Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops January 17, 2019 @ 9:00am

7 peraturan keselamatan di dapur yang kanak-kanak perlu patuhi

Pada zaman sekarang, bukan dikira pelik jika ada kanak-kanak yang menunjukkan minat dalam bidang masakan.

Pernahkan anda menonton rancangan pertandingan memasak seperti MasterChef Junior atau Top Chef Jr? Pertandingan itu mencuri perhatian ramai kerana menampilkan peserta cilik yang kemahiran mereka ada yang mengalahkan orang yang lebih dewasa!

Jika anak anda sendiri berminat, aktiviti ini dapat mengasah pelbagai kemahiran penting dalam dirinya seperti membaca, mengikuti arahan dan menyukat.

Pengalaman itu juga akan membantunya membina disiplin diri, kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata, serta memahami konsep awal dalam matematik dan sains.

Namun begitu, perkara paling penting yang dia perlu ingat adalah keselamatan ketika beraksi di dapur. Mungkin ada peralatan yang merbahaya jika dia tidak berjaga-jaga.

Itu sebabnya anda sebagai ibu atau bapa wajar mengajar si kecil peraturan keselamatan yang perlu di patuhi. Lebih baik jika anda berdua sama-sama menetapkan peraturan ini, supaya dia akan lebih ingat dan patuh kepada arahan itu.

Memasak memanglah menyeronokkan, tapi jika boleh menyebabkan kecederaan, apa gunanya? Untuk itu, ketahui apa peraturan yang perlu anak anda pelajari.

FOto: The Book Tree

1. Minta izin orang dewasa sebelum mula memasak di dapur

Peraturan ini mungkin nampak ketara, tapi apabila anak anda dah mula biasa berdikari di dapur, ada potensi untuk dia lupa.

Kadangkala anak anda mungkin ingin membuat kejutan dengan memasak sesuatu hidangan dengan sendiri. Boleh saja, tetapi seorang dewasa masih perlu berada di situ.

2. Cuci tangan

Tangan kecil selalunya membawa kuman yang banyak. Tangan yang bersih adalah penting bagi keselamatan dalam makanan, dan patut menjadi langkah pertama sebelum dia memegang sebarang bahan ramuan atau peralatan.

Cuba ingatkan dia apa yang dia pegang sebelum itu dan tanya jika dia inginkan kuman dari benda itu di dalam masakannya.

3. Bersihkan dapur sambil memasak

Jika anda bersihkan sebarang kekotoran atau tumpahan, anda dapat elakkan diri daripada tergelincir dan akhirnya jatuh. Tambahan pula, lagi senang jika dapur anda memang sudah bersih apabila siap memasak.

Foto: Thinkstock

4. Gunakan pemegang periuk atau tuala untuk mengangkat peralatan yang panas

Menangani pinggan, periuk atau peralatan yang panas boleh menyebabkan lecur. Ada potensi untuk benda itu terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai.

Beli pemegang periuk yang anak anda suka supaya dia rasa seronok untuk menggunakannya.

5. Berlatih menggunakan pisau dengan selamat

Anak anda boleh mula dengan pisau plastik yang anda dapat ketika membungkus makanan daripada restoran. Kemudian bila dia sudah besar sedikit, dia boleh mula belajar menggunakan pisau plastik yang sesuai untuk kanak-kanak. Jika anda rasa dia sudah cukup mahir, perkenalkan dia dengan pisau biasa.

Lebih selamat jika anda mengajar cara penggunaan pisau yang betul, daripada anda menghalangnya menggunakan pisau.

 

Foto: Pathways.org

6. Tanya sebelum jilat

Kanak-kanak biasanya suka menjilat apa saja – pinggan, sudu, jari dan sebagainya. Untuk memastikan anak anda tidak termakan ramuan mentah yang boleh membuatnya jatuh sakit, ingatkan dia supaya tanya dahulu.

7. Dengar, dengar, dengar!

Ini sepatutnya menjadi peraturan pertama, kedua dan ketiga yang dia patut belajar. Aktiviti memasak dengan anak adalah cara baik untuk mengasah kemahiran mendengar dan belajar mengikut arahan.

Kadangkala dia terlalu teruja untuk mula memasak hingga dia lupa untuk mendengar kata. Langkah ini adalah penting supaya tiada kecederaan yang berlaku.

Sumber: Super Healthy Kids

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 1 Nov 2018
familuv Wed, 20 May 2020

Contohi Agong dan Raja Permaisuri yang kerap berpegangan tangan

Kuasa sentuhan mampu meredakan kesakitan

familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Wed, 21 Nov 2018

Bajai Rasa Kasih Di Hati Anak-Anak Dengan Mengamalkan 3 Minit Bonding Time Setiap Hari

Cara ini boleh dilakukan di rumah dengan memberi tumpuan penuh pada anak sekurang-kurangnya selama tiga minit.

familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

familuv Tue, 23 Oct 2018

‘Me Time’ Ruang Bersendirian Bagi Si Ibu Untuk Reset Minda Yang Berserabut

Isteri dan ibu bukan hamba, mereka juga berhak punya masa untuk diri sendiri.

familuv Thu, 12 Dec 2019

10 manfaat bagi kanak-kanak yang belajar memasak

Aktiviti ini berfaedah untuk si kecil dan juga ibu bapa.

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!

error: Content is protected !!