Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 15, 2020 @ 5:28pm

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan, manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditunda kepada suku pertama 2021.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin. (Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN)

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi menilai tahap penguasaan calon UPSR dan PT3 termasuk untuk pemilihan kemasukan ke sekolah khas.

“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu pada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.

UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan dan kaedah penilaian baharu bakal diperkenalkan.

Bagi calon PT3, kaedah baharu yang diperkenalkan itu akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti SBP, kolej vokasional dan sekolah teknik.

Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan memberi kesan pada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 202, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021.

Peperiksaan SPM, SVP dan STAM ditunda kepada suku pertama 2021. (Gambar hiasan/NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

Dr Mohd Radzi berkata, sesi persekolahan hanya akan dibuka berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

“Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih dan KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

“Pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara,” katanya.

Bagaimanapun, KKM akan menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca-PKP bagi memastikan semua aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuk amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan apabila sesi persekolahan dibuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Thu, 25 Jan 2018

10 Makanan Kekal Awet Muda

Kekal awet muda menjadi idaman ramai wanita. Hati mana yang tidak berbunga-bunga apabila dipuji kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Ketika ini banyak makanan atau suplemen tambahan yang boleh didapati di pasaran untuk kekal awet muda. Bagaimanapun, ada cara semulajadi yang lebih menjimatkan.

Featured Wed, 4 Feb 2026

Netizen Buli Fazura! Dakwa ‘Anak Berdukung Tak Habis-Habis’, Empunya Badan Bersuara – “Zalim Kan? Lepastu Buat-Buat Tak Pernah Cakap”

Sedar dengan hantaran tersebut, Fazura tampil membalas kenyataan berkenaan yang disifatkannya sebagai zalim.

Featured Fri, 8 Apr 2022
Featured Thu, 30 Jun 2022

“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun..” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Timbulkan Tanda Tanya, Yasin Sulaiman Dikhianati Rakan?

Alahai sebaknya. Yasin cipta lagu baru disebalik tirai besi 😭 Deep betul maksud lagi ni

Featured Thu, 13 Feb 2025

Zahnita Wilson Mengaku Pernah Ke Wad Psikiatri -“Saya Melihat Banyak Pesakit Yang Lebih Teruk Dari Saya”

“Saya mungkin hilang arah pada waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah,”-Zahnita

Featured Thu, 9 Apr 2026

Isu Isteri Keluar Berjihad, Dr Maza Perjelas Kenyataan Tular – “Wanita Tak Didedahkan Pada Bahaya Perang Atau Apa-Apa Tanpa Keperluan”

Dr Maza memberikan teguran terbuka susulan isu berkaitan kenyataan melibatkan isteri yang keluar berjihad.

error: Content is protected !!