Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2025 @ 10:05pm

Ameera Khan Bersuara, Teguh Solidariti Untuk Palestin – “Diam Bukan Bererti Tidak Peduli”

Model dan personaliti media sosial, Ameera Khan secara terbuka menunjukkan tanda solidaritinya terhadap rakyat Palestin.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu menegaskan dirinya tidak pernah bersikap neutral, malah sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Doa dan hati saya sentiasa bersama rakyat Palestin serta semua yang berada di atas kapal Sumud Flotilla.

“Tidak bersuara bukan tanda saya tidak peduli. Komitmen kerja saya tidak mencerminkan pendirian terhadap kemanusiaan. Ia tidak mengubah apa yang saya percaya atau siapa yang saya sokong.

“Tanggungjawab kerja tidak sepatutnya disalah anggap sebagai ketidakprihatinan. Kepercayaan dan kemanusiaan saya tetap bersama Palestin, selamanya,” tulisnya.

Ameera turut meluahkan hasrat untuk berbuat lebih banyak demi membantu rakyat Palestin, namun buat masa ini hanya mampu menitipkan doa.

“Saya berharap dapat melakukan lebih banyak perkara. Buat masa ini, saya berdoa untuk semua di atas kapal Sumud Flotilla, untuk Palestin, kebebasan dan maruah mereka. Free Palestine always,” katanya.

Ameera memuat naik kenyataan itu dipercayai susulan namanya menjadi bualan hangat di media sosial apabila segelintir pengguna mempersoalkan sikapnya yang dikatakan tidak cakna terhadap isu semasa.

Malah, tindakannya yang masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama mewah antarabangsa turut mencetuskan reaksi pelbagai pihak hingga ada yang mengambil langkah untuk menyahikut akaunnya di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sun, 28 Aug 2022
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Professional Wrestler and Actor John Cena Confirmed to be an ARMY!

John Cena has just confirmed that he is a big fan of BTS!

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Trending Mon, 18 Nov 2019

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran – Permaisuri

Jangan mudah terpengaruh dengan mereka yang suka berkongsi di internet. Setiap anak ada kelebihan tersendiri

Featured Fri, 19 Aug 2022

Susulan Tuntutan Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kaza Kini Dipanggil JAWI

Dah start kena panggil ni… mesti lepasni makin hangat story ni!

Featured Wed, 31 May 2023
error: Content is protected !!