Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops May 30, 2018 @ 12:00pm

7 Cara Mudah Yang Artis K-Pop Gunakan Untuk Nampak Lebih Menarik

Kalau bukan kerana tarian dan lagu-lagu mereka, artis-artis K-Pop dari Korea Selatan memang terkenal dengan gaya penampilan mereka yang berseri, kemas dan secara keseluruhannya cantik.

Ingin tahu cara-cara untuk mendapatkan wajah atau rupa yang menarik seperti mereka? Jom ketahui apa yang anda perlu buat.

1. Penjagaan kulit

Kalau anda perasan, kebanyakan artis Korea mempunyai kulit muka yang licin, mulus dan gebu. Memanglah mereka pakai makeup yang berkualiti tinggi, tapi bila mereka dah tanggalkan makeup pun, muka mereka nampak flawless!

Kulit muka yang cantik hanya menambahkan lagi seri kepada rupa keseluruhan mereka, jadi jika anda nakkan benda yang sama, pastikan anda betul-betul jaga kulit anda, okay?

Foto: Koreaboo

2. Gaya rambut

Selain muka, rambut pun anda kena jaga! Anda boleh saja mengikut trend, tapi cara terbaik ialah dengan memilih gaya rambut yang padan dengan bentuk dan saiz muka anda. Kalau anda tak pasti, tanya saja orang yang profesional.

Bagi anda yang bertudung pula, sama juga. Pilih gaya hijab yang sesuai bukan saja dengan bentuk muka tapi dengan bentuk badan supaya ia melengkapkan lagi rupa keseluruhan anda. Warna hijab pun penting. Jika kulit muka anda sedikit gelap, elakkan daripada menggunakan tudung-tudung yang berwarna gelap. Nanti rupa anda akan tenggelam pula.

3. Gaya makeup

Dari segi solekan pula, selebriti Korea gemarkan gaya yang ringan dan ringkas. Yang paling penting, mereka nampak natural. Jadi jangan berlebihan, ya, bila anda mengenakan makeup di muka. Serlahkan seri di muka tanpa mengaburinya dengan makeup yang tebal.

Foto: Koreaboo

4. Saiz baju

Perkara paling penting anda kena ingat apabila shopping pakaian baru ialah untuk memastikan yang ia betul-betul muat dan padan dengan bentuk badan anda. Kalau boleh, elakkan daripada beli pakaian yang menggelebeh. Pada masa yang sama, janganlah beli baju yang ketat-ketat pula.

5. Senaman

Kecergasan memang penting untuk artis-artis K-Pop. Kalau tak, macam mana mereka nak dapatkan bentuk badan yang slim dan sensasi itu? Mereka akan selalu bersenam untuk maintain body shape mereka yang mereka panggil “S-Line” (bentuk badan mereka nampak macam huruf S, cuba tengok!). Kalau anda nakkan bentuk badan macam itu, kenalah bersenam.

6. Bulu kening

Cara bulu kening mereka dibentuk juga memberi impak kepada rupa muka mereka. Artis-artis K-Pop mempunyai bulu kening yang lurus kerana ia melembutkan ekspresi muka mereka dan memberikan mereka sebuah penampilan yang muda.

Foto: Koreaboo

7. Menari

Ya, genre K-Pop dengan tarian memang tak boleh dipisahkan. Dan anda mungkin ingat, kebanyakan artis-artis K-Pop telah dilahirkan untuk menjadi seorang bintang berdasarkan cara mereka mempersembahkan diri di atas pentas. Sebenarnya, semua itu mungkin disebabkan oleh latihan tarian yang mereka lalui.

Postur, cara anda berjalan dan keyakinan diri anda – semua itu boleh dipengaruhi oleh tarian! Jadi, cubalah. Tak perlu malu-malu.

Sumber: Koreaboo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

8 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kecantikan, No. 8 Memang Tak Sangka!

Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

Oh Lawa Sun, 3 Jun 2018

Muka Anda Pucat Ketika Berpuasa? Cuba Teknik Solekan Ini Untuk Tampak Fresh!

Jangan biarkan muka anda pucat ketika berpuasa. Gunakan teknik solekan ini.

Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Oh Lawa Thu, 29 Mar 2018

Malunya Kalau Ketiak Hitam! Ini 4 Cara Semulajadi Untuk Putihkannya Dengan Cepat

Untuk wanita yang bertudung, memanglah ketiak anda dikira aurat, tapi tak geli atau segan ke kalau ketiak anda nampak kusam dan hitam?

Oh Lawa Mon, 27 May 2019

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Saksikannya di Astro Ria untuk mendapatkan panduan kecantikan ala Korea!

Featured Fri, 19 Oct 2018
Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Oh Lawa Thu, 8 Feb 2018

Bukan Sahaja Boleh Buat Kek, Ini 5 Petua Kecantikan Menggunakan ‘Baking Soda’!

Soda Bikarbonat, atau baking soda, bukan saja boleh digunakan untuk membuat kek dan biskut.

Oh Lawa Fri, 26 Apr 2019
Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Hendak cantik seperti Miranda Kerr, amalkan jus saderi setiap pagi! 

Jom amalkan budaya kecantikan secara organik! 

error: Content is protected !!