Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom October 17, 2018 @ 3:00pm

7 Fakta Menarik Tentang Cukur Bulu Badan Yang Perlu Anda Tahu

Bulu pada tubuh, lebih-lebih lagi yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan memanglah merimaskan! Jangan ingat golongan wanita saja tidak suka bulu pada tubuh mereka, orang lelaki pun sama.

Malah, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk menghilangkan bulu pada tubuh badan. Macam-macam cara yang dilakukan, antaranya sinar laser, waxing dan ada juga yang melakukannya dengan cara yang lebih tradisional.

Sebenarnya tidak semua jenis bulu yang tumbuh pada badan perlu dirisaukan kerana ada juga hikmah di sebalik tumbuhnya bulu tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa fakta tentang sebab mengapa bulu tumbuh pada bahagian-bahagian tertentu tubuh badan.

Jom check it out!

Foto: styleacademy

1. Terbahagi kepada dua jenis

Jenis pertama adalah bulu terminal, di mana bahagian bulu yang panjang dan tebal, misalnya janggut, bulu kemaluan dan bulu ketiak. Satu lagi adalah jenis vellus iaitu ia lebih halus, seperti bulu pada bahagian tangan.

Bayi juga memiliki bulu yang berbeza dan ia dipanggil sebagai lanugo. Bulu-bulu halus ini biasanya akan hilang setelah bayi dilahirkan.

2. Mengawal suhu badan

Bulu yang tumbuh di bahagian tubuh badan turut berfungsi untuk mengawal suhu kerana ia membantu semasa proses badan mengalami peluh yang berlebihan. Badan akan berasa lebih sejuk.

Jika suhu dalam badan terlalu tinggi, ia boleh mengancam nyawa.

3. Ada kaitan dengan kecerdasan

Menurut salah satu kajian, semakin banyak bulu yang tumbuh pada badan, semakin cerdas seseorang individu itu.

4. Gugur 150 helai setiap hari

Bulu/rambut yang gugur sebanyak 100 hingga 150 helai setiap hari masih tergolong dalam situasi normal kerana bulu/rambut baru akan sentiasa tumbuh.

Majoriti manusia mempunyai kitaran rambut 100,000 helai dalam tiga tahun dan digantikan setiap hari.

5. Bulu kemaluan harus dicukur

Seramai lebih kurang 90 peratus individu mencukur bulu di kemaluan mereka dan menurut survey, 60 peratus kaum lelaki lebih suka jika pasangan mereka tidak mempunyai bulu di kemaluan.

Sementara itu, sekitar 19 peratus lelaki mengaku sering mencukur habis bulu di kemaluan mereka.

6. Bulu mata cegah peluh daripada memasuki mata

Wah, fakta yang ini memang langsung tidak pernah kami terfikir. Sebenarnya, fungsi utama bulu mata adalah bertujuan untuk menghalang peluh, air dan juga debu untuk memasuki mata.

Bentuk lengkungan bulu mata juga dapat mencegah air atau peluh dan menjadikan mata sentiasa kering.

7. Bulu pada payudara wanita

Jangan pelik jika melihat bulu halus yang tumbuh pada sekitar aerola kerana bagi gadis remaja, ketika proses pertumbuhan payudara adalah normal sekiranya rerambut halus tumbuh pada sekitar kawasan tersebut.

Sumber: Remaja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 16 Mar 2018

6 Model Cilik Yang Berpotensi Untuk Menakluki Dunia Fesyen. Kecil-Kecil Dah Stailo!

Ada ramai model kanak-kanak yang dah pun berjaya melakar nama di persada dunia. Dan mereka ni memang tak dinafikan berbakat!

Featured Wed, 15 Aug 2018

9 Fakta Menarik Tentang Maskara Yang Anda Tak Tahu

Dipercayai, wanita membelanjakan sebanyak RM12,000 untuk membeli maskara seumur hidupnya.

Oh Lawa Tue, 8 Jan 2019

27 of the most notable carpet looks at the 76th Golden Globes 2019

Western celebs took the moment to showcase their good taste in fashion.

Oh Lawa Wed, 30 May 2018

7 Cara Mudah Yang Artis K-Pop Gunakan Untuk Nampak Lebih Menarik

Kalau anda nak jadi cantik seperti artis K-Pop, inilah apa yang anda kena buat.

Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

Oh Lawa Sat, 23 Jun 2018
Oh Lawa Tue, 10 Apr 2018

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Kalau nak bentukkan muka supaya nampak kurus, teknik contouring dan highlighting memang efektif.

error: Content is protected !!