Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 13, 2022 @ 6:21pm

6 Tahun Dalam Industri Peragaan, Qasrina Karim Serius Ceburi Dunia Lakonan

Model yang kini bergelar pelakon, Qasrina Karim kini serius menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Mula berlakon semenjak dua tahun lalu, Qasrina sudah bergelar model dan wajah untuk beberapa jenama semenjak 2016.

“Saya sudah enam tahun bergelar model. Bermula dua tahun lepas, saya dah cuba-cuba berlakon. Bermula sebagai model, saya rasa peralihan saya sebagai satu ‘natural progression’ untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan dengan lebih serius.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran sebuah drama bersiri khas untuk tontonan kanak-kanak sebelum bulan Ramadan menjelma. Kini, saya sedang berada di set penggambaran karya berjudul ‘Siapa Buka Lampu?’ yang bergenre komedi seram.

“Saya membawakan watak gadis yang boleh berkomunikasi dengan makhluk halus. Dalam naskhah terbabit, saya bergandingan dengan Ammar Titan, Issey Fazlisham, Bell Ngasri dan dua pelakon Indonesia,” katanya yang pernah membintangi filem Kongsi Raya bersama Erra Fazira, Harith Iskander dan Chew Kin Wah.

Qasrina ditemui di majlis pembukaan flagship store Alhumaira di KL East mall, baru-baru ini.

Menjalin kerjasama semenjak 2016, Alhumaira merupakan antara jenama terawal yang membawa nama Qasrina dalam dunia peragaan.

“Sejak enam tahun lalu saya dah bekerja dengan mereka. Setahun selepas itu pada 2017, saya dah mula menjadi ‘model rasmi’ mereka. Alhumaira merupakan jenama pertama yang mendekati saya sebagai model dan selalu ada tempat istimewa dalam hati saya.

“Saya berbangga melihat jenama ini mengorak langkah besar dengan pembukaan flagship store pertama di dalam pusat membeli-belah iaitu di KL East Mall,” kata Qasrina.

Dalam pada itu, menurut pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli, ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju.

“Flagship store Alhumaira terletak di tangkat G2 pusat beli-belah KL East Mall yang mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Dengan pembukaan butik ini juga, ia secara tidak langsung dapat memenuhi hajat penggemar fesyen Muslimah agar menyediakan rapian yang berkualiti tinggi dan menarik.

“Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Hujan Raikan 20 Tahun, Konsert Besar Bakal Gegar Bukit Jalil

Hujan bakal meraikan perjalanan dua dekad mereka dalam industri muzik menerusi sebuah konsert berskala besar pada 27 Jun 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Featured Tue, 6 Aug 2024
Featured Fri, 8 Aug 2025

Fauziah Sarman Bakal Nikah? Hantaran Shila Amzah Jadi Tumpuan – “Fokus Untuk Hari Bahagia Okay”

Shila dilihat memuat naik foto ibunya yang tersenyum manis beserta kapsyen.

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Tak Bayar Bil Elektrik 5 Bulan?

Mereka sekeluarga tidur bertemankan lilin tetapi ini adalah satu pengalaman kata Hanis

Trending Tue, 27 May 2025
Hiburan Sat, 31 Aug 2019

Kena Sindir Di Instagram…Baby Shima Tak Takut!

Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa…

error: Content is protected !!