Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 9, 2026 @ 4:12pm

Isu Isteri Keluar Berjihad, Dr Maza Perjelas Kenyataan Tular – “Wanita Tak Didedahkan Pada Bahaya Perang Atau Apa-Apa Tanpa Keperluan”

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza tampil memberikan teguran terbuka susulan isu berkaitan kenyataan melibatkan isteri yang keluar berjihad.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Maza menasihati agar semua pihak lebih berhati-hati dalam memilih perkataan, khususnya apabila melibatkan perkara sensitif berkaitan peranan wanita dalam Islam.

“Berhati-hati Memilih Perkataan. Asalnya wanita tidak didedahkan kepada bahaya perang atau apa-apa bahaya tanpa keperluan.

“Lelaki pula hendaklah sentiasa melindungi keselamatan isteri dan anak-anak khususnya yang perempuan,” katanya.

Artikel Berkaitan:“Jangan Dipaksa Nadzmi Adhwa Melarang Ardell Ke Sumud” – Kenyataan Didakwa Kasar, PU Rahmat Mohon Maaf 

Artikel Berkaitan:“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa

Dalam hantaran sama, Dr Maza juga menjelaskan, penglibatan wanita dalam situasi tertentu adalah dibolehkan sekiranya terdapat keperluan, seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

“Jika keadaan memerlukan khidmat wanita, mereka boleh sertai seperti para sahabat wanita menyertai Nabi SAW dalam peperangan sebagai perawat dan pembantu. la satu pahala,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kenyataan yang seolah-olah merendahkan peranan wanita yang tidak menyertai situasi berbahaya adalah tidak wajar sama sekali.

“Adapun kenyataan yang menganggap wanita yang tidak sertai sebagai isteri yang disimpan di rumah seakan tidak berperanan amatlah tidak sesuai.

“Ini kerana, asal wanita memang di rumah di bawah perlindungan suami atau wali (ayah, datuk, anak lelaki, adik beradik, bapa saudara dan lain-lain). Mereka tidak dibiarkan terdedah kepada bahaya jika tidak keperluan untuk hal itu berlaku,” tegasnya.

Justeru, Dr Maza menyeru agar mana-mana pihak di luar sana menilai sesuatu isu berdasarkan ilmu dan bukannya emosi.

“Dalam semangat mahu memperjuangkan sesuatu yang kita percaya benar, kita juga hendaklah menilai setiap hal dengan imbangan pengetahuan, bukan emosi. Semoga semua pihak saling memahami,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Trending Tue, 10 Apr 2018

第14届全国大选「509投票 」工作日投票问题不大

第14届全国大选「428提名,509投票!」

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Featured Thu, 28 Apr 2022

Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Hina Golongan Miskin, Ini Penjelasan Fedtri Yahya

Aik, dulu tak ada isu pun pasal lagu Siti Nurhaliza ni.. Aiyoo

Featured Mon, 5 May 2025

“Saya Tak Give Up Untuk Selamatkan Rumah Tangga Saya” – Edika Yusof Mahu Rujuk Semula?

Meskipun sudah sah bercerai dengan talak satu, pelakon Edika Yusof menyatakan hasrat mahu rujuk semula bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam tempoh iddah. Bagaimanapun, Edika berkata, ia bergantung kepada keputusan isterinya sama ada mahu rujuk […]

Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

error: Content is protected !!