunjukkan keyakinan.

Bawa kad pengenalan bersama dan selalu simpan back-up. Pastikan ada orang lain yang anda percayai tahu itinerari anda dan pastikan anda sering berkomukasi dengannya.

2. Perancangan

Bila anda berseorangan, ini bermakna anda tak boleh bergantung kepada telefon rakan anda bila telefon anda sendiri dah habis bateri. Samalah juga dengan wang jika beg duit anda hilang.

Sediakan sistem kecemasan: tuliskan nombor telefon penting (milik rakan-rakan atau keluarga, kedutaan, perkhidmatan kecemasan); sediakan duit syiling untuk buat panggilan di pondok telefon; dan selalu pastikan yang anda ada duit lebih sebagai back-up di dalam beg atau di dalam locker.

3. Makan

Foto: iStock

Solomangarephobia. Itulah terma saintifik untuk fobia terhadap pengalaman seseorang ketika makan tanpa berteman. Dan inilah sejenis ketakutan yang ramai pelancong solo alami. 

Yalah, bila dah solo, kenalah buat semuanya sendiri, termasuklah ketika menjamu selera.

Selalunya orang akan rasa segan, tapi jika anda berjaya atasinya, gerenti anda akan enjoy lagi trip anda.

Bawa buku untuk hilangkan rasa bosan; duduk di meja kaunter supaya anda tak terlalu terdedah; ataupun gunakan peluang ini untuk praktis penggunaan bahasa asing dengan pelayan restoran. 

4. Buat Kawan

Of course, bila dah berseorangan, mestilah bosan jadi anda akan secara automatik cuba untuk membuat teman baru.

Perkara ini tak susah tapi satu lagi ketakutan yang pelancong solo ada adalah jika mereka akan disukai oleh orang asing atau tidak. 

Untuk menyenangkan anda, pastikan anda nampak mudah didatangi. Lemparkan senyuman, dan jangan malu berinteraksi. Nak senang, sertai saja tour.

Foto: iStock

5. Enjoy!

Jika melancong beramai-ramai, anda kena jaga hati teman dan pertimbangkan permintaan mereka ketika nak buat sesuatu keputusan.

Tapi bila anda travel seorang-seorang, anda berhak untuk berkelakuan selfish. Anda tentukan sendiri pace perjalanan anda, makan apa saja dan bila saja yang anda suka, dan lawati tarikan pelancong yang anda nak check out. Gunakan masa ini untuk belajar berdikari dan enjoy kebebasan ini.

Walau bagaimanapun, sebaik mana anda melakukan perancangan untuk perjalanan anda, mesti ada yang tak kena. Contohnya, anda terlepas bas, penerbangan anda ditunda seketika, atau beg luggage anda hilang.

Apabila perkara ini berlaku, jangan sesekali stres sangat. Move on saja, dan rangka perancangan baru. Manalah tahu, mungkin Plan B adalah lebih baik?

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 5 Oct 2018

Escape Dari Kesibukan Kota Dan Temukan Kedamaiannya Juga Di Dalam Kota

Manfaatkan waktu singkat anda dengan melawati enam lokasi mendamaikan ini.

Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Kira kalori pastikan gaya hidup sihat

Inilah kira-kira yang menguntungkan

Eat Travel Tue, 22 Oct 2019

Jom belajar masak nasi ayam kukus, guna periuk nasi elektrik sahaja!

Tidak perlu susah-susah masak secara berasingan.

Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Eat Travel Sun, 31 May 2020

Malaysia juga ada pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat Kelantan

Tidak perlu ke Siam untuk menikmati pasar dalam sungai

Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018
error: Content is protected !!