Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri October 29, 2018 @ 2:45pm

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Hari demi hari, pelbagai peranti mudah-alih baru hadir ke pasaran, dan perkara ini membuatkan ramai yang sering berganti dan bertukar peranti mereka kepada peranti baru, sekaligus menjadikan peranti lama terbiar begitu sahaja.

Sekiranya peranti anda sebelum ini adalah peranti berasaskan Android, anda boleh melakukan beberapa perkara menarik menggunakannya, dan tidak membiarkan peranti lama terbiar begitu sahaja di rumah anda.

1. Jual

Seperti biasa, salah satu perkara utama yang boleh dilakukan apabila anda mempunyai peranti yang tidak digunakan adalah menjualnya.

Untuk pengguna tempatan, anda boleh menjual sesuatu peranti itu di beberapa laman popular, seperti di Lelong, Mudah dan sebagainya. Terdapat beberapa kedai telefon yang turut membeli peranti terpakai daripada pengguna – namun harga yang ditawarkan mereka mungkin tidak begitu tinggi (memandangkan mereka perlu membuat keuntungan melaluinya).

Selain menjualnya, anda juga turut boleh memberikan peranti tersebut kepada ahli keluarga terdekat yang mempunyai peranti yang lebih lama daripada peranti terpakai anda.

2. Menggunakannya Sebagai Modem Hotspot

 

Sekiranya anda mempunyai SIM tambahan dengan langganan data, anda boleh menggunakan peranti terpakai anda itu untuk digunakan sebagai modem mudah-alih untuk berkongsi akses internet bersama-sama beberapa peranti lain.

3. Mendedikasikan Untuk Tujuan Bacaan

Sekiranya anda mempunyai tablet ataupun phablet terpakai, salah satu perkara yang anda boleh lakukan anda menggunakannya sebagai tablet bacaan tetap.

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan bahan bacaan menarik, termasuk Google Play Books, Pulse, Flipboard, Zinio, dan sebagainya.

Anda juga boleh memasang aplikasi daripada penerbit akhbar tempatan seperti Harian Metro, Berita Harian dan sebagainya, dan menggunakan tablet atau phablet anda itu untuk mengakses bahan bacaan berita harian menggunakannya.

4. Menggunakannya Sebagai Bingkai Gambar Atau Jam Digital

Bagi anda yang mempunyai meja komputer atau meja kerja, salah satu perkara menarik yang boleh dilakukan adalah dengan mengubahnya menjadi bingkai gambar digital ataupun mengubahnya untuk memaparkan masa.

Dayframe

Antara aplikasi menarik yang membantu untuk perkara ini adalah Dayframe (untuk bingkai gambar digital), ataupun Timely (untuk mengubahnya menjadi jam digital).

 

5. Menggunakannya Sebagai Kamera Keselamatan

Telefon pintar Android pada hari ini sering hadir dengan sokongan kamera. Salah satu perkara yang anda boleh lakukan dengan peranti Android lama adalah dengan menggunakannya, dan mengubah ia kepada kamera keselamatan berasaskan web.

IP Webcam

Untuk mengubah peranti anda sebagai kamera keselamatan, salah satu aplikasi yang memudahkannya adalah IP Webcam. Sebaik sahaja selesai memasangnya pada peranti, anda boleh mengaktifkannya dan melihat perkembangan daripada lensa peranti anda menggunakan pelayar web di komputer anda.

6. Menggunakannya Sebagai GPS Dalam Kenderaan

Untuk Android, terdapat beberapa aplikasi pemetaan yang hadir dengan sokongan untuk memuat-turun data pemetaan dan menggunakannya secara offline. Perkara ini sekaligus akan membolehkan anda untuk menggunakan telefon pintar Android lama anda sebagai GPS dalam kenderaan, serta menggunakan pengecas dalam kenderaan untuk tujuan pengecasan peranti tersebut.

Selain daripada ini, terdapat beberapa kegunaan lain yang turut anda boleh gunakan untuk peranti Android terpakai anda, dan antaranya adalah menyumbangkan tenaga pemprosesannya untuk tujuan sains, menggunakannya sebagai bahan rujukan resipi di dapur, serta beberapa perkara lain.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Rindu Zaman Kanak-Kanak, Khadijah Ibrahim Mula Bisnes Sarapan Ala Singapura

Saya seorang yang sangat mementingkan sarapan. Pengambilan makanan berat pada waktu pagi adalah rutin wajib yang saya amalkan sejak dulu lagi.

Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

It’s A Girl! Congratulations To Aeril Zafrel And Wife, Wawa Zainal

Wawa Zainal and Aeril Zafril welcomes their third child in the family with warmth.

Featured Fri, 4 Jun 2021

Keputusan SPM 2020 Khamis Depan – Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, hari ini, memberitahu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun atau Khamis depan. Dalam satu perkongsian video pendek di laman Facebooknya, beliau berkata Kementerian Pendidikan […]

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Kenapa Nak Sorok?” – Tunggu Waktu Sesuai, Mira Filzah Tiada Masalah Kongsi Wajah Anak

Wah, tak lama lagi dapat lah tengok muka baby boy Mira Filzah.

Featured Tue, 6 Dec 2022
error: Content is protected !!