Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2024 @ 1:00pm

Sanggup Turun Berat Badan Demi RM1 Juta, Qhalysa Bekas Protege Tomok Sedia Sahut Cabaran Calpis Soda OIAM

Demi memenangi hadiah bernilai RM1 juta, Qhalysa yang juga bekas protege penyanyi Tomok menerusi rancangan Mentor Milenia 2017 kembali menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Kata Qhalysa atau nama penuhnya, Nur Qhalysa Syazreena Jainudin, 25, dia kembali menyertai pertandingan ini dek kerana mahu mencipta nama di pentas yang lebih besar selain mahu mencuba sesuatu yang baru.

“Saya seolah-olah hilang ingatan selepas dapat tahu mara ke peringkat seterusnya.. Lagi membuatkan saya nervous apabila juri professional seperti Sarah Ismail dan Rich Estranged memberikan komen terhadap saya’.

“Kita perlu gunakan platform yang berbeza.. Mentor dulu lain, kini Calpis Soda OIAM ini lebih besar.

“Waktu dulu saya muda lagi, kali ini sudah lebih matang.. Lagi-lagi ini era baharu yang lebih mencabar.. Terutamanya dengan pengaruh media sosial. Jadi saya hanya mencuba sahaja dan melihat ke mana ia membawa saya,” katanya.

Justeru, demi harapan untuk mara hingga ke final dan dinobatkan sebagai juara, Qhalysa sedar bahawa dia perlu menurunkan berat badan selain menjaga fizikal dan vokalnya memandangkan ia adalah faktor utama untuk menjadi seorang penyanyi. 

“Saya hanya ingin mampu buat yang terbaik sahaja, cabaran semestinya kuat, itu sudah pasti.. Paling penting tiada apa yang memudaratkan, sudah memadai. Saya juga harapkan kesihatan yang baik-baik sahaja.

“Saya tak terasa pasal berat badan ni, kerana memang betul pun jika gemuk susah untuk menari dan sebagainya.. Saya tak kisah juga untuk kuruskan badan saya sebab untuk kebaikan dan kesihatan juga.. Kalau gerak banyak saya akan semput,” jelasnya.

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah dan Pulang Pinang untuk mencuba nasib merebut hadiah RM1 juta Calpis Soda OIAM!

Cepat-cepat hadir ke uji bakat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, hari ini (10 November).

Tak berkesempatan? Hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 dan 17 November 2024 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Video Lucah Aiman Tino Viral, Syafiq Kyle Tampil Beri Nasihat

Sebelum melakukan perkara yang bercanggah dengan adat, agama fikirlah insan yang tersayang

Events Wed, 14 Nov 2018

不是开玩笑!梁静茹最想参加《中国新说唱》

不是开玩笑!「情歌天后」梁静茹最想参加的节目竟然是《中国新说唱》呢~

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

Featured Sat, 18 Sep 2021
Trending Fri, 3 Jul 2020
Featured Tue, 15 Mar 2022

“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

Apapun, rancangan program televisyen ini sudah ditangguhkan..

Featured Tue, 21 Apr 2020

Ketahui 5 helah makan sedap tanpa garam

Garam berlebihan jejas kesihatan

Hiburan Fri, 25 May 2018

Sherry Ibrahim Diuji Lagi

Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung)

error: Content is protected !!