Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops October 3, 2018 @ 6:30pm

6 Kegunaan Tepung Yang Anda Takkan Sangka, No. 2 Paling Susah Nak Percaya

Tepung merupakan sebuah ramuan ruji di dalam setiap dapur. Untuk membuat kek atau biskut, ramuan ini mesti ada.

Tapi tahukah anda? Selain untuk masakan, ia juga boleh digunakan di tempat-tempat lain di rumah anda!

Ketahui 6 cara “baru” untuk menggunakan tepung, dan lepas ini gerenti anda akan lebih menghargainya.

1. Pengilat barangan tembaga

Foto: Shutterstock

Tak perlu beli pencuci khas yang mahal. Anda boleh buat sendiri dengan kos lebih rendah. Campurkan tepung, garam dan cuka (semuanya jumlah yang sama) dan kacau hingga menjadi pes. Ratakannya ke atas besi, biarkan kering dan sapu bersih dengan kain yang kering dan bersih.

2. Tanah liat untuk kanak-kanak

Nanti anak anda akan ada barang mainan baru! Uli bersama 3 cawan tepung serba guna, ¼ cawan garam, 1 cawan air, 1 sudu besar minyak sayuran, dan 1 atau 2 titisan pewarna makanan. Jika adunan itu melekit, tambah lagi tepung. Jika ia terlalu tebal, tambah air. Bila dah ready, simpankannya di dalam beg plastik bertutup.

3. Pembersih singki stainless steel

Untuk membuatkannya bersinar semula, taburkan tepung di atasnya dan gosok perlahan-lahan dengan kain lembut dan kering. Kemudian siram bersih dengan air.

4. Gam untuk hasil kraftangan kertas kanak-kanak

Foto: Shutterstock

Gerenti gam ini bebas toksik dan murah, ideal untuk projek seni kertas. Tuangkan 3 cawan air sejuk ke dalam saucepan dan letakkan di atas api. Campurkan 1 cawan tepung serba guna ke dalamnya dan kacau sentiasa hingga menggelegak. Perlahankan api dan kacau hingga pekat. Sejukkan dan tuang ke dalam botol plastik.

Ia boleh disimpan untuk beberapa minggu di dalam peti ais, dan mudah dicuci dengan sabun dan air.

5. Penghalau semut

Taburkan sebaris tepung di bahagian belakang rak pantri dan di mana saja anda lihat ada semut memasuki rumah anda.

6. Penyegar daun terup

Lama-lama akan ada kesan minyak pada kad-kad mainan ini. Kembalikan rupa cantiknya dengan meletakkan mereka ke dalam sebuah beg kertas yang ada cukup tepung untuk cover. Goncang kuat-kuat dan keluarkan semula kad itu. Tepung itu akan menyerap segala minyak yang ada.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018
Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019
Gaya Hidup Wed, 21 Feb 2018

Kekal Lincah Di Ranjang Pada Usia 50-an? Ini 5 Tips Elak Cepat Menopause!

Sebut saja topik menopause, pasti terbayang golongan wanita berusia dan masalah putus haid yang dialami mereka.  Tapi tahukah anda bahawa menopause bukan sekadar berpusar soal kitaran haid terhenti?

Gaya Hidup Mon, 26 Nov 2018
Featured Wed, 15 Jan 2020
Featured Wed, 19 Sep 2018

Ini Caranya Untuk Menanam Pokok Nanas Dalam Pasu, Mudah Sangat!

Tiada masalah jika anda tak ada garden untuk tanam pokok ini.

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

error: Content is protected !!