Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 18, 2023 @ 6:32pm

[VIDEO] “Dia Minta Harta Lebih-Lebih” – Isu ‘Diskaun’ Nafkah, Syamsul Dakwa Puteri Sarah Tiba-Tiba Tukar Perjanjian

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof enggan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana apabila gagal mencapai persetujuan yang dibuat sebelum ini.

Malah, Sarah mendedahkan bahawa Syamsul tidak mahu melafazkan cerai kerana dia bertegas untuk meneruskan saman terhadap Ira Kazar dan keluarga serta meminta diskaun untuk membayar nafkah anak.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Enggan Cerai Puteri Sarah, Gagal Capai Persetujuan

Susulan itu, menerusi Syamsul tampil membuat penjelasan menerusi sebuah video yang di muat naik di Instagramnya.

Mempertahankan diri, Syamsul menyatakan bahawa terdapat kekeliruan dalam kenyataan Sarah dan telah menjadi fitnah.

“Saya nak clearkan few things dan taknak anda kekeliruan dengan kenyataan Puteri Sarah. Taknak jadi fitnah tapi rasanya dah jadi fitnah.

“Dia begini, minggu lepas saya dengan Sarah telah berjumpa dan berbincang tentang apa yang Sarah mahukan. Dia minta satu amaun yang saya boleh katakan besar. Ramai sebenarnya tak setuju tapi dengan apa yang Sarah minta tapi tak apalah saya setuju.

“Saya boleh berikan apa yang dia nak. Insya-Allah mudah-mudahan everything akan okay dan Sarah juga minta saya tarik kes nusyuz dia yang berkaitan Sarah ada hubungan dengan suami orang, mengganggu rumah tangga orang tu. Okay saya boleh tarik.

“Begitu juga dengan Sarah. Kita taknak panjang benda ni begitu juga dengan saya minta pada Sarah why not saya tarik kes nusyuz awak tu dan Sarah juga tarik kes isteri kedua saya, Ira.

“Tak perlu kita panjangkan hal ini. Insya-Allah mudah-mudahan kita teruskan kehidupan dengan baik, berlapang dada demi anak-anak. So, alhamdulillah dia bersetuju. Kita dah capai kata sepakat.

Kata Syamsul, beberapa hari sebelum sebutan lafaz talak di mahkamah hari ini, Sarah tiba-tiba menukar perjanjian asal dengan meminta duit yang lebih banyak.

“Tapi, sebelum hari ini, few days back suddenly saya dapat satu agreement baru daripada Sarah dan juga peguam dia yang memang berlainan daripada persetujuan asal itu.

“Jadi, pihak Sarah yang menukar secara tiba-tiba, meminta lagi berlebih-lebihan. Minta duit yang lebih banyak, minta harta-harta yang lebih yang pada saya tak masuk akal.

“Tapi Sarah juga mentioned jangan bagitau orang apa yang dia mintak ni. Memang saya takkan mention. So, sekarang ni dia putar cerita bahawa saya yang menukar perjanjian, saya yang u-turn… no! tak. Kisah dia pihak Sarah yang menukar tiba-tiba.

“Itu hakikat yang sebenarnya so jangan buat fitnah. Disebabkan Sarah tak mahu capai kata sepakat yang baik, jadi saya decide untuk fight Sarah dalam kes ini.

“Dan saya pelik juga pada asalnya tak ada melibatkan tentang nusyuz ataupun kes Ira. Itu bukan isunya sebenarnya. Isu Sarah kenapa tiba-tiba mintak duit banyak lagi ni, saya tak faham. Padahal yang diberikan itupun dah lebih daripada perlu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Artikel Berkaitan: Peguam Syamsul Yusof Perjelas Punca Tak Jadi Cerai & Tuntutan Diskaun Nafkah Antara Puteri Sarah – “Jangan Tengok Sebelah Pihak Sahaja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Trending Fri, 21 Sep 2018

Perkongsian Lelaki Ini Mengenai Realiti Selepas Kahwin Ternyata…?!

Ternyata, membina rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap hubungan berpasangan ada pasang dan surutnya. Bukan 24 jam bersayang-sayang saja tau!

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Trending Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Kami Mohon Maaf – Naelofar Hijab

Syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Featured Sun, 5 Sep 2021

Cara Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula 6 September

Umum maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas COVID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari esok. Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC […]

Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal […]

error: Content is protected !!