Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 13, 2020 @ 6:18pm

Rambut masih gatal, kusut dan berminyak walaupun sudah syampu, ini sebabnya

Tidak kira sama ada berhijab atau tidak, rambut perlu dijaga dan dicuci dengan bersih untuk mengelakkan rambut berminyak yang boleh menjurus pada permasalahan lain seperti kelemumur, rambut gugur, jerawat serta gatal kulit kepala.

Biarpun sudah mencuci rambut, namun ada yang masih mengalami rambut berminyak, kusut ataupun gatal kulit kepala. Hal ini berlaku kerana mungkin rutin penjagaan rambut yang dilakukan salah.

cara cuci rambut dengan betul

Kredit gambar: GitaCinta

Berikut adalah perkongsian pakar rambut terkenal New York daripada Nunzio Saviano Salon, Nunzio Saviano dan pewarna rambut popular daripada Oscar Blanc Salon iaitu Kyle White mengenai kesilapan cuci rambut yang sering dilakukan oleh wanita.

1. Rambut tidak basah sepenuhnya sebelum menggunakan syampu

kesilapan cuci rambut

Kredit gambar: BT.com

Perkara ini sering berlaku jika seseorang itu bersiap dalam keadaan tergesa-gesa kerana sudah lambat. Hal ini akan membuatkan air tidak sampai ke seluruh rambut termasuk kulit kepala dengan sepenuhnya. Pastikan rambut betul-betul basah sebelum meletakkan syampu pada rambut untuk pencucian yang lebih optimum.

2. Syampu tidak sampai pada kulit kepala

Sudahlah rambut tidak basah sepenuhnya, kemudian penggunaan syampu pula tidak sampai ke kulit kepala. Pastikan syampu anda sampai ke permukaan kulit kepala kerana pada bahagian berkenaan yang paling banyak minyak.

cara betul cuci syampu rambut

Kredit gambar: Gfycat

3. Syampu rambut dengan kasar

Antara faktor rambut kerap gugur adalah mencuci rambut dengan terlalu kasar. Tabiat menggosok kepala lebih-lebih lagi menggunakan kuku yang tajam dengan harapan untuk menanggalkan segala kotoran dan minyak adalah salah. Kulit kepala agak sensitif dan rambut akan mudah gugur ketika basah.

Sebaiknya, urut kulit kepala dari atas ke bawah perlahan-lahan dengan hujung jari kerana ia dapat meningkatkan pengaliran darah ke kulit kepala dan secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut.

kesilapan cuci rambut

Kredit gambar: Cosmetics Design Asia

Kesilapan lain yang sering dilakukan ialah syampu rambut lebih daripada sekali pada masa yang sama, menggunakan syampu dalam jumlah yang banyak, mengabaikan penggunaan perapi rambut, membilas syampu dengan air panas, pemilihan syampu yang tidak sesuai dengan jenis rambut dan tidak membilas syampu dengan bersih.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Sep 2022
Featured Thu, 15 Aug 2024

“Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

Allahu, sebaknya bila kita kehilangan orang yang tersayang!

Featured Tue, 1 Nov 2022

Dr. Amalina Tak Pakai Bengkung Lepas Bersalin – “Boleh Memudaratkan Kesihatan” 

Tapi ramai kan yang suka pakai bengkung? Rupa rupanya tak elok untuk kesihatan

Featured Tue, 11 Dec 2018

Bukan Manusia Saja Boleh Melengahkan Penuaan Kulit Wajah, Malah Buah Juga Ya!

Kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat StixFresh.

Featured Tue, 29 Nov 2022

Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Fuhhhh, pentingnya jangan dengar sebelah pihak saja 🥴😮‍💨 Apapun moga semua baik baik saja

error: Content is protected !!