Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 17, 2018 @ 7:12am

6 Makanan Sihat, Tetapi Tinggi Kalori

Apabila anda sedang mencuba menurunkan berat badan, pasti anda akan memilih makanan yang menyihatkan serta dipercayai boleh membantu proses penurunan berat badan. Tetapi ramai yang sebenarnya tersilap langkah kerana ada makanan ‘sihat’ yang diambil itu sebenarnya tinggi kalori.

Hendak tahu apa makanan ‘sihat’ yang tinggi kalori? Semak senarai senarai berikut:

1) Jus buah-buahan

Jus buah-buahan sebenarnya tinggi dengan kandungan gula dan sudah pastinya kalorinya juga tinggi. Sebab itu jika anda terikat dengan diet protein, anda dilarang mengambil minuman ini.

Pakar dalam bidang obesiti dari University of Ottawa, Yoni Freedhoff mengatakan,  walaupun dari segi nutrisi tidak ada perbezaan antara jus buah dan buah sebenar, tetapi jus buah sebenarnya lebih kandungan gulanya sebanyak 5 sudu. Secara tidak langsung, kombinasi vitamin yang ada di dalam jus buah tidak mendatangkan apa-apa manfaat yang membuatkan jus buah itu lebih sihat.

Sebagai contoh, 350 ml jus epal yang 100% mengandungi 10 sudu kecil gula. Ini adalah jumlah yang sama dengan 350 ml Coca-cola. Jus oren pula adalah sebanyak 9 sudu kecil gula, dan jus anggur adalah sebanyak 15 sudu kecil gula.

2) Sushi

Sushi memang makanan yang kaya kandungan nutrisi ikan. Apalagi memiliki kandungan kalori rendah. Tapi sushi yang ditambah dengan sos perisa seperti mayonis, dan cream cheese kandungan kalorinya lebih banyak.

Seorang penulis buku berjudul Eat To Lose, Eat To Win bernama Rachel Beller, menulis bahawa pengambilan sushi berlebihan boleh membuat seseorang mengalami masalah terlebih karbohidrat dan kalori.

Beller menyatakan bahwa, satu gulung sushi mengandung sekitar 290-350 kalori dan mengandung karbohidrat yang setara dengan dua setengah hingga empat potong roti.

Jika Anda makan satu hidangan sushi (2-3 gulung), ini bermakna anda telah mengambil sekitar 1050 kalori sekali makan. Apalagi jika Anda mengonsumsi Sushi California Roll, dengan ukuran yang besar, digulung bulat, dan terdiri daripada nasi putih, avokado dan sos mayonis.

3) Kekacang

Berapa ramai yang suka mengunyah kekacang apabila perut terasa lapar? Pasti ramai bukan? Kekacang seperti kacang tanah, kacang kuda, badam dan juga produk yang diperbuat daripada kekacang seperti mentega kacang merupakan sumber makanan berkalori tinggi yaitu dalam 100 gram kacang tanah mengandung 718 kalori. Namun demikian, kacang juga kaya akan protein, serat, vitamin E, magnesium, dan juga magnesium yang menyihatkan.

4) Minuman diet

Walau kalorinya rendah, kandungan gula pada minuman diet sebenarnya sangat tinggi. Kalau mahu minuman yang sihat dan selamat, lebih baik pilih air putih sahaja.

5) Salad yang dihidangkan di restoran / kafe

Anda mungkin berfikir, salad sayur-sayuran sangat menyihatkan dan rendah kalori.  Namun hakikatnya, jika ditambah dressing seperti mayonis atau sos thousand island hasilnya  sama sahaja seperti menikmati sebiji burger. Jika memang ingin makan secara sihat, cukup makan sayurannya tanpa dressing.

6) Susu

Susu krim penuh memang memiliki kalsium yang tinggi dan baik untuk tubuh badan, namun susu jenis ini memiliki kandungan lemak yang sangat tinggi yang membuatnya berkalori tinggi. 100 gram susu penuh krim mengandungi 452 kalori. Untuk mendapat manfaat susu, lebih baik pilih susu rendah lemak yang mudah didapati di pasaraya.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 29 Jan 2022

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak […]

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Featured Tue, 6 May 2025
Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

Featured Mon, 6 Apr 2026

PU Rahmat Perjelas Sebab Kenapa Wajah Peserta Sumud 2.0 Dirahsiakan 

PU Rahmat tampil menjelaskan sebab kenapa wajah peserta misi kemanusiaan itu kali ini terpaksa dirahsiakan.

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fizi Ali Persoal Tindakan Shakilla Khoriri, Minta Jangan Bangkitkan Isu – “Ameena Yang Tak Minta Untuk Call”

Penyampai radio, Fizi Ali tampil membuka mulut apabila isu tular melibatkan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri kembali hangat diperkatakan di media sosial. Menurut Fizi, isu rindu gara-gara anak tunggal mereka, Ameena Sofia sudah […]

Featured Mon, 2 Dec 2024

Amyra Rosli Dedah Alami Keguguran, Gagal Timang Anak Ketiga -“Awak Singgah Kejap Je Kat Perut Mummy”

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli mendedahkan mengalami keguguran atau ‘chemical pregnancy’.

error: Content is protected !!