Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin March 4, 2019 @ 9:44am

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Wanita dan suplemen bagaikan tidak dapat dipisahkan. Suplemen atau makanan tambahan dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan daya ketahanan dan metabolisme badan, selain mencerahkan kulit dan beberapa manfaat lain.

Namun begitu, pengguna disarankan supaya tidak terlalu bergantung kepada makanan tambahan, sebaliknya turut mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan seimbang..

Makanan tambahan tidak wajib diambil, tetapi wanita hamil perlu mengambilnya berdasarkan saranan doktor bagi mengelakkan bakal ibu itu daripada kekurangan nutrien. Makanan tambahan untuk wanita hamil lazimnya mengandungi vitamin dan mineral yang dapat membantu mengekalkan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.

Caption: KU Today

Bagi mengenal pasti makanan tambahan yang bersesuaian dan selamat, beberapa perkara haruslah dititikberatkan.

1. Berhati-hati dengan sesetengah jenis pil

Makanan tambahan yang dikatakan membantu mengurangkan berat badan kadangkala mengandungi dadah jenis amfetamin yang digelar sibutramine dan dilarang di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Asia dan Eropah.

2. Pilih barang-barang secara selektif

Pastikan anda membeli makanan tambahan di farmasi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Hal ini kerana produk yang tidak diluluskan tidak akan dapat dipasarkan di premis berkenaan.

3. Elakkan makanan tambahan dari China

Kekurangan pemantauan dan pembuatan yang tidak teratur di sesetengah kilang negara itu akan menyebabkan barangan seperti makanan tambahan tercemar.

Foto: Alliance for American Manufacturing

4. Selidik makanan tambahan di laman sesawang yang diiktiraf

Jika anda tidak mempunyai masa untuk berjumpa doktor atau ahli farmasi, layari laman web yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Contohnya, portal MyHealth yang mempunyai banyak maklumat dan dikendalikan oleh pegawai perubatan di bawah KKM. Rajin-rajinkan diri ya!

5. Rujuk pakar

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, berjumpa dengan pegawai perubatan yang diiktiraf adalah langkah terbaik. Anda akan diberitahu dengan lebih mendalam mengenai makanan tambahan yang dibenarkan dan selamat.

6. Elak bahan yang meragukan

Jangan ambil makanan tambahan yang mengandungi empat bahan ini – Kava, Limau Pahit (Bitter Orange), L-trytophan yang tercemar dan Kromium. Bahan berkenaan boleh mengakibatkan penyakit kritikal seperti kegagalan buah pinggang, kerosakan hati dan strok. Bahan-bahan itu haruslah diambil perhatian apabila memilih makanan tambahan untuk diamalkan.

Makanan tambahan tidaklah wajib tetapi jika anda masih ingin mengamalkannya, jangan teragak-agak untuk mencuba panduan yang diberikan.

Foto: Nakita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

Sihat Thu, 1 Nov 2018

Virus RSV Boleh Meragut Nyawa Bayi. Jom Ketahui Punca Penyakit Ini!

1 atau 2 daripada 100 bayi berumur 6 bulan ke bawah akan dijangkiti RSV dan perlu dimasukkan ke dalam hospital.

Featured Mon, 4 Nov 2019

Bukan orang gemuk sahaja, orang kurus pun boleh kena diabetes

Ketahui sebab apa orang kurus terdedah kepada risiko diabetes

Sihat Tue, 11 Dec 2018

Kembung Perut Dan Tiada Eno Di Rumah? Sila Cuba 7 Jenis Makanan Ini

Kembung perut berpunca sama ada terlebih makan atau terlewat makan.

Featured Sat, 4 Apr 2020
Sihat Wed, 15 Aug 2018

Nak Kekal Sihat? Ini Nombor-Nombor Yang Perlu Anda Titikberatkan

Ada nombor-nombor yang perlu anda titiberatkan dalam kehidupan seharian anda untuk kekal sihat.

Sihat Thu, 19 Dec 2019

Menongkah arus strategi promosi klise, TKO Nutrition lantik duta pelangsingan lelaki!

TKO Nutrition produk lengkap dengan pakej coaching rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan.

Featured Fri, 10 May 2019
error: Content is protected !!