Euforia Bola 2026
Trending By: Arfah November 11, 2021 @ 6:23pm

“Macam Budak Sekolah Jadi Suami” – Drama Belum Keluar Tapi Dah Kena Kritik, Ini Respons Afieq Shazwan

Biarpun drama lakonannya belum ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendapat tempias kritikan netizen.

Semuanya gara-gara watak suami yang dibawakan oleh Afieq menerusi drama bersiri Diari Seorang Suami yang bakal disiarkan di slot Lestary TV3 bermula esok.

Membawakan watak Hairi, Afieq berlakon disamping aktres Yuna Rahim yang membawakan watak isteri bernama Nisa.

Ini merupakan kali pertama Afieq membawakan watak seorang suami yang diakui agak berat oleh tuan badan sendiri.

“Mereka komen dari segi luaran sahaja. Mereka kena fahamkan apa yang disampaikan melalui drama ini,” katanya.

Afieq juga tidak kisah dengan komen-komen negatif kerana baginya, dia mendalami watak kehidupan seorang suami seperti apa yang orang lalui di dunia realiti.

Malah, Afieq juga berpuas hati dengan penyampaiannya di dalam drama ini.

“Apa yang istimewanya dalam drama ini bagi saya adalah perubahan watak Hairi. Bermula dengan kehidupan remaja sehinggalah menjadi dewasa dan bergelar suami dimana ia mengubah watak Hairi menjadi matang,” kata Afieq ketika dihubungi Xtra.

Walaupun tidak pernah melalui pengalaman berumah tangga, Afieq mempunyai kawan-kawan seusia dengannya yang sudah mendirikan rumah tangga sebagai rujukan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakannya menjadi pendorong bagi Afieq menjayakan watak sebagai suami dengan sebaik mungkin.

Menurut Afieq, dia sejujurnya sangat risau kerana dia membawa watak yang sangat berat dan pengendalian drama ini juga sangat berat.

Tetapi Afieq yakin dia sentiasa melakukan sehabis baik untuk drama ini.

“Tidak hairan jika watak Hairi kelihatan muda kerana sekarang ramai yang berkahwin pada usia muda dan kadang-kadang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri berkait dengan apa yang dihadapi oleh watak Hairi dan Nisa,” katanya.

Apa yang diharapkan oleh Afieq bagi drama ini adalah penonton dapat ikuti dan fahami apa yang disampaikan dari awal sehingga habis serta merasakan keserasiannya bersama Yuna.

Diari Seorang Suami turut dibintangi oleh Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Drama slot Lestary yang bersiaran selama 13 episod ini akan ditayangkan mulai 12 November setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

The Germans United Anjur Kejohanan Pickleball Satukan Artis, Pengurus & Media… Ismail Izzani Bergelar Juara Tewaskan Imran Aqil!

Best acara ni sebab dapat eratkan hubungan artis, pengurus dan pihak media…. Tahniah Ismail Izzani & pengurus berjaya jadi juara!

Hiburan Wed, 15 May 2024
Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Trending Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Jangan Simply Label Orang Perempuan Murah, Suruh Adik You Move On” – Saidah Kamarudin

Saidah mengaku kenyataannya sebelum ini adalah untuk pertahankan diri

error: Content is protected !!