Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2025 @ 2:24pm

Ameena Tunai Umrah Bersama Fizi Ali, Shakilla Khoriri Dedah 9 Hari Tak Dengar Khabar Anak – “Umi Tak Berkecil Hati”

Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kerinduan terhadap puterinya, Ameena Sofia yang kini sedang menunaikan ibadah suci Umrah bersama bekas suaminya, penyampai radio dan aktor, Fizi Ali.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Shakilla atau nama lengkapnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, mendedahkan dia sudah sembilan hari tidak dapat khabar berita daripada anaknya itu.

“Hari ini dah sembilan hari tak dengar khabar berita. Mungkin anak Umi khusyuk menunaikan Umrah sampai terlupa Umi,” katanya.

Dalam masa sama, Shakilla berkata dia ada bertanya tentang keadaan anaknya di Tanah Suci Kota Makkah, namun begitu jauh di sudut hatinya berharap agar Ameena menghubunginya sendiri.

“Bukanlah tak bertanya tapi mengharapkan panggilan dan tawaran kepada seorang anak yang belajar mencari ibunya untuk segala hal.

“Mungkin Umi kurang ajaran itu dekat Ameena. Mungkin juga Ameena terlalu kecil untuk rasa pentingnya seorang ibu dalam hidup Ameena.,” katanya.

Bagaimanapun, Shakilla aktres drama rantaian Suri Hati ini tidak berkecil hati, sebaliknya setia menanti kepulangan anaknya ke rumah.

“Ameena anak terbaik umi. Satu-satunya anak Umi dunia akhirat. Umi tak akan berkecil hati sebab Umi tahu semua. Semoga selamat sampai rumah kita nanti, Umi tunggu tau,” katanya.

Sekadar info, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Januari 2018, namun sah bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia.

Susulan itu, Shakilla berkahwin kembali bersama pilihan hatinya, Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi juga turut mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Ameera Khan Bersuara, Teguh Solidariti Untuk Palestin – “Diam Bukan Bererti Tidak Peduli”

Ameera Khan bersuara isu Palestin, solidariti terhadap Global Sumud Flotilla

Trending Tue, 10 Oct 2023
Featured Sat, 3 Apr 2021

KPM Akan Tutup Sekolah Jika…

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menutup mana-mana sekolah jika sebahagian besar guru terpaksa menjalani kuarantin akibat COVID-19 hingga menjejaskan kecekapan operasi sekolah. Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan penutupan juga mengambil kira […]

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

‘ Saya Ada Angin Juga, Saya Minta Maaf’ – DS Vida

Masa tu saya geram jadi itulah yang ‘tertubik’. Saya ada angin juga. Saya minta maaf…

error: Content is protected !!