Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 27, 2026 @ 7:33pm

Asmaraloka Fest 2026 Kembali Lebih Besar, Raikan Muzik Tempatan Di Ipoh

Festival muzik tempatan Asmaraloka Fest 2026 bakal kembali tahun ini dengan skala lebih besar selepas kejayaan penganjuran terdahulu yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Bagi edisi 2026, festival berkenaan terus mengekalkan fokus untuk menawarkan pengalaman hiburan berkualiti kepada golongan muda dengan harga tiket yang masih mampu milik selain menampilkan barisan artis tempatan sebagai tunjang utama acara.

Dijadual berlangsung pada 4 Julai 2026 di Ipoh Convention Centre, festival itu dijangka menghimpunkan kira-kira 4,500 pengunjung dalam suasana penuh energi, ekspresi dan nostalgia.

Menampilkan sembilan artis dan kumpulan muzik tempatan, Asmaraloka Fest 2026 bakal menggabungkan pelbagai genre muzik selain membawa pengalaman festival yang lebih santai dan interaktif buat pengunjung.

Antara nama yang bakal membuat persembahan termasuk 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight dan Jemput Dengar bersama beberapa lagi kejutan yang akan diumumkan kemudian.

Selain persembahan muzik secara langsung, festival itu turut menampilkan pelbagai elemen lain seperti zon makanan, ruang komuniti dan pengalaman visual yang dirangka bagi melengkapkan keseluruhan pengalaman pengunjung.

Menurut wakil penganjur, Fuse Muzika memilih untuk terus memberi ruang kepada bakat tempatan dalam suasana industri yang kini semakin dipenuhi persembahan artis antarabangsa.

“Walaupun pasaran sekarang dipenuhi konsert artis luar negara, kami mahu membuktikan artis Malaysia juga mampu memberikan persembahan berkualiti bertaraf antarabangsa dan lebih dekat dengan jiwa penonton tempatan.

“Kami juga mahu memastikan pengalaman seperti ini kekal mampu milik dan tidak hanya dinikmati golongan tertentu sahaja, terutama anak muda,” katanya.

Tambahnya, Asmaraloka bukan sekadar festival hiburan biasa, tetapi usaha meraikan karya dan bakat tempatan dalam satu platform yang lebih besar.

Pemilihan Ipoh sebagai lokasi festival juga dibuat secara sengaja kerana bandar tersebut dilihat mempunyai identiti tersendiri selain semakin dikenali sebagai destinasi “healing” dalam kalangan generasi muda.

Selain kaya dengan elemen budaya dan komuniti, Ipoh juga diiktiraf sebagai UNESCO Creative City of Music sekali gus menjadikannya lokasi sesuai untuk penganjuran festival muzik berskala besar.

Penganjuran Asmaraloka Fest 2026 turut selari dengan usaha Tourism Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh menerusi kempen Promising Perak sempena Tahun Melawat Malaysia.

Tiket festival ditawarkan menerusi dua kategori utama iaitu MATI RASA berharga RM178 dan PATAH HATI RM148.

Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi Ticket2U dengan promosi awal potongan RM30 bagi setiap pembelian tiket terpilih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Mar 2021

“Saya Takkan Berhenti Menyanyi” – Kenal Siapa Kawan & Lawan, Nabila Razali Mengaku Sedih Dikritik Rakan Selebriti

Penyanyi Nabila Razali mengakui sedih apabila dikritik oleh rakan artis rentetan peristiwa terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35). Menurut Nabila, insiden terbabit banyak mengajar dirinya untuk memperbaiki diri dan mengenali orang sekeliling. “Saya […]

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP). Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, […]

Featured Sun, 10 Nov 2024

Sanggup Turun Berat Badan Demi RM1 Juta, Qhalysa Bekas Protege Tomok Sedia Sahut Cabaran Calpis Soda OIAM

Qhalysa sedar bahawa dia perlu menurunkan berat badan selain menjaga fizikal dan vokalnya

Hiburan Tue, 15 May 2018

Malu Punya Pasal, Sam Smith Bakal Ke Mahkamah

Dia merasakan peminat tidak akan boleh menerima lagu-lagu ‘terlebih jiwang’ yang diciptakannya pada zaman dahulu. Hurm… belum cuba belum tahu kan?

Featured Tue, 7 Jan 2025
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

ANAK JUTAWAN MALAYSIA KAHWIN!

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik dari kumpulan Naza Group kan? Hari ini anak kepada jutawan, Tan Sri Nasimuddin Amin iaitu SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan iaitu CEO Berjaya Times Square dan juga anak […]

Featured Tue, 23 Aug 2022

Scammer Kejam! Wanita Kongsi Modus Operandi Wang RM163,000 Lesap Dalam Tempoh 1 Hari Babitkan 4 Buah Bank

Allahuakbar! Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda buat akak sekeluarga.

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
error: Content is protected !!