Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie June 10, 2020 @ 12:25pm

Nasi dagang Kak Engku penuhi cita rasa selera Pantai Timur

Nasi dagang juadah istimewa bagi kebanyakan penduduk di Kelantan dan Terengganu, namun kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi penggunaan beras serta lauk yang dihidang bersama-sama nasi berkenaan.

Nasi dagang Kelantan biasanya lebih banyak menggunakan beras berwarna merah atau disebut beras usang dalam kalangan penduduk setempat, tetapi nasi dagang Terengganu pula berwarna putih kerana kombinasi beras biasa dan beras pulut.

Bagi Che Tuan Ana Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku dalam kalangan rakan rapat, beliau terpanggil menjadikan ruang makan di rumahnya sebagai hab hidangan nasi dagang untuk penggemar nasi itu.

Che Tuan Ana Balqis bersama dua rakan yang juga penggemar nasi dagang Kelantan. Foto: Che Tuan Ana Balqis.

“Saya sering ditanya bila lagi nak masak nasi dagang kerana mereka gemar nasi dagang yang saya sediakan. Bagi saya pula, alang-alang memasak untuk makan sendiri, baik juga kalau saya masak untuk mereka yang berminat menikmatinya.

“Biasanya saya akan mengambil tempahan terlebih dahulu dengan bertanya berapa yang mahu makan pada hari yang ditetapkan dan lauk apa yang mereka mahu kerana nasi dagang ini boleh dimakan dengan gulai ikan tongkol atau gulai lemak kuning udang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Nasi dagang bukan sahaja dijadikan hidangan untuk sarapan bagi masyarakat di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya dimakan sepanjang masa dan sering juga dihidang dalam majlis tertentu.

Biasanya nasi dagang dihidang bersama lauk ikan atau udang, namun ada pengecualian kepada mereka yang alah kepada makanan laut, boleh digantikan dengan gulai ayam.

Satu keistimewaan lauk nasi dagang yang disebut ‘gulai’ ini disediakan daripada bahan segar seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang putih serta bawang merah, yang dikisar sebelum ditumis menggunakan santan pekat atau minyak masak. Tidak hairanlah jika rasanya jauh beza berbanding kari.

Nasi dagang Kelantan  biasanya dicampur dengan sedikit beras usang. Foto: Che Tuan Ana Balqis.

Bagi Kak Engku, beliau lebih gemar mempertahankan hidangan nasi dagang berorientasikan lauk tradisional dan melanggar etika tradisi jika nasi dagang dihidangkan bersama lauk kari.

“Jika dihidangkan dengan gulai lemak kuning udang, hidangan lebih beradun dan nampak menyelerakan, sesiapa yang tidak mahu udang, mereka boleh pilih ikan tongkol.

“Tambahan pula saya menggunakan serbuk rempah yang dibawa khas dari Kelantan dan memasak mengikut teknik asal yang saya pelajari daripada bonda saya,” katanya mengakhiri perbualan.

Gulai lemak udang juga sedap dimakan bersama nasi dagang. Foto: Che Tuan Ana Balqis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Featured Tue, 7 Jan 2025

“Kami Tak Cari Publisiti Atau Sensasi” – Sherie Merlis Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hasnul Rahmat

Kata Sherie, adalah tidak manis sekiranya kenyataan mengenai isu itu dibuat oleh pihaknya sahaja.

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Mon, 2 Mar 2026

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak boleh bertindak berdasarkan kemarahan terutama dalam menangani isu sensitif membabitkan penghinaan agama

Featured Fri, 10 Nov 2023

Comelnya! Kongsi Momen Photoshoot Saif Sulaiman, Netizen Teruja Tengok Safawi Rasid Dukung Anak

Walaupun pegang macam bola tapi cute sangat family ni kan😍😍😍

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Fri, 23 Jan 2026

“Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis

Bapa tiri Aqish berkata, individu tersebut turut menyentuh isu melibatkan pelakon Zalif Sidek yang didakwa pernah dihina secara fizikal

error: Content is protected !!