Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 22, 2025 @ 2:56pm

Fizi Ali Persoal Tindakan Shakilla Khoriri, Minta Jangan Bangkitkan Isu – “Ameena Yang Tak Minta Untuk Call”

Penyampai radio, Fizi Ali tampil membuka mulut apabila isu tular melibatkan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Fizi, isu rindu gara-gara anak tunggal mereka, Ameena Sofia sudah sembilan hari tidak menghubunginya sepatutnya tidak timbul apatah lagi dia dan keluarga kini sedang mengerjakan ibadah Umrah.

“Masyaa-Allah hari terakhir dekat Makkah ni dugaan apa yang kau orang mengata saya sekeluarga ni?

“Ameena sihat-sihat je tak sakit pun. Anak yang lain yang sakit..kenapa tak call?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ameena Tunai Umrah Bersama Fizi Ali, Shakilla Khoriri Dedah 9 Hari Tak Dengar Khabar Anak – “Umi Tak Berkecil Hati”

Kurang selesa dengan tindakan tersebut, Fizi turut mempersoalkan inisiatif Shakilla untuk menghubungi sendiri anaknya itu seperti kebiasaannya.

Bahkan, dia dan isteri tidak pernah menyekat atau melarang Ameena untuk menghubungi ibunya sendiri termasuklah melakukan penaggilan video.

“Kita orang benarkan je Ameena call ke video call ke. Ameena yang tak mintak untuk call dan yang mak dia kenapa tak call ke apa?

“Sebelum ni boleh je mesej ke call je terus Ameena. Kenapa nak jadikan isu?

“Tak kan semua nak saya bagitahu. Dekat sini nak kena uruskan 3 orang anak, sorang isteri. Hari-hari penuh aktiviti.

“Benda simple buat apa nak sulitkan? Kalau ada salah dari pihak kami, kami mintak maaf. Izinkan kami habiskan sikit lagi hari-hari Umrah kami dengan tenang,”  jelasnya.

Perkara itu dikongsi Fizi menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Sep 2025
Featured Mon, 5 May 2025

Proses Pengesahan Perkahwinan Marissa, Aslam Ditangguhkan.. Mahu Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi

Aslam mengaku konflik keluarga sebelum ini berlaku atas kekhilafannya.

Trending Sat, 5 Feb 2022

Realisasi Impian Sejak Kecil, Pilot Cantik Ini Muncul Dengan Single Cerita Ku

Sering menyertai pertandingan nyanyian ketika di usia kanak-kanak, gadis cantik bernama Farah Rose ini merealisasikan impian untuk menjadi penyanyi. Pemilik nama sebenar Nur Farah Najihah Rosmi, 22, ini kini mengatur langkah dan muncul dengan single […]

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 May 2022
Trending Thu, 11 Nov 2021

“Macam Budak Sekolah Jadi Suami” – Drama Belum Keluar Tapi Dah Kena Kritik, Ini Respons Afieq Shazwan

Biarpun drama lakonannya belum ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendapat tempias kritikan netizen. Semuanya gara-gara watak suami yang dibawakan oleh Afieq menerusi drama bersiri Diari Seorang Suami yang bakal disiarkan di slot Lestary TV3 […]

error: Content is protected !!